JUMAAT
Pagi Jumaat tu...jam 7.45 aku dh keluar umah menghala ke Nibong Tebal.
Ada Majlis Mohon Restu & Solat Hajat sempena PT3 & SPM yg bakal menjelang nanti.
Majlis diadakan di Masjid Ampangan @ Masjid Kubah Putih.
Dapat surat lebih awal...abg dh tolong faks kan jawapan kehadiran aku. Abang tak join sebab cuti abang sikit sangat sejak majikan baru. |
Dah ramai ibubapa yg sampai dan memenuhkan dewan solat dalam masjid tu.
Gambar ni diambil ketika ceramah dari seorang ustaz jemputan sedang berlangsung.. |
Surah Yaasin yg diberi kepada setiap ibubapa.. |
Selesai solat hajat dan bacaan doa...bacaan surah Yaasin berlangsung
Masa ni lom mula bacaan surah lagi...sebab pihak maktab sedang menyediakan air mineral dan kismis di tengah2 dewan solat.. |
Kelihatan para pelajar menguruskan hal tadi... |
Guru Besar memberi sedikit ucapan setelah selesai bacaan Yaasin dan doa.. |
Sesi bersalaman para pelajar bersama guru2 dan ibubapa yg hadir..gambar ni utk sesi pelajar lelaki bersama guru2 lelaki dan para bapa.. |
Ni bersama pelajar wanita, guru wanita dan kaum2 ibu. |
Eh...dh nak sampai kat aku, hehe.. |
Sempat amek gambar akiss tengah bersalaman ngan ibu2 di barisan depan.. |
Sebenarnya...para ibubapa ni mmg dh merestui anak2 mereka tapi majlis ni bagus jugak laa. Psikologi utk anak2 ni agar lebih merasa semangat utk berjaya dalam peperiksaan, kan...(walaupun tak semua ibubapa yg dapat menghadirkan diri di majlis ini).
Selesai majlis tu...leh bawak Akiss terus balik umah utk cuti sekolah seminggu. Sonok ler ibu nya ni :) .
Nota ALONA:-
~Ibubapa sentiasa mendoakan kejayaan anak2nya..
No comments:
Post a Comment