Sebenarnya, utk cuti sekolah bulan Mac 2016 ni...kitorang dh plan gi destinasi lain utk cuti2. Tapi disebabkan ada perkara teknikal...maka aku ngan abang ubah plan ke gi JB - Singapore dgn kenderaan awam....ala2 backpackers kengkonon. Beli tiket pun yg paling minima harganya. Takyah pilih seat sangat. Sama jer leh sampai JB jugak, kihkih..
Sebulan sebelum tarikh...kitorang dh tekad beli tiket keretapi pi - balik Taiping. Dan peram tiket tu sebulan dalam wallet, hehe.
Maka...malam tadi adalah hari kejadian. Kitorang naik keretapi menuju ke JB. Alhamdulillah, 12.30 tengahari sampai JB. Sepatutnya sebelum kul 12 tengahari dh sampai tapi disebabkan malam tadi delay lak 40minit...maka sampai pun lambat laa sket. Tapi keretapi pun takde laa slow...mcm laju jugak perjalanannya. Cuma terhenti setengah jam kat Paloh sebab ada kerosakan rel di satu kawasan lain di hadapan tu.
14.03.2016
ISNIN
JB SENTRAL
Dari JB Sentral...kitorang pun pening2 lalat..nak gi hotel yg dah ditempah tu arah mana, heheh. Bilik hotel tu aku tempah melalui Agoda.com. Leh dapat murah daripada kol terus ke hotel. Aku dh kol dh...harganya lain sangat. Beza dalam RM30 jugak. Tu yg amek melalui agoda jugak tu.
Kitorang ikut laluan yg diberi oleh gps dari Google maps. Keluar ikut pintu utama. Menapak jer turun ke jalan bawah...pastu terus melalui jejambat yg bersimpang siur nak ke Singapore tu. Lalu di tepi2 bahu jalan yg sibuk itu.
Dari kejauhan dah nampak dh hotel kitorang nak tumpang tido tu. Mmg pilih yg dekat ngan JB Sentral yg bersambung ngan CIQ Malaysia. Senang nak menapak aje tanpa perlu menaiki teksi utk ke imigresen Malaysia tu.
Dah sampai kat area deretan kedai2, hotel...kitorang nak makan dulu. Lapar nasik dah ni. Lapar nasik yg sedap sebab makan kat kantin dlm keretapi tadi tu utk alas perut jer, tak berapa sedap. Masak tak cukup garam. Padahal harga bkn murah tu satu bekas, huhu. Dh takde pilihan...makan jer laa asal halal, kan.
Masa sedang menapak menuju ke hotel...ternampak laa satu kedai restoran tu. Restoran ABK Madina. Masuk dalam tu...ada sediakan mcm2 menu. Tapi yg paling menarik mesti lah nasik beriani gam.
Gambar dari imej google maps..tenkiu en. gugel. |
Ok...citer balik pasal suapkan akiss makan nasik beriyani ayam tadi tu. Aku suap..dia nganga. Aku suap dia nganga. Takde pulak cakap takmo dah. Kan tadi dia kata dah kenyang, hahahaha.. Manakan tidak, nasik tu lembut dan sedap, weh!!! Ayamnya pun sedap....mmg sedap lah. Sedap dari yg kat Batu Pahat tu lagi, huhu. Alhamdulillah, kenyang bersama2.
Dah kenyang...menapak terus ke hotel yg kitorang nak dok tu. Dekat depan2 tu aje. |
Ini lah hotelnya...hotel bajet. Hotel Hanya Satu.. |
Bilik kitorang kat tingkat 4. Jangan risau, hotel bajet tapi ada lif. Ok, biliknya. Bersih. Tandas pun bersih. Ada tv wlpn cuma channel biasa aje. Namanya pun hotel bajet di tengah2 bandaraya, kan. Lokasi sangat strategik, lorong di hotel tu...takde laa bising2 di waktu malam. Ok jer masa kitorang gi ari tu.
Dah check in, masuk2 jer dalam bilik tu...selesai Zuhur dan kitorang pun tido jap. Target lepas Asar nanti baru nak keluar ronda2 di sekitar JB Sentral tu.
Lepas dh Asar...kul 5 lebih baru kitorang keluar. Ujan pun dah reda....
Belakang tu laa tempat kitorang menginap... |
Atas jejambat berhampiran Johor Bahru City Square.. |
Petang tu..kitorang jugak meronda dalam JB City Sq....mm, komen aku.............tak best sangat pun, hehe. Rimas...tak menarik hati pun, hehe. Mgkn sebab tujuan kitorang gi sinun bukan utk shopping...
Dah keluar dari situ...terus ke belakang jalan Meldrum tu. Ada lorong kecik. Kat situ ada medan selera sepanjang2 lorong...mcm2 masakan panas leh dapat kat situ. Kitorang nak makan kat situ aje laa.
Mcm2 pilihan kat sini. Malam esok leh gi sini lagi...makan mende lain pulak. |
Aku ngan abang amek set nasik penyet dan pecal leley. Akiss, hurm....nasik goreng kampung, huhu!!! |
Leh rehat dan tido awal lepas Isyak...sebab esok pagi2 nak kena bangun. Tenaga kena cukup utk meredah tempat orang dgn kenderaan awam, huhu.
Nota ALONA:-
~Alhamdulillah, mencari satu pengalaman baru, :)
1 comment:
jalan jauh2 tetap mkn nasi goreng kampung.. hahah
Post a Comment