Monday, December 12, 2011

Jelajah Pantai Timur - Masjid Terapung

01 Jun 2011
Rabu

Masjid ni nama sebenarnya adalah Masjid Tengku Tengah Zaharah. Mmg cantik masjid ni...sekali pandang mcm kek topping gula yg berbentuk masjid utk dijadikan hantaran tu, hehe..

Kul 11 pagi masa ni. Matahari mmg terik...

Masjid ni tak sempat nk masuk pun.
Menara masjid..
Sampai situ...semua keluar kamera nk amek gambo, hehe. Cantek laa kan..masjid kaler putih atas air, langit membiru, uish!!
Lepak situ jap...
Amek2 gambar....
Alona tak ketinggalan..
Mak & abah...
Aku ngan kak nor pun join ngan mak dan abah...
Kitorang sampai takat jambatan ni aje, hehe..
Kak nor....enam bulan sebelum tukar status, hihi..

Lepas tu..gi kat gerai2 souvenier berdekatan. Kat sini barang2 mmg murah laa. Murah dari pasar payang, murah dari Taman Tamadun Islam.
Kat tepi2 pantai Ketapang, Pantai Batu Buruk pun...aku tgk takde pun jual mende2 cenggini. Asek2 jual seafood celup tepong, hmmm....
Key chain, FM mcm2...gambar2 eksklusif pulak tu. Kat Masjid Kristal pun takde jual FM gambar masjid tu, mm..
T-shirt, pakaian batik & beraneka kraftangan pun byk kat sini. Harga tak laa mahal..tu pun masih leh tawar-menawar lagi.
Ada restoran kat sini. Tak tau ler beroperasi siang ke...malam ke...atau mmg siang & malam ada bisnes kat sini, hehe..
Kitorang bergambar kat sini sementara menunggu mereka yg bergilir2 masuk ke tandas, hehe. Masuk tandas kat sini 50sen tp tandas bersih laa.
Masa ni sebenarnya ada jgk di antara kitorang yg masih tgh memilih barang2 utk dibeli, hehe..
Dalam masa 30minit kat situ...kitorang pun bergerak laa menuju ke negeri Pahang pulak. Tak susah pun rupa2nya nk ke negeri Pahang dari Kuala Terengganu ni. Ada 2 jalan tapi kitorang ikut Rantau Abang-Dungun- Kerteh. Syok ikut situ. Pemandangan di sebelah kirinya...sket2 leh nampak pantai, nampak laut membiru. Bila tak nampak pantai dlm 10 minit perjalanan tu...kendian, leh nampak laut & pantai lagi, ish..ish..Best tul!!!

Along dh tertido kat bahu wan dia yg juga tertido dlm perjalanan, hehe..
Mmg seronok tgk pemandangan kampung, pantai...bandar kecil, hutan2 renek di sepanjang perjalanan..terutama di kawasan Rantau Abang, Dungun, Paka...aduii..Nampak laut yg membiru tp takleh nk berhenti.
Keadaan jalan pun ok jer. Takde ler teruk pun. Mcm jalanraya persekutuan yg lain tp yg ni byk lurus dan kekadang kala aje berselekoh dan bengkang-bengkok.

Menerusi perkhidmatan GARMIN...kitorang try cari tempat utk makan tengahari. Akhirnya...kitorang singgah kat PAKA..sebab dlm GARMIN...ada satu kedai makan nama Restoran Nabila Khan dalam laluan kitorang. Tak perlu masuk simpang atau di sebelah kanan jalan. Kat sini mmg tempat bas ekspress singgah utk makan rasanya. Sebab kan...dorang byk wat tandas kat belakang tu, hehe..
Sebelum masuk restoran..aku sempat beli satar kat luar.
Aku mmg cadangkan korang kalo OTW ke Ganu dan lalu jalanraya utama kat PAKA ni..singgah ler makan kat sini. Lauk-pauknya mmg beraneka dan sedap2 pulak tu. Ada jugak dijual roti2, bun, ala2 piza yg dibuat oleh bumiputera yg sedap dan lembut, ish..ish..Rugi lak tak beli byk sket utk bekalan masa lepak2 kat homestay Pantai Balok nanti, mm..
Makan kat sini pun takde ler mahal sgt macam kat bandaraya Kuala Terengganu tu. Berpatutan ler kan. Air minuman pun sedap..kalo air sirap bandung tu..terasa real punya sirap bandung. Camne tu, ye?? hehe..
Ni kat area Kerteh dh ni...
Melalui kawasan kilang2 yg elok tersusun..cantek jer pemandangan walaupun terdapat byk kilang, hehe..
Selalu kalo lalu kilang...serombong dorang akan keluar asap2 itam yg mencemarkan. Tp lalu kat sini leh nampak jgk menara serombong yg mengeluarkan api, hehe..Yg satu ni jer sempat snap, hehe..Maklum ler, Ganu ni kan antara negeri pengeluar gas dan petroleum..
Selepas Kerteh..kitorang masuk ke area Kemaman. Sepanjang laluan dari Kuala Terengganu tadi..byk jgk tempat2 rekreasi pantai yg dilalui sehinggalah ke Kemaman ni.

Masuk jer sempadan negeri Pahang di Cherating...aku dh standby mata utk tgk mana simpang masuk ke Pantai Cherating, hehe. Ini bermakna...tamatlah kisah di negeri Terengganu. Tak tau ler tu bila nk ke sana lagi. Mgkn tunggu projek hiway yg leh lalu Tasek Kenyir tu siap kot, hehe..InsyaAllah, ada rezeki..leh gi pulau lak, ye..ngeh2..

Sekian.  
Lega....abes lagi satu episod JPT. Episod akan datang ketika kitorang berada di negeri Pahang pulak..    

2 comments:

DeLLas said...

fuhhhh lega dah abes crita kat ganu..

nanangrusmana said...

salam mampir siang siang...ikut senang nih liburan d pantainya...:)