Sunday, December 27, 2015

Ke Cameron lagi - (3)

23.12.2015
RABU

Ayah ajak makan sate. Mujur lah kedai kawan ayah kat medan selera tu bukak. Tapi jenoh jugak lah mencari parking. Biasalah tu...musim cuti sekolah.
Bergambar aje lah walaupun gelap2 gini, hehe.
Makan sate ayam, daging lembu dan kambing. Ayah belanja.
Setel...singgah kedai runcit beli roti, air mineral dan apa tah lagi.
Kemudian, singgah pulak kat Glory 78 Steamboat. Along nak belanja makan steamboat kat sini sempena besday ayahngah dia. Kebetulan hari tu...duit youtube along dah masuk, weh!! hihi.

Oder steamboat utk pakej 5 orang makan aje sebab dalam perut pun sebenarnya dh ada sate, kihkih.
Tunggu bahan2 steamboat sampai..
Kek cis sepotong sebagai simbolik sambutan besday insan yg kami sayang..
Dah 35 tahun usia satu2nya adik beradik kandung aku ni, Alhamdulillah..
Terima kasih mak kerana melahirkan aku dan adik. Terima kasih ayah kerana bersama2 mak membesarkan kami dengan penoh kasih sayang. Beri pelajaran, beri pengajaran...beri segalanya mengikut kemampuan diri sendiri. Segalanya menjadi kenangan terindah kami. Ampunkan kami dan maafkan lah kami seandainya kami ada melukakan hati murni mak dan ayah sedari kecil sehingga dah tua begini.

Aku ingin bercerita kalau mak ada lagi. Bukan aku tak redha mak telah pergi selamanya...tetapi kalau mak ada lagi...mesti mak gembira anak lelaki kesayangannya telah dikurniakan seorang cahayamata. Yang pasti juga.....mak akan terus prihatin serta memainkan peranan sebagai seorang isteri, emak, emak mertua dan wan yg penyayang. Selain kasih yg melimpah ruah yg diberikan....sudah tentu ada nasihat yg akan dititipkan. Setiap teguran dari mak utk anak2 dia, menantunya serta cucu2nya adalah kerana mak sayang. Kena paham hakikat itu. Kerana......jika umur panjang, murah rezeki......kita juga akan berperanan seperti itu, melalui watak2 yang sama. Percayalah. Kerana hidup ini ibarat roda. Jika tak kita lalui sekarang...InsyaAllah, kita akan laluinya juga suatu hari nanti. Jadi, adil lah pada hati apabila membuat sebarang sangka.

Al-fatihah utk bondaku tersayang........................
Semoga mak berbahagia di 'sana'. Kasih sayang yg mak berikan...pengorbanan...kenangan bersama tak pernah luput dari ingatan.
Dayah suapkan kek kat suaminya....sape lagi, adik aku tu ler, hehe..
Ayah dan anaknya..
Ok, bahan2 steamboat dh sampai..
Apa lagi.....mulakan!!!
Dah bersedia utk dicelupkan, direbuskan...
Tunggu....
Masih menunggu...hehe..
Ok...boleh amek dah.
Comel maklong ni tido pulak.....syok laa tu cuaca sejuk2 gini.
Fadel dan anugerah Allah....syukur Alhamdulillah.
Bersama bersteamboat malam tu..
Bil....tima kasih along. Tima kasih abang.
Mmg along belanja malam ni tapi takat yg dia mampu nak belanja aje lah. Pelajar lagi, kan. Ni pun kebetulan duit youtube masuk. Jadi, yg lebih dari bajet dia...abah dia tolong topap kan.

Kepada Fadel...
Selamat menyambut hari ulangtahun kelahiran yg ke-35 pada 24 Dis 2015.
Semoga dilanjutkan usia, diberikan kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki, berbahagia. Semoga yg terbaik mengiringi hari2mu. Amin.
Sememangnya, kakakmu ini sentiasa mendoakan yg baik2 utk awak dan keluarga.
Ok...dah merasa sekali makan kat sini. Lain kali lambat pulak laa kot. Atau pun tak gi sini lagi dah, hehe.
Balik apartment...leh rileks2.
Ada yg main games dan lain2.
Aku pun dh kemas2 sket utk balik esok.
Deia dengan ayahlong nya..
Dok atas tu mmg sejuk benar bila angin luar menerobos ke dalam apartment. Dok tingkat paling tinggi pulak, kan. Kulit muka aku yg jenis berminyak ni pun kering, kuikui. Ok lah tu...kot ada rezeki nak gi Jepun lak nanti, kan................kena belajar2 lah tahan sejuk, hahahahaha. Mood berangan dulu, wink ;) wink.


Nota ALONA:-
~Aku ok :) ..........

1 comment:

DeLLas said...

terima kasih atas ucapan dan doa kak long tu.. klu mak masih ada, bestnya deia dpt wan sebaik mak.. hmmmmm..