SABTU
Naik tuk2 terus jer ke stesen keretapi dorang.
Ni tuk2 grup lagi satu naik, hehe.. |
Ni tuk2 yg aku naik.. |
Mak lak bawak abes duit siam yg ada soh perabes ngan beli apa2 buah.
Yg pegi...aku, abang, anas, kak nor, along dan angah. Yg lain tak ikut.
Mula2 ingat nak gi dekat2 aje...tp mcm tak nampak aje buah2an kat situ. Terus aku on gps dan berjalan kaki ke kawasan berhampiran Plaza Lee Garden. Dari stesen keretapi tu dalam 10 minit laa kalo menapak.
Kat sini..kalo ada produk baru dorang nak perkenal..mmg ini antara cara dorang mengiklankan. Masa tahun 2013 tu...dorang iklankan cara flash mob.. |
Lepak ramai2 sambil makan buah2...sembang2 gurau senda, selfie2...hahaha..
Kat sini ingatkan kitorang ni jer yg selamba dok bersila atas lantai lepak makan2 sambil tunggu keretapi sampai. Rupa2nya...mmg kat sini ramai orang tempatan yg tunggu keretapi dorang pun wat camtu. Siap bawak tikar, bentang dan ada yg baring, uiii. Mana yg tak bawak tikar tu...dorang bentang kertas suratkhabar duduk anak beranak. Owh, jadi kitorang pun rasa ok jer laa wat camtu, hihi.
Kat situ ada satu kedai kopi tu..sedap pulak kopi yg abang pilih. Yui yg belanja nak perabes duit siam dia. Teringat pulak kesedapan kopi ais tu tengah2 dok taip entry ni, kihkih..
Aktiviti bergambar tu dah tentu laa. Hentam aje pun background apa yg ada, hehe..
Ahli rombongan yg paling kenit dan yg paling tinggi... |
Maklong dan anak sedara yg menggalah tingginya.. |
Ni asalnya berapa orang aje nak bergambar tapi leh jadi makin ramai lak, hihi.. |
Tak kisah laa... |
Five FZ... |
Pose jer camne pun.. |
Dengan anak dara...mm, rindu lak kat budak manja ni.. |
Ngan abah dia pulak.. |
Sempat lagi selfie, ish..ish.. |
Bergambar ramai2 kat signboard tu.. |
Yg ni ada aku...mintak tolong orang kat situ amekkan. |
Abang gi tanya pengawal landasan...rupa2nya dh ada dh gerabak KTM tu. Jauh ke belakang terlindung kat lane C.. Maka, kitorang pun menapak laa ke sana.
Ni laa landasan keretapi di stesen Hatyai... |
....Pastu orang yg duduk situ soh aku tunjuk tiket sebagai bukti, mm. Adoii, tengah2 pegang banyak barang ni ngan ramai berkumpul kat situ...aku nak kena seluk sling bag cari tiket. Sepatutnya...kan masa tenang kita dh duduk elok2 baru ada sesi periksa tiket. Ini tengah2 camtu. Rasa kalut ler kejap, weh. Dah laa perasan cuak tu tengah dok ada. Tapi nak tak nak aku kena cari jgk ler tiket tu. Selagi tak tunjuk mmg dorang tu tak nak bangun ler, aduhai. Mujur aku mmg dh standby kat poket depan. Bila dh tunjuk tiket tu kat makcik KTM tu...maka, yg dorang2 dh duduk kat seat kitorang tu kena laaa dipersilakan bangun. Kitorang yg 15 orang ni nak duduk. Lega aihh!!! rasa masa tu mcm dok bawah air terjun, huhu...
Rupa2nya dorang tu...bayar tambang tapi takde seat. Ikut nasib ler kalo tetiba ada seat kosong. Kalau nak seat sampai ke destinasi dorang....dorang kena laa beli tiket lain kat kat stesen Padang Besar nanti. Sebab kat sana kan dah bercantum ngan banyak lagi gerabak lain Senandung Langkawi.
Maknanya, dari HatYai ke Padang Besar...dorang kena laa berdiri bila kitorang semua dh duduk di seat yg telah dibeli sebulan yg lalu tu.
Terpikir pulak. Kitorang ni yg mmg dh beli seat tu pulak yg dorang beriya soh tunjuk tiket bukti. Sedangkan dorang sendiri tau dorang bayar tambang tu tanpa ada nombor seat pun, mm.
Pastu, dengar laa rungutan budak2 muda berbangsa Cina...kata kat makcik tu "tak patut awak jual tiket tapi kena berdiri". Makcik tu balas balik...kalo tak...awak nak balik dengan apa?? Diam ler bebudak cina tu.
Sebenarnya, kalo ada gerabak utk cafe tu...dorang leh jer lepak kat situ....tapi masalahnya dah mmg dari HatYai masuk Malaysia ni cuma 2 gerabak tu aje...seat ekonomi dan tempat tidur ekonomi. Gerabak cafe kat Padang Besar nanti baru ada.
Nota ALONA:-
~Alhamdulillah...semua tu adalah pengalaman. Kalo tidak lalui...kita tak tau pulak kan ada citer mcm ni, kan ;) hehe..
1 comment:
Salam, dtg menjengah bila ada sedikit kelapangan. Walau jrg bertamu, ingatan itu tetap ada dikalbu. wah bukan main lagi hehehe
Post a Comment