JUMAAT
Alhamdulillah...syukur ke hadratMu Ilahi di atas limpah kurniaMu, di atas rezeki yg telah diberi kepada adikku dan isterinya setelah 8 tahun menunggu...akhirnya Kau perkenankan dan makbulkan doa2 mereka berdua, doa2 kami, doa arwah emak ketika hayatnya, doa ayah kami...dan doa mereka2 yg menyayangi insan berdua yg tabah ini.
Tarikh keramat di atas....telah menjadikan satu kenangan terindah buat Fadel dan Dayah kerana telah bergelar ibubapa yg membawa amanah serta tanggungjawab yg besar setelah dianugerahkan seorang bayi perempuan yg comel. Pada hari itu...selepas beberapa minit Maghrib tiba...akhirnya selamat laa si ibu melahirkan bayinya dgn keadaan normal, Alhamdulillah. Sudah pasti lah...ia menjadi berita sangat gembira buat kami...kami...kami..semua apatah lagi pasangan suami isteri ini.
Lahirnya ketika kitorang sedang dalam perjalanan Taiping ke Bentong...hati ini tak henti2 mengucapkan syukur. Tumpang gembira di atas anugerah ini.
Malam tu jugak...ayah sempat ke hospital Temerloh untuk menziarahi Fadel, Dayah dan baby....tetapi si ibu tak dapat dilawati sebab masih di dalam labour room. Alhamdulillah...dapat jugak ayah jumpa cucu nya yg baru dilahirkan sebelum ayah terbang menunaikan haji keesokan harinya. Ini adalah cucu ayah yg ke - 4. Dah lama ayah bergelar atuk kepada 3 orang cucu....akhirnya tambah dh lagi sorang. Skang ayah dh jadi atuk kepada 4 orang cucu. 2 lelaki....2 perempuan. Akiss dh ada kawan, yeay!!!
Ayah gi hospital malam tu dengan mama, kak timah, mak ngah, along dan angah. Sebab esoknya ayah sudah perlu ke Kelana Jaya. |
Tahniah buat Fadel dan Dayah.. |
Selamat menjadi ibubapa mithali.
Nota ALONA:-
~Alhamdulillah, syukur....................................
3 comments:
Tahniah Dayah dan suami. Selamat berpantang dan menyusukan baby.. :))
alhamdulillah
berkat doa semua org
saya pun turut hepi sama
excited!
alhamdulilah rezeki diorang kan setelah 8 tahun Tahniah gak kat mak long alona...
Post a Comment