Monday, September 28, 2015

AidilAdha - Balik semula ke Taiping..

25.09.2015
JUMAAT
Bergambar depan garaj kete ayah yg skang dh jadi stor, hehe..
Singgah pusara mak...rindu sangat kat mak.
Mak dh takde...baru kitorang ada rezeki nak balik Bentong menyambut hari raya AidilAdha. Aku tau...duluu...mak mesti rasa sunyi sangat sebab kitorang tak balik beraya haji kat Bentong. Cuti hari raya Haji ni selalunya tak panjang. Dapat sehari dua aje utk budak sekolah. Anak2 aku ni mmg tak diajar ponteng sekolah. Tambah2 bila ada yg dh masuk asrama...lagi susah balik raya haji kat Bentong. Mintak maaf mak...

Semoga mak berbahagia di sana...Al-Fatihah..
Teruskan perjalanan balik ke Taiping ikut Cameron Highlands..
Banyak kereta lalu sini hari ini..
Seperti biasa...akan singgah kat Al-mashoor. Makan eskrem dan stoberi coklat..
Saja lalu sini...tempat peranginan ni utk gembirakan hati anak2. Hargai masa dengan anak2. Walaupun tak tido sini...sekurang2nya..kitorang singgah sini releks2...
Jalan mmg jem dari kedua-dua arah. Nampak tu...bukit masih ditarah2 utk pembinaan bangunan lagi.
Lalu CH mesti lah bukak tingkap...dapat rasa kedinginan udara kat sini, hehe..
Alhamdulillah..sampai umah 7.30malam gitu.
Dh bagitau anak2...sampai umah...terus kena kerjasama angkat barang, urus kucing sambil2 ada yg gi mandi, solat Maghrib dan sebagainya. Sebab lepas tu nak gi umah opah dorang lak...berhari raya AidilAdha ngan mak dan abah pulak.

Nota ALONA:-
~Sentiasa mendoakan yg terbaik utk insan2 yg aku sayang. Mereka sayang aku atau tidak...tak mengapalah. Hak masing2..

No comments: