Tapi kelemahannya...(pengalaman kat bilik kitorang laa, ye)...belakangnya dekat sangat ngan dapur jiran lot tanah sebelah. Belakang dinding pagar aje. Dengar dorang gelak2 sembang2 sambil memasak. Mmg mengganggu. Tutup pintu bilik air pun tetap terdengar bunyinya.
Pastu, banyak semut. Kek yg kawan2 aku bagi tu...cepat aje semut2 tu nak memanjat walaupun diletakkan di rak yg tinggi. Bilik air pun bersemut. Singki bilik air bersemut, hmm..
Keempat-empat tuala yg disediakan pun busuk amat....bukan lah bau nya mcm tak bercuci ye. Tapi bau dia mcm bau hangit. Hangit tu kalo boleh dibayangkan kemungkinan sebabnya adalah disebabkan temperature terover2 maksima ketika pengeringan semasa didobikan. Ish...mmg tak tahan tul baunya. Melekat kat badan weh bila kitorang guna jugak lepas mandi tu. Nasib ler aku ada bawak tuala spare. Tuala tu...campak kat ujung2 sudut bilik pun...baunya masih leh terhidu. Aku malas nak gi tukar. Lantak pi lah.
Hari dh nak check out...mmg harus posing gini, hehe. |
Bergambar di tepian laut... |
Lokasi dan keadaan pembinaan bilik ok. Parking leh berhampiran bilik aje. Tapi tu lah...kelemahan2 lain yg aku dh citer kat sini...membuatkan penilaiannya jatuh dan tak akan lagi menginap kat sini.
Sebenarnya aku dh aim nak dok nginap kat Masbro Village yg suasana chaletnya macam kat Australia tu...tapi dah penoh weh tarikh tu. Awal benar dah kena tempah, uwaa.
Pastu, try kontek BUSTEL....tapi penoh jugak dh kena booking. Hmm...tak pe lah..akan datang lagi banyak tempat2 penginapan yg unik bakal didirikan memandangkan industri pelancongan domestik dah semakin bagus skang ni. Aku kalo ada duit berlebih2...mmg share ngan adik aku buat chalet unik2 jugak kat tanah arwah mak tu, kan...Fadel.
Nota ALONA:-
~Angan2 mesti ada, kan...wink..wink..
No comments:
Post a Comment