Thursday, April 23, 2015

Kilauan Emas 5 tak best..

Hmm...sebagai penonton dan peminat...setakat ni kecewa tul ngan pemilihan peserta kilauan emas 5 tahun ni. Tak menarik. Ada beberapa aje yg mmg layak. Aku pun tak tau ler camne kriteria yg juri, pihak penerbitan pilih peserta. Masa sesi ujibakat dijalankan musim ni...ada tunjuk kat kapsul KE seorang peserta yg hadir komplen serta persoalkan psl pemilihan peserta utk rancangan ni...uiii, tau pulak juri2 melenting dan geram kat peserta tu, hahaha.

Tahun ni tak berapa menarik dapat badi kot, kan. Sama macam kilauan mas musim ke-2...tak best. Yg aku ingat cuma penyandang juara jer. Itu pun sebab dia pun dulu pernah jadi artis tapi tak sempat nak terkenal.

Musim pertama ok. Kedua tak ok. Ketiga ok. Musim ke-4 yg terbaik setakat ini. Opening konsert pertama pun dh meriah dan peserta2 punya vokal yg mmg layak ler walaupun badan gomok2, kan...hahaha..

Tahun ni...alahaii...dh 2x konsert dh. Mujur ler ada peserta wild card lak tahun ni. Dari 3-3 calon...mmg aku pun pilih Mustar laa. Sebab dalam 10 peserta yg dh terpilih tu...takde sorang pun yg bawak genre mcm dia. Peserta ke arah rock dh ada...pop rock dh ada...irama Malaysia dh ada...jadi layak sangat laa Mustar mengisi kekosongan tu. Baru variasi....

Sebenarnya...bagi aku laa kan, 3-3 peserta wild card ni yg lebih layak berada di antara 10 peserta utama tu. Ada beberapa yg dh dok dlm senarai utama tu mmg tak sepatutnya ada kat situ. Salah sorang...dh terkeluar pun. Tu yg aku kata...juri ni pilih kriteria camne agaknya. Nak kata ada x-faktor...rasanya kat 3 peserta wild card yg lebih ada x-faktor...

Cadangan aku laa, kan.....kalo ada lagi tahun depan...naikkan ler had umur peserta layak diujibakat tu dari 40 ke 45 tahun semula. Umur 40 mana emas lagi. Kalo orang tanya takut sangat nak bagitau umur tu dh 40an. Tapi bila nak masuk ujibakat KE...tak nyempat2 nak sampai umur 40 walaupun kurang sehari, hahahahaha..
Peserta wild card yg dimaksudkan aku tadi. Dorang ni lebih bagus dari yg dh ada tu. Laila tu lebih bagus dari Norya tu.. Sebutan lirik ketika nyanyi pun tak berapa bagus..mm...heran..heran. Camno leh terpilih.
Ni ler 10 pesertanya..
*kredit gambar kepada tuan empunya asalnya.

Nota ALONA:-
~Saja jer nak bising2....hahaha..

2 comments:

Rinna said...

Hahahha.. betul sgt.. Mmg tahun nie KE tak berapa menyenget laa.. Rasa cam peserta yg ada tuh tak best..

Musim KE4 the best laa.. :)

arysha_fayyadh said...

Assalam sis alona,
haah
tengok pun macam tak manarik sangat tahun ni
tapi nak tunggu gak minggu2 akan datang kot2 terbest pulop he3