21.03.2015
SABTU
Bila kitorang dh dapat tempat duduk masing2...hati riang gumbira....leh amek gambar dalam gerabak, kihkih..
|
Masing2 selesa dok kat tempat yg sama mcm semalam hari datang tu jgk, hehe.. |
Disebabkan dok kat tempat yg sama...maka perjalanan pun nampak pemandangan yg sama laa, hehe. Kalo semalam dok sebelah kanan...nampak pemandangan belah kanan laa jgk. Begitu laa sebaliknya, hihi. Naik keretapi ni tak sama mcm naik bas.
Sampai kat stesen Padang Besar...semua penumpang kena turun ngan beg masing2...kecuali beg makanan mcm jajan tu takyah bawak turun pun takpe.
Mula2 beratur di imigresen Siam. Kemudian barang2 akan diperiksa di imigresen Malaysia. Seperti biasa...rasa segan ler kan kalo dorang bukak beg pakaian dh terpakai tu, ngee.
Kat situ cuma setengah jam aje. Takde laa lama mcm semalam masa nak pergi.
Tapi sempat laa gi tandas bangunan stesen yg berdekatan sangat ngan gerabak kitorang, hehe. Sementara tu...gerabak dah bersambung panjang dah.
|
Sempat snap gambar lagi tu, hihi.. |
|
Anas ngan yop pun nak gak gambar kat sini. |
Tengok tu....gerabak dh panjang dh. Kitorang tetap di belakanggggg sekali.
Yang berdiri dari HatYai tadi...leh laa beli tiket keretapi yg ada nombor tempat duduk dah.
|
Mak pun nak bergambar jgk. Ngan henbeg baru, tau....wink..wink.. |
|
Lagi sekali bergambar gini...tapi kali ni ada aku sekali, lalalala... |
|
Kenangan di stesen Padang Besar |
Jam 6.45 tepat....keretapi pun mula bergerak. Laju jgk walaupun ia dah panjang.
Kitorang pun mula merayap nak ke cafe..minum2. Saja laa kan. Nak jadikan satu pengalaman. Bukan selalu naik tren tempoh lama2 gini.
Mak aiii...gerabak cafe ni dorang boh antara gerabak hujung2 sebelum kepala keretapi, wehhh....hahaha. Jenoh ler nak berjalan ke semua gerabak baru sampai.
|
Pramugara KTM, wink...wink.... |
|
Beli nasik goreng dan mee goreng...Bihun goreng takde lagi. |
Kat sini harga mmg mahal ler walaupun masakan biasa2 aje.
Nasik goreng, mee goreng...bihun goreng...RM5 sebekas tu.
Tapi ok jugak laa rasanya. Takde laa teruk pun....habis jer kitorang makan.
|
Alaa...manjanya adik pompuan sorang ni. Ibunya kat belakang tengah temuramah ngan video cam, hehe.. |
|
Ni....donut gergasi. Bila dh beli tu...dorang akan panaskan dulu. |
Tandas kat gerabak seat mahal sket tu....selesa sket laa. Tapi tandas dorang mmg berbeza sket ler ngan gerabak ekonomi kitorang tu. Lebih selesa laa. Nak buat mcm mana....dari HatYai seat ekonomi aje yg ada, kan..
|
Bila melalui gerabak yg ada katil 2 tingkat.. |
|
Pengalaman amek katil ni takde lagi, hehe.. |
|
Dah sampai stesen Alor Star.. |
|
Rajin lak anak dara ni bawak buku cerita dari umah dia gi jenjalan, hihi.. |
|
Abang ngan Piluih. |
|
Mintak tolong piluih amek gambo paklong ngan maklong dia.. |
|
Sampai stesen Sg. Petani....piluih pun turun. Sebab esoknya (Ahad) dia dh ada kelas. Dia masih belajar utk degree di UiTM Merbok, SP. Setiap stesen...(kecuali Padang Besar & Butterworth)...dorang akan berhenti dalam 2-3 minit utk menurunkan penumpang. Tu yg leh turun jap tu amek gambo piluih ngan mama dan kakak dia, hehe.. |
|
Bila Piluih dh turun...maka ada ler seat kitorang yg kosong satu..masa tu dh berterabur dh masing2.. |
Bila sampai di stesen Butterworth....kat sini ler baru aku sedar yg laluan nak ke Butterworth ni seperti simpang 3 dari stesen Bukit Mertajam.
**Semalam masih tak perasan sbb dh mula tertidur. Maklum ler...masa tu jam dh pukul berapa dh. Mau masa tu dekat kul 5 pagi..kan. Ngantuk weh!!
Kat sini kitorang kena tunggu dalam setengah jam jgk utk tukar kepala lokomotif ke depan semula setelah mereka menghantar penumpang2 yg turun kat sini.
Kat stesen ni...korang jgn cari laa tandas kat bangunan stesen...sbb jauh. Gi jer laa tandas kat gerabak kelas satu tu....hehe.
|
Camne pun...kitorang turun jgk dari gerabak utk luruskan kaki sambil amek angin luar, hehe.. |
|
Bergambar tu sudah tentu.. |
|
Ni dia...kepala nak ke depan gerabak pulak lalu ikut rel belah sana... |
|
Bila keretapi ni dh mula gerak semula....maka, gerabak kitorang pula akan jadi paling hadapan. Dah tau dh...sampai Taiping nanti mesti kitorang paling jauh kena turun, uwaaaa... |
|
Bergambar aje laa kejenya sebelum keretapi nak mula gerak. Ni dari kamera hp Yui.. |
|
Hepi nak balik umah... |
|
Keretapi
merentasi jambatan ni....utk ke Bukit Mertajam semula. Jambatan mcm
Jambatan Pulau Pinang dalam gambar atas tu adalah jambatan yg
menghubungkan dari terminal feri nak ke Pacific Mall Seberang
Prai...kena tol RM1.30 kalo lalu jambatan tu, hehe..(berapa banyak perkataan jambatan daa dalam satu ayat, kihkih..) |
|
Kredit utk empunya asal imej. (aku dh letak link dia kat entry mula2 tentang trip ni).. |
Saja aku letak sekali lagi peta laluan keretapi ke utara ni. Terasa macam sedang belajar Geografi tentang sistem pengangkutan di Malaysia aje, kihkih..
Dah mula perjalanan dari stesen Butterworth...kitorang pun mengundur ler tengok pemandangan malam di luar. Dan keretapi akan berhenti sekali lagi di stesen Bukit Mertajam dan seterusnya sehingga melalui stesen Nibong Tebal, Parit Buntar, Bagan Serai....
|
Semua muka dh keletihan tu...ada yg dh lena dah. |
Aku mmg tak tido langsung utk perjalanan balik ni. Walaupun luar gelap tapi aku tetap tengok luar jgk terutama ketika sampai di landasan tengah2 tasik di Bukit Merah. Kan lebih best kalo kat situ KTM letak lampu di sepanjang trek....mesti nampak cantek jer.
Alhamdulillah...keretapi Senandung Langkawi yg kitorang naik ni mmg tepat jadual perjalanannya. Kitorang sampai pun seperti dalam jadualnya....Bila dh sampai stesen keretapi Taiping...maka berduyun2 laa kitorang yg pakai tshirt merah & pink ni turun ngan beg2 nya. Seperti sudah dijangka...gerabak kitorang mmg ler paling hujung landasan. Cuma kali ni tak perlu melalui gerabak orang utk keluar sebab L7 betul2 pengakhiran lantai stesen yg membolehkan kaki kitorang melangkah keluar dari pintu L7 tu jugak..
Alhamdulillah....segala perancangan telah berjalan dengan sebaiknya. Semuanya menjadi kenangan terindah utk dikenang.
Nota ALONA:-
~Menaiki keretapi bersama2 ni...satu kebaikannya............................hanya orang yg melaluinya sahaja yg boleh memahaminya. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment