Wednesday, December 16, 2015

Layan novel...

Bosan jugak asek hadap keje.
Sesekali kena layan hobi.
Skang ni hobi yg masih leh nak dibuat pun...baca novel aje.
Nak kumpul stem...dh tak terikut isu2 yg dorang keluarkan ikut jadual. Nak harap orang bagi tu...takde laa. Nak harap surat bersetem orang kirim lagi lah tak ada.

Nak mengarang novel pun dh takde masa. Tak boleh nak tumpu...idea tak leh nak keluar walaupun banyak berligar2 dalam kepala ni.
Buat blog pun...ada masa2 tertentu. Curi2 masa sambil2 hadap keje.
Best jugak citer ni...Rule Nombor 1..
Skang ni..banyak pulak novel best2 yg aku dh baca keluar jadi drama. Kalo keluar kat astro RIA tu leh jugak ler aku layan sebab tayangannya kul 10 mlm, isnin - khamis dan tak banyak episod...selalunya sebulan dh leh abes. Tak perlu nak tunggu lama. Kalo keluar kat TV3 tu payah sket nak tengok. Mcm skang keluar drama cik cinderella encik tengku tu kat tv3...citer novelnya best jugak. Tapi tu lah...pelakon mcm tak kena aje, mm. Jadi, takde laa rasa nak ikut pun.
Kalo drama kul 7 malam tu...lagi lah aku tak mo ikut. Tak selesa nak ikut waktu2 gitu. Paham2 aje lah, kan..

Drama adaptasi novel ni...penerbit dan pengarah kena jugak cari pelakon yg sesuai. Tak perlu popular tapi dari perwatakan yg dibawa dalam drama tu perlu seiring seperti dalam novel. Oleh itu...pelakon yg baru nak meningkat naik pun boleh mencanak naik namanya sekiranya dapat melakukan watak seiras dalam novel.


Nota ALONA:-
~Dah tengok senarai antara drama adaptasi dari novel yg bakal keluar nanti. Ada yg menarik hati utk ditonton, hehe..

No comments: