Tuesday, March 29, 2016

Naik bas Jejak Warisan

19.03.2016
SABTU

Pagi tu...kitorang berlima try laa naik bas Rapid Kamunting & Jejak Warisan yg baru bermula pada 03 Mac ari tu. Utk sebulan (dalam bulan MAC 2016) perkhidmatan percubaan ini percuma. Jadi, kitorang pun amek peluang laa. Saja nak tau bas ni ikut laluan mana, hahaha..

Perkhidmatan dorang ada 2 laluan.
-Taiping Loop. Dari Terminal Bas Kamunting - Hub Taiping - Terminal Bas Kamunting (10A clockwise & 10B Anti clockwise)
-Jejak Warisan Loop. Dari Hub Taiping pusing2 dalam bandar Taiping, Taman Tasik Taiping (20A clockwise & 20B Anti clockwise)..

Kitorang cuma naik bas Jejak Warisan Loop jer, hehe. Jadi laa ronda2 sambil bersejuk2 dalam bas. Bas baru...ekonnya sejuk di tengah panas terik tu, weiii. Naik pun free masa tu, kan...hihi..
Bagus jugak laa dorang adakan perkhidmatan bas ni. Sebab tempat laluannya bukan dalam servis bas syarikat lain yg dh ada kat sini. Bas ni ada lalu stesen KTM Kamunting jugak yg bas lain takde nya nak lalu sebab kat situ nak kena pusing roundabout kat pasar borong Kamunting tu, hehe. Tambangnya lebih sket jer kot...ke.......sama jer, hahaha. Aku pun kurang pasti lah.


Nota ALONA:-
~Yg bagus kita bagi sokongan, ye... :)

No comments: