ISNIN
Hari tu hari cuti sempena hari ulangtahun kemerdekaan negara kita. Kitorang nak outing ngan akiss. Akiss tak balik umah sebab pelajar2 ada buat sambutan merdeka kat maktab mereka. Tu yg akiss leh balik minggu lepas tu....yg kitorang gi Lumut tu, hehe..
Sebab Akiss belajar kat area Nibong Tebal...maka tak jauh laa tempat ni kalo nak pergi ke destinasi ini. Tak yah masuk hiway pun. Senang sangat nak ke sini dari Nibong Tebal, hehe..
Ecomeadows atau EcoWorld ni sebuah pejabat syarikat development. Dorang nak bina sebuah taman perumahan yg penoh dgn ciri2 semula jadi yg menarik kat area situ. Syarikat ni punya idea bagus dan sangat menarik dgn membina satu kawasan di luar pejabat urusan dorang dengan replika kincir2 angin serta lanskap sekelilingnya yg mampu menjadi daya tarikan orang ramai pelbagai bangsa utk datang ke situ. Lebih menarik...ia adalah percuma serta disediakan parking yg banyak. Bila ramai datang sini...bergambar...masukkan kat fesbuk, blog...instagram dan lain2 rangkaian di media sosial...maka secara tak langsung...dorang dh dapat iklan free, kan.
Datang sini utk apa??
Dah kitorang ni bukan golongan orang kaya banyak duit.....maka kitorang datang sini untuk bergambar laa...apa lagi, kan...hahaha. Walaupun sekadar 4-5 buah replika kincir angin tetapi mereka membina lanskap yg menarik di situ sudah tentu lah menjadi tarikan utk bergambar (aktiviti yang dah dijadikan hobi oleh manusia zaman ini), hehe..
Terima kasih kat EL sebab tayang gambar dia ngan famili ke Ecomeadows ni di fesbuk. Kalo tidak...aku pun tak tau lagi kot tempat ni sampai skang, hehe.
Sekurang2nya...ada laa tempat menarik lain utk outing ngan akiss hari tu, :) .
Cuaca panas masa ni...silau mata nak amek gambo berlatarbelakangkan tulisan kat belakang tu, hehe. Tapi tak de laa berbahang sebab masih berangin2 sepoi bahasa. |
Nak amek gambar kat setiap kincir angin yg ada kat sini....kena tunggu giliran. Hari tu mmg ramai sangat pengunjung. Maklum laa, cuti....kan. |
Itu aje lah. Mmg entry ni penoh gambar aje.
Nota ALONA:-
~Kalo kawan2 masuk blog CINTAMANISZLITE ni dapat detect melware ke virus apa2...tolong bagitau kat ruang komen, ye. Timakasih :) .
3 comments:
wahhh! ada kincir angin! menarik :))
Jom FOLO saya
Alhamdulillah..sesekali berjalan satu keluarga memang sweet sangat.
betul tu kak
kita bukan byk duit
pergi sini just nak having fun je n nak bergambar je
cantik gambar2 akk ni
jeles taw
Post a Comment