Monday, May 31, 2010

Lagi beberapa hari...

Assalammualaikum..
Lagi 4hari anak sulong aku nak balik umah. Dah rindu sgt Along kat umah ni...sebab 7 minggu dia dok sana tak dibenarkan balik PULANG BERMALAM!!!
Kitorang sempat gi jumpa dia kat hostel masa mak ngan ayah aku dtg Tepen iaitu seminggu sebelum Miting PIBG dan MUAFAKAT diadakan kat maktab dia. Sebab tu ler, aku ngan abg tak menghadiri miting tersebut, hehe.

Sebenarnya, aku pun dh rindu kat Along. Katanya, balik kali ni nak naik bas loncat, hehe. Bas yg boleh meloncat...kiki..
Hmm..dia tak naik bas sewa khas dari Maktab. Katanya, nak balik ngan Hidayat, kawan dia yg dok kat Bg. Serai. Tp sampai kat Butterworth nanti..Along naik bas express ke Taiping dan Hidayat naik bas ke Parit Buntar. Aku doakan semuanya selamat, Amin.
Bkn pe..sebelum ni..Along tak penah naik bas loncat2 ni lagi.

Kitorang susah sket nk gi PH amek dia. Sbb..hari tu masih hari persekolahan. Tengahari, aku kena gi amek Akiss kat sekolah. Kul 2ptg lepas abes solat Jumaat kat Expo ni...nk kena hantar Angah ke sekolah pulak. Petang, nak amek Angah balik dari sekolah lagi...hmm..

Gambar Akiss wat homework kat Mc D ni bkn apa. (Psst; ni contoh citer dh berkulat!!!)
Di suatu petang Ahad (tgk..sampai aku dh tak ingat tarikh dh!! hoho)..tiba2 kawan abg bernama Mat Jaini kol abg mengatakan dia dpt masuk final karaoke kat Taiping Sentral malam tu.
Dia mintak tolong abang amek video dia nyanyi. Bkn ada bayaran apa2 pun. Abg cuma tolong2 kawan.
Seperti biasa, aku mesti kena ikut...
Seperti biasa jugak...Akiss ni ni mesti ada tinggalkan satu dua keje sekolah dia utk dilangsaikan last minute. Tak mcm Angah ngan Along..hmm, ni yg selalu buat aku geram kat dia ni. Esoknya hari kan dh masuk Senin. Dh nk kena gi sekolah!!!
Tu yg Akiss angkut keje skolah dia dan kitorang lepak kat Mc D sambil makan eskrem. Ye ler..mana leh dok lepak situ tak beli apa2 dari Mc D, kan?? Kang kena halau kang...malu je dpt, hoho.
Sementara tu, abg tgh gigih kat dpn pentas menunggu turn Mat Jaini nyanyi utk dirakamkan.

Ini ler Mr. Mat Jaini...yg suka nyanyi lagu Jamal Abdillah dan Shidee. Suara dia ada ler iras2 Jamal. Dia adalah peserta paling senior dlm finalis tu, hehe.
Keputusannya, dia dpt saguhati je. Sedangkan si adik nyah tu dpt no. 2 dgn menggunakan suara dlm yg terkadang terkeluar gak suara garau dia..hmm!! Dia nyanyi lagu Putus Terpaksa dari Ziana Zain, heheh!!!

DUKUNG BABY
Aku tu tengah mengendong cucu paklong Tahir (anak si Linda).
Nama dia Damia...lebih kurang ler ngan nama anak Ziti iaitu Dhia Zaharah Damia.

Mmg anak2 aku masa baby dulu...aku suka pegang mcm ni.
Skang ni pegang anak org lain je ler..hehe. Takde rezeki lagi utk dukung anak sendiri yg seterusnya, ngee..

Nota;
-Lagi beberapa hari
akan sebok tahap altomen lawan raksaksa...(kena carik stamina ni...)
-Lagi beberapa hari nak ke Pulau Mahsuri (lagi???)
-Lagi dua minggu nak balik Bentong jumpa family tersayang..
Semoga semuanya berjalan dgn lancar. Amin

Psst; along tu...byk mende ler dia nak buat kat umah tu. Antaranya...tgk episod One Piece seterusnya yg abah dia dh download tu..hoho..

6 comments:

Suziey Ahmad said...

pheww..bz btl baca coretan kak alona ni..hiks..terasa kepadatan aktiviti..hehe..
best la naik bas loncat..experience tu..
lor tu mcm xadile juri2 tu..terpikat kt nyah tu ke:p

amboih nk g langkawi lg yek..hehe..ni yg teruja mau pegi jgk:p

TokNabe said...

Tak lama lg cuti sekolah. Anak2 cuti dan boleh balik kampung, mak ayah boleh melepas rindu. Cikgu2?.... ramai juga yg cuti tapi tak cuti... :)

Anonymous said...

banyak betol aktiviti coti sekolah ni ye kak??

pheewwwww!!!

saya pon suka gak dokong baby camtu. rasa mcm baby pon selesa dpt bersandar kat dada kita kan...

klu yg jenis agresif meliang liuk pon kita tak khuatir dia tergeliat!

xD

wantie said...

rindu kat anak ni memang sukar nak digambarkan.

dah dekat dah ni nak cuti sekolah. sabar yer kak

Mama Zharfan said...

salam ziarah :) me blogwalking...have a nice day!

el said...

kak..kalo bby umur cengitu sng dukung cam tu..org sng npk lg pun bb ms tu lembik lg..hehehe

wahh betul lah nak coti sekolah dah

sebok beno la kak eh heheh ngalahkan obama kahhhhhhhhhhhhh