Thursday, March 17, 2016

Rangkuman seminggu awal MAC

07.03.2016
ISNIN
Pagi tu...mak mintak aku tolong hantarkan ke Selinsing. Petang kul 4 baru gi amek mak semula. Mak nak kemas2 rumah comel mak kat sana. Aku hantar ngan kereta ekod abah. Mak soh guna bagi kereta ni jalan jauh sket..
Aku bawak balik simpan kat depan umah aku jer hari tu. Petang nanti dh amek mak baru simpan kat umah mak semula.

10.03.2016
KHAMIS
Kuah rojak ni beli dari kak nor, kak ipar aku tu. Kuah rojak kak nor mmg terbaik yg pernah aku makan selain kuah rojak di pasaran iaitu Mak Bee.
Beli buah2an nak nyicah...nyummm.

11.03.2016
JUMAAT
Tengahari tu...gi amek Akiss kat maktab dia belajar. Dah mula cuti sekolah, kan. Gi ngan avanza ayah. Ayah baru sampai umah aku dari Bentong kul 11 pagi tu. Terus jer aku bawak ayah skali gi amek cucunya ni, hehe..
My girl...
12.03.2016
SABTU
Semalam ayah tido kat umah aku dulu sebelum ke rumah isterinya di Kulim. Saja laa ayah kata....sebab petang semalam ayah gi umah besannya nak berborak ngan abah dan mak mentua aku tu. Dah lama tak gi bersembang ngan mereka. Lagipun, kali ni ayah lama sket dok Kulim.
Bergambar ngan ayah sebelum ayah ke Kulim dan aku pulak akan gi bertugas ngan abang pagi tu.
Kitorang bertugas utk majlis akad nikah di Parit Buntar yg dh bersempadan ngan Penang. Majlis persandingan dorang esoknya pulak kat sebuah dewan di tengah bandar Parit Buntar tu jugak.
Selpie jap...heheh..
Tengahari tu...kitorang terus bergegas balik umah amek Akiss pulak. Sebab nak gi hadirkan diri ke majlis kenduri anak sulung kawan sekerja abang di Simpang.
Sampai2 bergambar dulu ngan tuan umah, hehe..
Baru makan....
Kitorang perlu sambung tugas pulak selepas tu. Ada sesi outdoor utk pengantin yg baru selamat dinikahkan pagi tadi, hehe. Pengantin tadi gi mekap lain dan tukar sepersalinan baju lain dulu sebelum datang ke Taiping utk sesi outdoor. Tu yg kitorang sempat gi hadir kenduri Dolah dan kak Shidah tu.
Petang tu......walaupun dorang sampai agak lambat tapi ok laa...sebab esok lepas majlis persandingan dorang kat dewan kitorang dh abes keje dh. Tak perlu lagi sesi outdoor ngan dorang. Semua ni atas permintaan pengantin sendiri. Kitorang pun ok jer.


13.03.2016
AHAD
Ahad tu...kitorang tak gi awal sangat ke Parit Buntar sebab tak amek pun gambar pengantin mekap. Terus ke dewan aje...
Selpi dalam dewan..
Selpi luar dewan, heheh..
Alhamdulillah, petang tu kitorang dah leh terus balik lepas abes tugas di dewan. Pengantin pun nak bersembang2 mesra ngan sedara mara dia. Outdoor pun dh setel petang semalam, kan...

Balik umah...dapat laa berehat kejap. Nanti perlu bersiap2 dh utk malam kang. Ngan stok makanan dan minuman utk 5 ekor budak2 bulu tu jugak. Depa nak kena tinggal sampai hari Rabu malam.
Kain baju aku dh packing siap2 dh malam tadi. Sorang satu bagpack...bawak pakaian pun cukup2 aje. Kitorang baru nak belajar kembara ala backpackers, kehkeh. Jadi, sebab baru nak belajar...kitorang gi destinasi dekat2 aje lah dulu. Tu pun jenoh jugak aku cari tips kat blog orang lain. Alhamdulillah, aku dh catitkan semua....perlu hadapi jer sahaja nanti. Berdoa semuanya dipermudahkan.


Nota ALONA:-
~Subhanallah, Alhamdulillah.....Allahhu Akbar..

No comments: