Wednesday, September 22, 2010

Album dan citer Aidilfitri 1431H - Part 1

Masih ada ke yg rindu ngan citer aku kat Cintamaniszlite ni?
Masih ada ke yg menunggu citer terbaru muncol kat blog aku yg tak seberapa ni?? hehe..
(ayat propa berganda je ni, ngeee)..

Warna-warni 1 Syawal 1431H

Orang lain dh sakan taruk gambar raya dorang kat blog memasing..tapi aku ni baru lah terhegeh2 menyusul, hehe.

Bkn pe..bila mood raya di tahap tertinggi…mmg tenggelam abes mood nak apdet blog, heheh lagi dan lagi..ngee

Tapi bila mood nak apdet blog dh mai…line streamyx lak wat hal. Oppss..bkn line streamyx aje..line telepon umah sekali!!

Tak tau laa ngan area umah aku ni. Kalo tidak wayar kabel TM dicuri…mgkn tiang kabel tumbang dihempap pokok tumbang, Tak pun..wayar bawah tanah putus pulak bila ada aktiviti korek mengorek parit ke….korek mengorek paip LAP ke….

Lagi satu..line streamyx ni dh macam ASTRO pulak. Bila ujan je…line mmg lembab sesangat..ataupun takde terus!!! Huhu..sian2..

Mmg rasa mcm nak tukar aje ke broadband lain tp ntah ler..streamyx ni kitorang leh guna utk online seberapa byk pc @ laptop pun pada masa yg sama. Kalo broadband telekomunikasi yg lain tu..satu tu aje ler leh guna pun, hmm..

Aku tak tau ler naper kes2 cenggini selalunya di ujung2 minggu aje. Mesti start awal ujung minggu..huh!! Bila dh buat aduan..lambat betul nak amek perhatian. Dorang ni takde yg buat OT ke?? Tak prihatin langsung ngan masalah pelanggan dorang (TM)…dibiarkan aje line tipon kitorang kat sini takde berhari2..mcm kes skang..dari hari Jumaat minggu lepas..sampai laa ke hari ni dh jumpa Khamis dh..huh!!

(Tgk Akiss main bunga api sambil tgk org lain bunga api besarrrrr punya (nampak dari jauh je, huhu..jadi laa!!).

Ok, citer detik2 menjelang aidilfitri..

Hari Rabu Along baru sampai ke umah. Tu pun dh petang kul 2 lebih dh. Aku yg kat umah ni punya laa risau. Selalunya Along sampai kalo paling lambat pun sebelum kul 1.30ptg. Tp kali ni..jarum jam dh kul 2 petang pun takde kol dari along menyatakan dia dh ada kat stesen bas Kamunting!!

Tp hati aku bersabar..bersabar..mklum ler, bulan Ramadhan ni mmg utk kita belajar sesuatu yg lebih baik. Berkat kesabaran aku tu, Alhamdulillah, along kol ketika jam 2.15 petang menyatakan dia dh sampai kat stesen bas. Aku lega bkn kepalang!!!

Terus je aku keluar ngan sang kancil utk amek along kat sana. Dlm kereta..terus je along citer apa yg berlaku kenapa sehingga satu bas (double decker) yg dinaiki pelajar MRSMPH nak ke area Taiping ni lambat tiba, hmm. Citer along..kiranya dia jd mcm HigglyTown Hero ler sebab pemandu2 bas tu tak tau jalan nak ke stesen bas Kamunting dan tak tau pun kat Kamunting ni ada stesen bas hentian raya…hmm…

Bolehkan dorang masuk ikut Simpang tu..mmg jam giler lah bermula di trafik light Kg. Boyan dan trafik light kat HSBC tu, hmm.. Mmg pasti tersangkut lama laa kat situ..

Bila along dh balik..lega sket laa pasal dh bertambah lagi sorang kerahan tenaga utk persediaan Aidilfitri kitorang, hehe. Seperti yg dijanji..along tolong cuci kedua-2 bilik air. Mendobi baju pun..along yg tolong. Angah membantu menyidai baju sama2 ngan along.

Aku pun leh ler wat persiapan lain. Kiranya..sehari sebelum nak raya..segalanya persiapan berjalan dgn lancar. Abg pun balik awal walaupun keje hari Khamis tu. Sebelum kul 2 petang dh sampai umah.

Malam..aku menggosok baju2 raya. Mood raya mmg sudah di puncak malam tu, huhu. Tido pun lambat..sbb lepas2 aku dh masak rendang dan rebus nasik himpit..aku leh gi online lagi kat fesbuk, hahahaha..Sempat ler tgk Sampaikan Raya kat TV3 dan rancangan sepertinya kat TV2..Sempat ler tgk Datuk Ahmad Jais sampaikan lagu raya evergreen beliau kat rancangan tu, huhu..

1 Syawal 1431H

Aku bangun pagi sbb nak masak kuah kacang utk nasik impit. Kemudian mengejutkan abg dan anak2. Bersarapan pagi dgn lemang dan nasik himpit, Kemudian, baru lah kitorang bergegas gi solat sunat Aidilfitri.

Balik dari sana..baru lah aku menyapu umah dan berkemas sket2 lagi. Dah selesai, baru kitorang 5 beranak bersalaman bermaafan dgn penuh kesyahduannnn (kat hall depan umah kitorang tu aje, hehe)..

KAT VILLA VST

Dah selesai, kitorang berangkat ke rumah mak dan abah. Dah ramai kat sana. Sesi bersalam-salaman dan bermaafan kat sana pulak. Syahdu mmg syahdu tp takde ler sesyahdu 2 tahun lepas, hehe..Kalo tgk balik dvd raya 2thn lepas…erm, sunggoh syahdu. Leh nangis balik kalo tgk walaupun berkali2. Tambah pulak abg taruk lagu latar..Tangan Dihulur maaf dipinta tu...

Kuuuu..mengambil kesempatan untuk menghulur tangan ini..dengan hati suci bersih.

Yg budak2 pulak..sambil salam..sambil dpt duit raya, hehe. Seronok betul dorang!!!

Diringkaskan citer..lepas sesi makan2 kat umah mak…kitorang pun gi ler beraya kat umah Mak Uda terlebih dulu.
Disebabkan 1 Syawal jatuh pada hari Jumaat..maka sesi beraya di waktu pg tu singkat ler waktunya kerana kaum Adam perlu gi solat Jumaat.

PETANG 1 Syawal
Kitorang keluar ngan 3 bijik keta berhimpit2 mcm nasik impit yg sgt sedap dicicah ngan kuah kacang tu..huhu..utk ke Lake Garden mengadakan sesi fotografi RAYA!! hehe..

Opps...tp sebelum tu..singgah dulu kat Kelapa Line utk melihat rumah sejarah family abg di suatu ketika dulu.
Kat sini ler sandal abg tiba2 putus. Hmm..tu ler..sandal lain kan ada..nakkkkk gak pakai sandal yg tu, hmm..

Seronok tengok mereka mengimbas kembali ke zaman itu, ngee..
Sempat jugak meronda sampai ke quarters flat dan persekitarannya utk mak ngan abah melihat2 sambil bercerita mengenai kisah dan pengalaman semasa tinggal di situ suatu waktu dahulu.

SESI FOTOGRAFI RAYA

Akhirnya, kitorang semua gi bergambar kat lake garden iaitu tujuan asal keluar pd petang itu. Dann...Inilah di antaranya. (sebenarnya, byk lagi..tp pilih yg utama aje dulu, hehe)

Inilah keluarga Hj. Aizam & Hjh Aishah. Dari induk, anak, menantu dan cucu...
Tp sebenarnya tak cukup korum lagi ni. Kalo semua ada..mesti lagi meriah. Mesti lagi berlapis2 barisan ni.

Abah dan mak.

Kak Nor dan anak2nya.

Suhaila sekeluarga..

Kak idah dan anak2nya.

Maria sekeluarga..

Opps, ni pulak adalah sesi lakunan semula, huhu.
(Abah sedang memberi duit raya kepada cucu2nya. Sebenarnya ada lagi ni. Kalo semua ada..tentu bertambah panjang perbarisan ni, huhu...)


Gambar di bawah;
Sesi perempuan2 saja..tarakucha..cha..hehe..


Abg ni ada 8 org adik-beradik semuanya..tp semasa sesi fotografi ni cuma ada 5org sj.

Kandid!!
Angah ni mmg suka pakai songkok tak kena gaya. Tu along tengah betulkan ler tu, erm!!
Tgk, wan dok perati aje tu..huhu..

Gambar di atas ni pulak..lelaki saja, ye..hehe

Gambar2 di bawah..kandid lagi!!
Ni anak dara aku ngan anak dara Sela.

Gambar melompat adalah satu kemestian dlm fotografi abg, ngeh2..nasib ler. Dorang ni pun suka posing cenggini. Sebenarnya, dorang ler yg terlebih dulu buat permintaan utk acara lompat lebih tinggi ni. Abg ok aje...heheh..

Tetiba..terjumpa lak sebuah hp SE kat celah2 pokok kat situ, huhu.
Tu tengah check ler sape yg punya. Nak citer ke sapa yg punya?? Argh, tak payah laa..ngee..

Along yg masih setia bersampin..

Dh abes fotoshoot..kitorang g pulak beraya kat umah paklong tahir dan maklong Bedah kat Pdg Rengas. Hajatnya tu nak gi sat2 aje. Tp disebabkan perjalanan mcm dekat tapi jauh jugak sebenarnya huhu..jd, makan masa jugak ler...

Kat sana..ada ler hidangan lemang dan rendang daging.
Ada jugak kuih ‘ranting buruk’…sedap..mmg sedap. Rasa mcm kuih ‘batang buruk’ tp lagi sedap sbb dia kecik sikit dan lebih rapuh..tu ler dipanggil ranting bkn batang, hahahha. Abes ler aku ngan sesape yg suka kuih tu dok perabeh, kuikui..

Ren sedang khusyuk membaca majalah Wanita (anak2 paklong punya ler ni!!)
Anis pulak sedang nyenyak tido...

Dah sembang2…makan2…ingat nak balik dh laa..tp sampai laa pulak bihun suppppp tulang, pergh!! Tak boleh tahan ler semua2nya, ngee..pulunnnn.

Dh selesai..burp!! baru ler boleh balik, ngeh2. Opps, tak dilupakan aktiviti wajib iaitu bergambar beramai2, huhu. Tambah senang bila semuanya jenis spoting..takde masalah besar!

Abah & Kak Nor tgh ketawa besar..lupa pulak sape yg dh buat lawak td tu, hehe..

Balik tu singgah umah mak dulu. Pastu,beramai2 gi umah kak idah. Sebab ketupat palas ngan rendang dia tak berusik lagi tu…ngee..

Dah balik rumah…Maton sefamily, mak dan abah datang beraya. Sambil dorang tengok beramai2 dua episode terkini anime One Piece yg abg muat turun dari internet.

Akem ngan Afis tido kat rumah kitorang ngan along dan angah.

Sambung part 2...

nota 1: sengaja aku taruk gambar ni sekeping2..sbb ianya kan tersimpan kan picasa album tu, hehe.

nota 2: seronok menggunakan alza ni. Dh ler jimat minyak..ramai lak boleh naik. Tambah pulak ketika musim perayaan ni. Seronoknyer....

5 comments:

Rinna said...

Wahh bestnyaa..ngan baju kaler pepel dan warna warni..

Seronok tgk.. berkumpul ramai2 pas tuh gi konvoi beraya.. leh siap wat fotoshot laagikk..

DeLLas said...

hoh.. dah masuk crita raya? rajin tul..

mamawana said...

Wah...best ler nengok gambar2 raya , pemandangan kg pun cantik...lompat2 lagi..

Anonymous said...

saya tetap setia baca kisah akak walaupun lmbt..haha!

sbb saya suka tgk gambo2 raya akak ty happeing tu..paling best part atuk bg duit raya kat cucu2..berderet2 tuh! :)

Mrs Nurul said...

gamabr kenangan raya yang indah dan ceria..semoaga dikurnikan kebahagian yang berterusan :)