Tuesday, December 8, 2015

Jumpa member lama.....

29.11.2015
AHAD

Pagi tu...dalam kul 10 lebih...kawan aku sama2 sekolah rendah kat SKTF datang bertemu setelah sekiannnn lama terpisah ketika kami darjah 5 dulu. Dia mmg asal Melaka...dan dok kat Melaka sampai skang. Ada kedai mas perniagaan bersama suaminya. Susah2 payah bawakkan bekal sarapan pagi utk aku sekeluarga, aduhaiiiiii. Panas2 lagi tu. Mee goreng siap boh dalam 5 bekas, siap sudu garpu plastik lagi. Ada jugak sebekas kuah kari ke...kuah apa ntah yg sangat sedap makan ngan roti arab. Siap roti arab lak tu Masni bekalkan. Segan lak aku, aduhaiiiiii lah sahabat. Semua dia masak kat umah. Aku mmg tak sempat nak singgah umah dia sebab lepas check out dh ada program lain dan perlu balik awal ke KL. Byk hal lain lagi..
Ngan Masni...pernah tinggal di Bentong dan bersekolah rendah ngan aku ketika ayahnya bertugas sebagai tentera kat daerah itu.
Selepas dh berbual2 ngan Masni dan suaminya...dorang pun perlu balik sebab nak hantar anak balik UiTM Kuala Pilah...kitorang pun bersarapan pagi lah kat bilik sebelum check out. Kenyang amat. Tak jadi lah kitorang nak gi cari asam pedas tengahari tu dah. Sebab perut dh kenyang, weh. Tima kasih laa kat Masni dan suaminya. Semoga kalian dimurahkan rezeki, Amin..


Nota ALONA:-
~Rezeki bertemu ngan sahabat lama....rezeki dapat makan free. Alhamdulillah, syukur Ya Allah.

No comments: