Wednesday, December 9, 2015

Ke Muzium Kapal Selam

29.11.2015
AHAD

Dah check out...terus ke area Bustel. Nak makan coconut shake. Tak gi gerai yg popular tu sebab dorang buka 2.30 petang. Kitorang ni keluar awal sebelum kul 12 tengahari. Tak leh tunggu. Tak mengapalah. Dulu dh penah dh rasa coconut shake dari gerai yg popular tu. Kali ni sebab kesuntukan masa...kitorang gi gerai lain yg ada kat area Bustel aje.
Kalo ada kekosongan dulu...kat area sini ler kitorang nginap tapi kena amek 2 bilik laa sebab dorang takde sediakan Quad room...
Makan coconut shake ori dan oreo ikut pilihan masing2. Amek jugak kopok lekor dan ketam bol, along belanja....hehe. Along dapat duit iklan youtube, ;) . Tima kasih alonggg.. :)
Kemudian...terus ke Muzium Kapal Selam. Duluu dh gi sini dan bergambar tapi masa tu tak leh masuk dalam lagi. Pastu, kitorang takde peluang nak ke sini semula. Kali ni baru berkesempatan..
Bergambar kat luar...kali ni dh ada lapik dh kapal selam ni, hehe.
Mmg kawasan sini panas betul. Masih macam dulu...kena pakai sunblok krim muka kalo takut muka itam, hehe.
Nak masuk sini kena bayar RM3. Jom masuk...
Dalamnya mmg sempit laa. Laluan utk sehala aje.
Keadaannya mcm dalam kapal perang TLDM yg kitorang penah masuk tu jugak lah. Dapur sempit, bilik sempit. Kalo bilik pegawai tu besar sket lah, hehe.
Cuma kapal perang tu...kita leh bayangkan dorang leh tengok awan, dapat udara segar. Yg ni dh nama kapal selam. Mesti ler dok dalam air. Takde tingkap leh tengok luar...terkurung utk beberapa waktu...mungkin makan hari, makan bulan. Leh bayangkan betapa boringnya lah jadi kelasi kapal selam ni. Apa laa hiburan dorang kat dalam tu ye. Mungkin kah main ps2, ps3, psvita, psp....bila bosan2, huhu.

Puas hati dh dapat masuk tengok keadaan kat dalam kapal selam ni, hehe. Lain kali datang Melaka...takde ler sebok nak ke sini lagi, hihi.
Bergambar lagi kat luar ni.
Bentuk mcm ikan paus. Kat dalam kapal selam tu tak panas sebab ada air-cond tapi kat luar yg panas dek pancaran matahari.
Patut laa masuk sini cuma RM3 aje...sebab sekejap sangat dok kat dalam tu. Tak leh nak berlama2 tengok sebab ada jer pengunjung lain kat belakang kita, huhu. Lagipun, kawasan lawatan yg dibenarkan kat dalam tu terhad. Kawasan segala enjin...ditutup ler. Tak dibenarkan masuk situ. Kitorang pernah diberitahu oleh kelasi kapal selam TLDM...yg kapal selam ini sebenarnya masih elok walaupun ianya sudah berusia. Dan sebelum TLDM menerima 2 buah kapal selam baru...dgn kapal selam ini lah krew dorang diberi latihan.

Kali ni ke Melaka....kitorang mmg tak jejak langsung ke Banda Hilir. Belacan dan cencalok yg kak nor pesan...beli kat gerai2 tepi jalan kat Klebang tu aje. Aku pun tak lepaskan peluang beli gula melaka ori. Mesti beli kalo gi sini.

Dari Klebang...kitorang terus menghala ke Kg. Paya Rumput, Sg. Udang. Saja nak lalu....tempat kelahiran mak kesayangan aku. Kampung kelahiran mak yg penoh nostalgia...tempat mak membesar, tempat mak bersekolah, tempat mak kehilangan ibubapa setelah mereka meninggal dunia ketika mak masih bersekolah rendah. Di sini jugak...aku sempat punya kenangan bermalam di rumah pusaka arwah atuk dan nenek ketika aku masih kanak2. Aku bangga duluuu...arwah atuk dan nenek punya rumah tradisional orang Melaka yg unik dan cantik. Tapi kerana tidak dijaga dengan sempurna...anai-anai memusnahkannya sedikit demi sedikit. Sayangnya.. Apa kan daya...kitorang bukan orang senang. Tambahan pulak...adik-badik mak yg lain semua dah bermastautin di Selangor.
Aku masih ingat nostalgia menyambut hari raya di sana ketika masih kecil. Sangat indah...apakan daya...tiada upaya aku dan adik utk membangunkan semula sebuah rumah indah di situ.

Sekadar lalu perlahan di situ...kitorang meneruskan perjalanan ke Masjid Tanah..melalui Solok Duku...rumah salah sorang saudara mak yg mak akan bawak kitorang ziarah setiap kali pulang berhari raya di Melaka. Masih ada ke tidak saudara mak tu...aku pun dh tak pasti. Dan aku pun tak ingat dh yg mana satu umah dia kat situ sebab tengok semua sama aje lebih kurang rumahnya, hehe..

Kitorang tak masuk hiway...terus melalui jalan biasa sehingga ke Lubuk China di Negeri Sembilan. Dan kemudian terus sahaja perjalanan lancar ke Port Dickson.
Jalan dan laluan yg tenang...Boleh melihat persekitaran, perkampungan. Bila diberi pilihan dan masa...kitorang lebih suka melalui jalan biasa begini dari melalui hiway..
Di perjalanan itu...along yg memandu sehingga ke Teluk Kemang, Port Dickson. Abahnya nak tido kejap dok kat belakang tu. Aku ni tetap kena jadi co-driver, hmm.
Alhamdulillah, kitorang sampai di sana dan terus mendapat lot parking walaupun ketika itu ramai yg berkunjung ke situ. Cuaca mmg panas. Sama mcm kat area Klebang cuma kat kawasan Teluk Kemang ni banyak pokok2 tinggi dan meredupkan.
Beli buah epal putar. Sebiji RM3...beli 2 biji RM5.
Kat sini pun tak berlama2 pun. Kitorang teruskan perjalanan ke KL...dan baru masuk hiway. Berhenti kat hentian sebelah Nilai utk makan. Perut dh mula terasa lapar semula, hehe.

Kat TOL Sg. Besi...jalan mula jem teruk. Dari banyak lorong di tol...kemudian cuma menjadi dua lorong di jalan biasa...sudah tentulah akan berkeadaan sebegini ketika kenderaan yg banyak di musim cuti sekolah dan ujung minggu pulak tu. Hujan kat situ mula turun dengan lebatnya. Mata perlu fokus simpang yg perlu kitorang masuk utk ke Pandan Mewah, rumah Fadel.

Fadel pun sebenarnya turut berada di Melaka. Sama hari ngan kitorang kat sana. Tapi diorang bermalam semalaman di area Bandar Hilir. Hari Ahad tu dia perlu menghadiri majlis perkahwinan rakan sejawatnya di area Klebang. Tapi kitorang takde berkesempatan utk berjumpa pun masa kat Melaka tu. Masing2 ngan agenda sendiri, hehe.

Singgah umah Fadel ni...nak tengok Deia jugak. Rindu kat budak yg comel ni. Gerammm sangat dh pandai sembang2 dh, hehe.
Ralit tengok tv...
Lepas Maghrib...kitorang pun gerak laa nak hantar along dan angah ke Gombak dulu.
Belakang alza tu ada jugak penumpang baru dan bakal penghuni baru kat sangkar arwah Bear. Kitorang amek Koala...salah sekor adik badik Bear yg sama lahir 12/4/2015 duluuu. Baik jer Bear dok dalam sangkar kat belakang tu walaupun pada mulanya biasalah mengiau2 sebab tak biasa lagi naik kete...tak biasa lagi ngan bau kitorang, hehe. Bila dah masuk hiway dh ok dah...

Alhamdulillah...selamat sampai umah awal pagi.

Nota ALONA:-
~Abes laa cuti2 singkat kitorang ni. Alhamdulillah, walaupun dgn masa yg terhad...dapat JJCM, dapat jumpa 3 orang sahabat, meluaskan pandangan di setiap destinasi, dapat bersama2 anak2...dapat jumpa Deia, hihi...
~Tapi ada jugak sorang sahabat rapat ngan aku ketika sekolah rendah dulu (skang dok kat JB) kecik ati sebab aku tak bagitau dia yg aku gi JB. Dia dapat tau pun sebab ada member lain yg tag aku kat gambar FB, ngee. Ikutkan aku takde apdet apa2 pun kat FB tu pasal gi JB ni. Alahaiii, nizah. Maaf sangat2. Tiga orang yg aku dapat jumpa ari tu pun sebab dorang dapat tau dari grup wassap. Ikutkan aku mmg takde bagitau sesape dan mmg tak sempat pun nak jumpa sesapa. Ko lak dh lama left grup...jadi...........mm. InsyaAllah, ada rezeki lagi ke JB...aku roger ko. Mgkn gi sana naik keretapi pulak laa. Leh masuk Singapore ngan bas, hehe.. InsyaAllah, ada rezeki...sampai lah.

2 comments:

Unknown said...

Assalam Alona... kita pun baru je pergi. Sangat panas, tapi alhamdulillah berangin.

ibuayu said...

Kalau lalu lubok cina ..memang lalu kaw rmh akak...br berkesmpatan baca blog ni..dr post terkini sampai yg ni..syoknya alona...memang bercuti2 msia betul ya