Thursday, April 30, 2015

Gi miting muafakat..

30.04.2015
Khamis

Kul 9.40 pagi aku keluar sengsorang gi Nibong Tebal. Miting muafakat.
Angah tinggal...tak mau ikut. Biasa laa miting, kan. Bukan ada apa pun dia ngikut...bosan aje. Sedangkan aku pun rasa bosan miting kali ni, huhu.
Apa yg diusulkan oleh ibubapa lain tu...macam dorang ni tak bersedia anak belajar kat asrama penuh. Perkara yg mmg dh termaktub pun dorang mintak nak ubah2. Hari Ahad leh kuar outing kul 10.30 pagi...ada yg mintak keluar kul 8pagi semata2 nak hantar anak tuisyen kat luar pulak. Hmm....itu ibubapa yg dok dekat2 kawasan maktab jugak ler tu. Kalo camtu...takyah ler hantar anak ke MRSM. Awak sendiri tak percaya sistem pendidikan MARA...buat apa hantar situ. Baik ler teruskan aje anak tu sekolah kat luar. Tiap2 hari nak hantar tuisyen pun boleh.
Bila aku citer kat akiss perkara ni....akiss pun cakap..."eii...kesiannya kat anak dia. Sepatutnya hari Ahad tu leh rehat2 dari belajar cuma siapkan keje sekolah jer...tp kena gi tuisyen lak lagi". Mmm...

Buku mesyuarat...
Barisan AJK ibubapa dan pihak maktab sendiri...
Bagus YDP muafakat utk mrsm tempat akiss belajar ni. Dia seorang profesor...juga bekas pelajar MRSM. Aku mula2 tengok dia...masa miting muafakat kat MRSM Taiping 2013..Masa tu along dh form 5. Anak dia baru masuk form 4. Masa tu...kat sana dia dilantik sebagai NYDP...tapi dia dh YDP kat Transkrian, hehe. Dan....sampai skang dia masih YDP di sini..

Lepas miting...leh bawak anak balik umah utk bercuti sempena hari pekerja dan ekstra wesak day.
Tapi satu yg aku tak puas hati. Dah 2 tahun berturut2 dah aku tengok. Ibubapa yg tak hadir miting muafakat...datang kul sebelum 1.30 petang dh leh bawak anak balik. Sedangkan kitorang masih kat dalam dewan belum abes miting lagi...sedang mendengar kesimpulan miting dari YDP. Perkara ni serupa macam tahun lepas jugak...kitorang abes miting kul 12.15 tengahari Jumaat. Tapi ibubapa yg datang kul 11.30 pagi dh dibenarkan bawak anak balik umah!!! Dorang tak datang miting tapi leh bawak anak2 kuar awal. SEDANGKAN...sedangkan...hari Jumaat (bukan hari mesyuarat) bila dibenarkan pulang bermalam...pelajar hanya dibenarkan keluar jam 12.30 tengahari, ok!!! Pelajar kena makan kat dewan makan terlebih dulu, alasannya.
Mcm baru2 ni...pelajar sepatutnya dibenarkan pulang selepas jam 2 petang. Tapi sebelum kul 1.30 lagi ada yg dh dibawa balik oleh ibubapa penjaga dah. Sepatutnya pihak maktab tegas sket. Ibubapa yg datang awal amek anak boleh masuk tapi dibenarkan keluar selepas waktu yg sebenarnya sahaja. Ingatkan tahun ni dah tak berlaku...tapi...............mmmmm....nasib ler aku ni adalah salah seorang ibu yg PRIHATIN. Aku mmg akan datang miting sekiranya takde apa perkara lain yg bertindih.


Nota ALONA:-
~Semoga tahun depan...aku leh gi miting muafakat kat Taiping semula, Amin.

No comments: