Friday, April 17, 2015

Outing ngan Akiss lagi..

18.04.2015
SABTU

Pulun2 siapkan album pengantin...nak hantar kilang pagi Sabtu tu. Dengan harapan leh siap sebelum cuti 01 Mei 2015. Sebab album tu nanti nak mintak tolong along yg bawak ke KL ngan bas. Nanti pengantin leh amek kat Along jer. Kitorang dh tengok kalendar...rasanya kitorang takde ke KL atau balik Bentong sehingga tarikh hantar angah daftar masuk U bulan Jun nanti. Sian kat pengantin kena tunggu lama nak tengok albumnya, kan. Tu yg mintak tolong along bawakkan nanti.

Lepas ke kilang printing album...kitorang gi lawat akiss dan bawak dia outing. Sian dia...2 minggu jugak tak keluar dari hostel tu. Mesti boring abes dok dalam belajar aje, kan. Dan alasan sebetulnya...kitorang pun dh rindu sangat kat dia, hehe.

Kalo ke sana...dh semestinya outing kat Mydin Mall lah. Membeli-belah barangan keperluan kat Mydin ni best sket, hihi... 
Beli tepung pulut hitam...nak buat buah melaka dari tepung pulut hitam pulak...
Berwefie dalam kereta...
Alhamdulillah...dapat jgk lepaskan rindu kat akiss. Kalo dia baca ni seronok laa tu, hahaha.
Kitorang tak lama sangat laa kat sana. Balik awal jgk sebab nak singgah umah mak lak. Mak ajak makan rebung madu masak lemak. Rebung madu tu...adalah hasil dari pokok yg mak tanam kat belakang umah mak tu. Anak pokok buluh rebung madu tu...aku yg beli dari member yg dok kat Perlis sana. Abang yg hantarkan anak pokok buluh tu kat mak....hahahaha...Saja jer nak panjangkan perenggan utk citer ni, kihkih..

Nota ALONA:-
~Alhamdulillah...syukur dgn apa yg ada.

1 comment:

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam sis alona,
alaaaaaaaaa
up la gambor rebung masak lomak itu he3