Sunday, December 6, 2015

Malam di Dataran 1 Malaysia Klebang..

28.11.2015
SABTU

Malam tu...kitorang gi cari kedai makan. Nak makan...lapar balik, hehe.
Makan kedai dekat jugak ler. Simpang nak masuk ke Pantai Puteri, Tg. Kling...

Lepas2 tu terus gi Dataran 1 Malaysia di Klebang.
Kat situ mmg happening lah. Nak cari makan kat situ pun best jugak sebenarnya. Ada gerai asam pedas...dan mcm2 kedai makan lagi lah.
Malam tu jugak ada car boot sale...ada geng buskers. Ada 2 geng buskers...satu ni mmg nampak dh mcm pro sket laa..peralatan lebih lengkap. Lagi satu tu...mcm budak2 kolej yg cari duit poket dengan hobi mereka bermain muzik. Peralatan dorang basic saja.
Ini geng buskers yg dh pro sket tu. Geng lagi satu...lokasi dorang di sebalik sana aje.
Mercu tanda dataran...
Happening ngan budak2 main air pancut.
Seronok jadi budak2..
Kat situ mmg best laa kalo nak melepak selain makan2. Macam2 aktiviti ada. Ada jugak yg menyediakan perkhidmatan menyewa roller blade & segway..

Kitorang pun tak berlama2 sangat kat situ. Dh abes meronda tengok2 jengok2...terus balik. Nak rehat dan cas tenaga semula. Letih siang tak dapat cover lagi tu.


Nota ALONA:-
~Melaka antara destinasi bercuti popular cuti sekolah ujung tahun ni selain Langkawi, Cameron Highlands dan Penang. Rata2 kawan2 aku kat wassap, kat fesbuk...ramai menceritakan tentang percutian mereka ke destinasi2 tersebut.

No comments: