Tuesday, December 29, 2015

Kami ke Banting pulak..

25.12.2015
JUMAAT

Semalam baru balik dari Cameron. Dah sampai umah tu mmg kena bergegas setelkan keje terutama basuh pakaian mucuk2 dari Cameron tu, hihi. Bukan boleh simpan2. Tak elok!!! Sidai semua dalam umah aje. Mmg tak sempat nak kering betul. Esok pagi dh nak ke Banting pulak.

Jadi, pagi tu kitorang keluar dari umah tapi singgah umah mak dulu. Nak bagi acar stoberi yg mak kirim tu. Semalam tak sempat nak gi hantar.
Kebetulan, pagi tu kat umah mak....ada adik abang dan keluarganya balik sana. Dorang sampai petang semalam. Jadi, sembang2 laa dulu dalam sejam lebih kurang...baru lah kitorang gerak ke Banting.

Semua ikut gps aje...
Kat Banting...kitorang bermalam di Yana Homestay. Best umah tu. Sewa RM200 semalam utk satu umah. Rumah baru, bersih.....lengkap. Aku tak amek pulak gambar homestaynya. Leh jer gugel Yana homestay banting, mesti leh jumpa iklannya.
Puas hati dengan umahnya. Umah ada 4 bilik tapi yg lengkap berkatil cuma 3 bilik aje. Lagi satu bilik tu dia letak toto dan bantal tambahan. Sangat sesuai utk datang 2 buah keluarga. Ari tu kitorang sampai...owner pun terkejut tengok kitorang datang satu famili aje, hehe..
Owner seorang guru. Muda lagi. 

Sebenarnya, aku nak cari hotel aje bila berada di Banting ni utk menginap tapi bila belek2 agoda, gugel2 yg takde dalam senarai agoda....utk hotel yg sediakan bilik Quad, bilik yg elok dan selesa....harganya RM180 ke atas jugak. Jadi, lebih baik sewa homestay ni RM200. Sebijik umah tu kitorang leh guna...lagi selesa, kan. Parking kereta pun selamat dok dalam pagar umah, leh kunci2 pagarnya waktu malam. Mcm umah sendiri, hahaha.
Kali ni mmg aku saja cari tempat penginapan yg selesa sket tapi masih dalam bajet. Sebab utama...along dan angah leh study lebih selesa. Isnin 28hb tu dorang dh mula exam.
Dan menyewa Yana homestay ni sebab ini yg terbaik dari segi kemudahan yg disediakannya dan lebih utama...lokasinya!!!!

Tujuan kitorang ke Banting kali ni...sebab ada kerja yg perlu dilunaskan.
Jadi, petang tu...lepas ujan dh reda...kitorang keluar gi jengok dulu lokasi seperti yg diberi oleh bakal pengantin. Mula2 jengok lokasi majlis bakal berlangsung. Mudah sangat. Tak sampai 10 minit leh sampai, huhu.
Ini lah dewannya...
Bergambar di Dataran Banting....bersebelahan jer ngan dewan tu.
Lepas tu, kitorang nak beli kerepek di Kerepek House. Banting ni kan terkenal dengan perusahaan kerepek bumiputera. Jadi, jgn lepaskan peluang ini, ye..
Muka teruja...
Berada di dalam kedai ni...Ya Allah....mmg terasa teruja betul. Semua kerepek nak dibeli rasanya, huhu. Sampaikan along, angah dan akiss pun tak keruan nak pilih kerepek pilihan hati dorang apabila aku dh soh dorang pilih kerepek mana yg dorang nak, hihi.
Puas hati. Yg abang pegang plastik putih tu...sempat lagi abang beli bahulu gulung inti jem nenas lepas aku dh bayar yg banyak2 tu, hahaha..
Memang sedap weh bahulu gulung tu. Masa makan tu...mula lah teringat nak belikan utk abah sebab abah mmg suka makanan yg macam ni. Ok, esok pagi...kita leh gi lagi kedai ni, hahahahaha..

Lokasi umah pengantin pempuan dan masjid utk diakadnikah pagi esok pun....dekat2 situ jugak iaitu di Kg. Sg. Lang Baru. Alhamdulillah, mmg tak salah kitorang pilih utk menginap di Yana Homestay ni. Melancarkan urusan bila tempat penginapan berdekatan ngan tempat keje, kan...

Kemudian, kitorang sempat gi ronda sampai ke Pantai Klanang lokasi yg katanya sangat cantik utk sesi bergambar. Guna gps jugak. Semuanya kerana utk tinjau2 lokasi outdoor petang esok nanti.
Masa kitorang gi situ...ada lorong laluan tepi pantai tu ditutup. Ada hakisan akibat air pasang. Mmg air pasang petang tu.

Kemudian tu...kitorang gi terus sampai ke Morib. Jengok2 kat situ pulak. Sekurang2nya kitorang leh bayangkan kat mana yg sesuai utk esok petang.
Kitorang ronda sampai ke Pantai Morib lama.
Celah2 padang golf tepi pantai tu...ada rumah agam yg dh ditinggalkan. Ok, situ pun bagus tu. Leh jadi lokasi pilihan utk esok, InsyaAllah. Kalo tempat tu bukan tempat kita...elok laa gi tinjau2, jengok2 demi memudahkan tugasan kita nanti, kan.

Dah puas ronda...singgah makan dulu. Baru balik umah utk rehat2...
Antara pilihan menu kitorang malam tu.
Kat umah...dah mandi2 selesai semuanya.
Dok kat ruang tamu beramai2...tv tak bukak pun....
Layan hp...makan kerepek2 yg dibeli...buat kopi.
Akiss main game kat tab along...ke main hp along...ke main psvita along...mm. Main jer laa tau nya budak tu!!
Along dan angah study...sambil tu ada jgk ler nyembang2 ngan kitorang. Hadap study jer...bosan jgk, kan..kan.
Ngan laptop, ngan kalkulator saintifik...
Good luck, son..
Bagi yg ada anak2 sedang membesar tu....jangan laa nak sangat anak tu cepat membesar, heheh. Hargailah pembesaran anak2 secara normal. Jgn laa rasa tak sabar bila anak nak pandai berjalan, tak sabar bila anak nak mula gi sekolah, dll. Biar lah ia berlalu seperti biasa. Bila anak2 dh besar2 mcm along, angah dan akiss ni.....korang sebagai ibubapa mesti akan terasa rindu sangat zaman2 anak2 ketika kecil2 begitu.
Skang ni pun...aku selalu berharap masa berjalan perlahan. Tapi, ia tetap terus laju meninggalkan detik2 kenangan, hmm.


Nota ALONA:-
~Hargailah apa yg ada di sekeliling anda...

No comments: