RABU
Hari tu....along dan angah takde kelas. Leh laa dorang balik umah atuk dorang kat Bentong awal sket. Risau petang jalan jem teruk. Mula tu...gundah dh aku bila along kol bgtau tiket bas ekspress ke Bentong dah abes. Aku soh along ngan angah naik bas yang bayar tiket kat dalam bas iatu bas Central Pahang. Along bagitau...yg beratur utk naik bas tu pun panjang dh, adoii. Aku bgtau along ikut pengalaman aku naik bas tu duluuuu...bila bas tu sampai jer kita mmg kena berebut ler, weyy. Drebar bas tu pun mmg kuang asam sket. Dia takkan berhenti kat depan2 orang beratur paling depan tu. Kalo dia tak berhenti kan bas tu ke depan sket....dia akan berhenti sebelum sampai kawasan orang ramai beratur tu, huhu.
Alhamdulillah, along dh penah dapat tengok pengalaman membeli tiket feri Langkawi ujung April aritu. Jadi, along kata...dia guna skill tu utk dapat naik bas, hehe. Alhamdulillah, akhirnya along dan angah sampai jugak kat umah atuk dorang walaupun atuknya kat Mekah. Kunci umah atuknya aku dh bagi kat along masa hantar atuk ke Kelana Jaya ari tu.
Yg kitorang bertiga kat Kamunting ni pulak...gerak dari umah dekat jam 7 petang jugak laa. Nak setel hal macam2 dulu memastikan keselamatan umah dan keperluan kucing2 cukup semasa kitorang takde kat umah nanti.
Untuk sampai ke Bentong...sehingga ke Genting Sempah takde masalah. Tetapi dari Genting Sempah tu...uwaaa, menangis dalam hati tapi syukur, dapat mengawal kesabaran telah menjadikan hati sedikit tenang. Hiway jem....jalan lama lak ada pokok tumbang. Mmg dugaan. Sesungguhnya perkara itu telah menunjukkan depan2 kitorang tentang kebesaranNya, kekuasaanNya, Dia Maha Perancang...
Alhamdulillah, dekat kul 4 pagi baru kitorang sampai umah ayah. Along dan angah dah tido lena dah waktu tu. Mujur aku ada bawak kunci umah ayah punya (ayah gi mekah tak bawak kunci umah. Kunci spare yg aku pegang ada kat along).
24.09.2015
KHAMIS
Selamat menyambut hari raya AidilAdha 1436H.
Tahun ni...adalah pertama kali aku balik berhari raya haji di Bentong selepas 20 tahun berkahwin. Somi dan anak2 aku pulak...sudah tentu lah kali pertama beraya haji di Bentong, kan...huhu. Maklum ler...cuti raya haji ni selalu tak panjang, kan. Alhamdulillah, tahun ni berpeluang menyambutnya di Bentong walaupun ayah takde kat Bentong.
Pagi hari raya tu...kitorang ke Janda Baik.
Mentua aku ada masuk bahagian utk buat kurban kat sana. Jadi, kitorang ke sana mewakili mereka.
Menuju ke tempat penyembelihan.. |
Menumbangkan lembu.. |
Selamat disembelih...doa dibacakan.. |
Kertas mereka2 yg buat kurban utk lembu pertama. Dah terkena darah dah. Ada nama abah dan mak di situ.. |
Sedang melapah..aku bersembang kat belakang. |
Lembu ketiga utk hari tu.. |
Tali utk menangkap dan menumbangkan lembu ketiga tu.. |
Anak2 sedang melepak jer...Nak tolong2 pun dorang dh cukup tenaga krew dah. |
Bergambar ngan famili pakcik siak Nasir... |
Bergambar kat titi nak ke kolam ikan... |
Selpi ngan abang pulak bila abang pun dh naik ke surau.. |
Sedang membahagikan sedikit bahagian daging utk peserta. |
Dh dapat daging, solat Zuhur.....kitorang dijemput makan dulu sebelum balik, alahaiii. Kena makan dulu ke? Tapi rezeki jgn ditolak...makan laa jugak, kan. Alhamdulillah, rezeki..
Nota ALONA:-
~Ingatlah Dia sentiasa..
No comments:
Post a Comment