16.03.2016
RABU
Pagi tu...lepas Subuh dah kemas2 semua beg utk balik ke Taiping dah. Apa2 hal...kitorang gi sarapan pagi ngan sorang sekeping roti canai lagi seperti semalam. Keretapi kitorang kul 8.40 pagi.
|
Haa...makan kat restoran ni laa. Restoran ABK Amin. Mmg sedap roti canai dia. Selang sebuah aje ngan hotel bajet yg kitorang dok 2 malam tu. Imej dari Google Maps.. |
|
Ni tiket keretapi kitorang. Sebelah kiri TPG-JB. RM29/pax...kelas ekonomi. Yg sebelah kanan tu tiket balik JB-TPG...kelas Superior. Tambang standard laa RM52/pax. |
OTW nak naik eskalator bangunan JB Sentral tu...kitorang beli laa bihun bungkus, kuih muih kat sorang makcik yg ada bukak kiosk gerai kat bawah tu. Nak buat bekal makan dalam tren. Harga makanan dalam cafe tren tu mahal. Pastu...takde rasa pulak tu. Sekadar utk alas perut, leh laa.
|
Dalam JB Sentral...tunggu leh turun ke platform. |
|
Dah naik tren dh....mmg selesa sangat laa seat kat kelas Superior ni. Tak risau tentang bateri hp nak abes. Ada soket utk cas hp kalo bawak charger sendiri, hehe. Nampak tu kat gambar atas tu...hp akiss tengah cas kat soket tepi dinding. |
|
Akiss dok sorang situ dulu.... |
|
Rel keretapi dari JB sampai Gemas masih rel lama. Lom ada lagi rel letrik berkembar seperti dari Gemas ke Padang Besar. Jadi, kenderaan kena berhenti memberi laluan kepada keretapi seperti ni masih boleh dilihat. Dan orang luar yg tengah tunggu nak lalu tu leh babai kita yg dok dalam tren ni, hahahaha.. |
|
Dah sampai mana ni...bukak bihun goreng yg dibeli makcik JB Sentral tadi. |
|
Suasana dalam kelas Superior...selesa.. |
|
Dah sampai stesen KTM Segamat.. |
Masa kat Stesen KTM Kluang tadi....keretapi berhenti lama jugak. Dalam 10 minit kot. Terbau keharuman kopi Kluang kat situ....alaaa...nak turun gi beli kang..risau kena tinggal lak.
|
Ni dah sampai KL Sentral ni... |
|
Nasik goreng panas lagi...harga RM5.50 satu bekas ni tapi rasa takde. Kena laa beli jugak sebab perut dh lapar balik, weiii. Dok dalam ekon..sejukkk!! |
|
Malam dah...nak dekat sampai Kuala Kangsar dh ni.. |
OTW tu mmg hujan lebat sangat. Sampai Taiping pun ujan masih ada lagi. Sampai Taiping dalam 8.20 malam. Nampak laa kancil kitorang yg setia menunggu. Alahaiii...comel jer nampak. Sian dia kena tahan panas, ujan kat situ utk beberapa hari.
|
Alhamdulillah, keadaan kancil yg selamat.... |
Maka berakhirlah cuti2 kitorang dengan kenderaan awam dari Taiping - JB - Singapore - JB - Taiping. Rasa hepi sangat. Segala perancangan Allah permudahkan. Syukur.
Alhamdulillah, dapat laa naik keretapi Ekspress Peninsular dan Ekspress Rakyat sebelum ekspress Peninsular ditamatkan perkhidmatannya dan Ekspress Rakyat dengarnya ditukar ke Trip Pantai Timur pulak.
Skang ni perkhidmatan keretapi menghala ke utara...semua ETS sahaja. Dari Kamunting pulak dah ada perkhidmatan tren komuter sampai ke Padang Besar berulang alik beberapa trip setiap hari.
Skang ETS pun dh sampai Gemas, N9 dh. Kalo nak ke JB...ada tren intercity dari Gemas ke JB. Maknanya skang ni...kalo kitorang nak ke JB...kena laa naik ETS sampai ke Gemas dulu. Pastu...dari situ naik tren intercity pulak sampai ke JB. Urm......mcm rumit jugak, ye. Tapi tak lalui sendiri...tak tau, kan...
Nota ALONA:-
~Alhamdulillah....lepas ni leh citer pasal lain pulak.
No comments:
Post a Comment