Saturday, March 26, 2016

Jenjalan ke JB - Singapore 9

15.03.2016
SELASA

Dari Gardens By The Bay...kitorang pun melalui semula terowong pejalan kaki utk ke stesen MRT BayFront.
Ni laa lorong pejalan kaki tu...
Dari situ...kitorang bergerak dengan MRT line kuning utk ke Bugis. Tapi kena turun kat Stesen Promenade dan menukar MRT line biru utk sampai turun di MRT Bugis. Turun kat dalam kompleks Bugis Junction kalo tak silap lah, hehe. Jenoh nak cari jalan keluar. Risau buang masa...bertanya jugak laa kat orang ramai kat situ, kihkih. Lega rasanya bila nampak cahaya matahari, kahhhhh.

Melintas jalan...nampak laa satu restoran makanan halal ni. Namanya NAJ Restaurant. Malas dh nak cari restoran lain...kitorang terus masuk sini aje.
Kredit. Gambar dari Google Image...hehe.. Atas tu ada guesthouse..
Pilih nasi ayam penyet...heheh..
Risau jugak duit tak cukup ni, kahhh..
Lega laa cuma SGD24 jer (jgn dikali dengan 3...nanti rasa mahal convert ngan RM, hahahaha).
Aku ni kalo boleh...nak jugak laa duit ada belen sket. Bukan apa...aku ni seorang ibu tahu naluri anak pompuan aku ni. Dia mesti nak beli cenderamata jugak, kan.....Paling tidak adalah keychain.

Kitorang pun berjalan kat sekitar kawasan tu. Cari punya cari...mana laa agaknya kedai yg dorang citer boleh beli souvenier ngan harga murah kat area Bugis Street ni.
Add caption
Jalan jer ikut kaki yg melangkah. Bangunan Bugis Junction tu bersambung ngan bangunan seberang jalan tu dengan adanya sebuah jejantas tertutup. Kitorang pun naik eskalator kat situ nak melintas jalan. Terkejut tengok rupa2nya di dalam jejantas tu ada kedai2 jualan di kiri kanan lorong laluan berhawa dingin, hahaha.. Tengok dari luar mcm tak caya jer leh muat semua tu kat atas. Luas rupanya bila dh lalu..

Setelah keluar dari jejantas tu...baru lah nampak satu bangunan ni ada jual souvenier. Kat area Bugis street. Ramai pelancong dari Indon pun sedang shopping souvenier kat situ. Lega laa hati aku bila si anak dapat beli keychain sebagai souvenier, hahaha.
Dah dapat...kitorang pun masuk semula di Bugis Junction utk ke Stesen MRT Bugis. Kali ni nak terus ke MRT Ang Mo Kio. Dari situ kitorang naik MRT line biru terlebih dulu. Sampai kat stesen MRT Newton kitorang kena turun dan naik pulak MRT line merah utk ke stesen MRT Ang Mo Kio. Tujuan turun kat sini adalah utk memulangkan semula kad Singapore Pass sehari tu kat kaunternya.
Dalam MRT..
Tinggi mak datok eskalatornya...
Ni laa kaunter tiket yg kita leh beli Singapore Pass sehari tu. Tak semua stesen MRT ada kaunter ni.
Bila dh pulangkan semula Singapore Pass tu...dpt laa balik SGD10 x 3 = SGD30. Kalo convert ngan RM nanti...dapat laa RM90 balik!!!!
Untuk perjalanan kitorang dalam Singapore dalam 5 jam ni...untung laa jugak beli kad pass sehari ni. Kalo guna 24 jam lagi laa untung, kan?..

Dari stesen MRT Ang Mo Kio...kitorang beli tiket guna mesin aje utk naik MRT ke stesen MRT Kranji. Sampai2 sana...tak lama tu bas CW1 pun sampai. Bila naik jer bas tu...abes laa aktiviti kitorang jenjalan ke Singapore area Merlion Park.
Alhamdulillah, CIQ Woodlands serta Tambak Johor tak jem.
Tambak Johor...nampak laut membiru...Ari tu jugak baru aku nampak keretapi intercity dari JB Sentral ke Woodlands lalu kat tambak Johor tu, hehe. Oo...kat situ rupanya rel keretapi. Mmg tak nampak pun dari jalanraya, hehe.
Alhamdulillah...akhirnya sampai jugak ke JB Sentral. Turun dari bas...rupa2nya kitorang naik bas yg sama ngan 3 orang budak India yg pagi tadi nak gi interbiu keje kat Singapore. Pagi tadi...diorang laa yg banyak tolong bagitau pasal bas CW1 nak ke Kranji tu, heheh..

Kat dalam bangunan CIQ tu jugak kitorang terus tukar duit SGD kepada RM semula, hahaha. Dapat laa RM100 lebih. Baru laa terasa semula beg duit aku banyak duit, kahhhh...

Terus jer jalan kaki menapak sampai ke hotel. Mandi2, solat, rehat...segar badan. Lepas Maghrib tu kitorang berdua jer keluar gi makan kat kedai2 makan di lorong belakang hotel tu. Akiss ngantuk sangat...kejut tak mau bangun dh. Tinggal jer laa dia kat dalam bilik. Nanti tapau aje nasik utk dia.
Sup tulang...terbaek!!!
Sup kambing...pergh!!!! ini lagi terbaek. Teringat2 lagi ni.. Nasib baik kitorang oder jugak. Kalo tidak...xde laa makanan best nak diingat selain nasik beriyani kat situ.
Masa tengah makan...sahabat aku masa sekolah rendah dh mesej...dia jadi nak datang jumpa aku kat area situ. Sempat kitorang berdua naik bilik utk hantar nasik akiss dulu..kemudian turun semula. Kawan aku ni dok JB...area Pasir Gudang. Kali ni gi JB kena bagitau dia jugak. Aritu masa dia tau aku gi JB-Melaka bulan 11/2015...dia majuk weh sebab sampai JB tak halo dia, hadoii!! Aku tak bagitau pun kat FB tapi ada member yg tag gambar aku masa gi JB...tu yg dia tau tu, hahahaha..
Nizah...antara member kamcing aku masa kat SKTF dulu.
Somi aku ngan somi Nizah.
Kitorang lepak kat restoran tepi tu aje. Masing2 dh kenyang. Minum2 aje. Sembang orang dh lama tak berjumpa, kannnn...

Walaupun rasanya tak abes berborak lagi...tapi kena lah bersurai dah. Somi Nizah pun nak keje esok paginya. Dia keje Singapore. Kul 4 pagi dh kena gi seberang tambak utk elak kesesakan dan sampai tempat keje sempat tido dulu sebelum masuk waktu utk bekerja, hehe...
Nak masuk pintu hotel...ternampak laa pulak ada tukang urut refleksologi kat kaki lima berdekatan ngan Belllo Hotel tu. Alamakkkk...terasa pulak nak dibetulkan urat2 kaki setelah seharian berjalan tanpa henti, kan, huhu. Naik bilik amek duit dulu. Akiss masa tu tengah makan nasik yg kitorang beli bungkus utk dia tadi. Kitorang Isyak dulu...baru turun utk diurut tapak kaki ni. Yg lelaki orang lelaki urut. Yg pompuan..orang pompuan yg urutkan. Dorang dari Indonesia.
Abang sedang diurutkan..
Ok jugak laa dia urut. Lega sket laa kaki tu, hahahah.
Aku lak amek kesempatan mintak dia urutkan lengan kiri aku ni. Dh lengoh lama dah ni...sejak Ogos 2015, hahaha.
Sambil2 kena urut tu...dengar laa jugak member dorang yg indon dok lepak situ gosip2...citer2 tentang dok keje kat sini, hehe. Dengar aje laa. Mana yg kelakar...senyum aje lah.

Balik bilik...kemas barang2. Esok pagi nak balik dah. Keretapi utk balik ke Taiping adalah esok pagi. Jadi, kena laa tido awal jugak mlm ni.


Nota ALONA:-
~Rajin berjalan luas pemandangan...

No comments: