Wednesday, March 31, 2010

Umbut kelapa sawit...

Korang penah makan umbut kelapa sawit??
Hmm...ada laa iras2 umbut kelapa biasa (nyior) tu gak, hehe..
Sedap diratah mentah...apatah lagi kalo dimasak lemak putih tu, hmm..
Kalo buat kerabu...pergh!! mesti lagi terangkat!!

Al-kisah..balik dari kebun (n3 semalam) kitorang melalui kebun buah markisa (n3 dulu semalam, hehe). Tp aku masukkan citer kebun buah markisa tu awal2 sbb gambar dia sikit, hoho. Boleh cenggitu??

Sambung citer balik..masa on the way melalui kebun buah markisa tu..kitorang kena melalui kebun kelapa sawit. Rasanya felda ke felcra punya ni. Byk pokok2 kelapa sawit yg baru ditebang telah meninggalkan umbutnya bersama.
Ayah apa laa lagi...gerammmm aje dia tgk. Dari terbiar cenggitu...baik ler dia amek 2-3 batang umbut utk dijadikan menu santapan, hoho.
Mula2 dh amek sebatang umbut baru. Jalan depan lagi...nampak lagi yg lagi baru..hoho. Ayah mula ler teringat kat kenduri tahlil utk arwah pakcik Mus. Dah berkira2 nak soh kawan2 dia gi sini utk amek umbut tu. Sekurang2nya..dh jimat belanja utk satu menu.
Umbut kelapa di mana2. Maklum ler..mmg dh kebun kelapa sawit, hoho.

Budak2 ni turun utk tgk buah kelapa sawit yg terbiar.

Abah diorang ni pun sama..cari bahan, hoho..

Ni ler antara pemandangan kawasan penebangan pokok2 kelapa sawit yg dh tua tu.

Owh!! ayah masih sedang memerhati umbut2 kelapa sawit yg terbiar..
Baru lagi ditebang ni.
Ni ler antara buah2 kelapa sawit yg relai.

Ayah dpt lagi sebatang umbut. Hmm..sgt gigih ayah menyiat pelepah daun pucuk kelapa sawit tu utk mendapatkan umbut. Terpaksa ler sebab ayah tak bawak parang pun kali ni. Tapi takpe, org yg memang pakar ni tanpa peralatan pun dia leh lakukan, hoho..

Ni ler jin yg melakukan penebangan pokok2 tersebut. Sangat gigih dan cekap sekali.
Kitorang sempat tengok jin ni meratah batang2 pokok kelapa sawit tu dgn rakusnya, hoho.
Kat area2 situ..ada ler dlm 2-3 keluarga (mgkn pemilik kebun ni) sedang turut memerhatikan para jin melakukan tugas mereka, hehe..

Lepas keluar dari area situ..ayah tunjuk laa kebun pokok gaharu kepunyaan Tengku Wong, hoho. Adoii...ada gelaran tengku laa..
Byk pokok2 gaharu yg sedang membesar.
Singgah makan nasik kat kedai Cha'.
Pastu, ayah amek moto kat umah Chu. Kitorang balik umah..ayah gi tengok jin lagi satu yg katanya dh sampai kat kebun ayah utk korek kolam ikan bg besar lagi..hoho.

Kat umah...sementara tunggu atuk sampai umah..Angah sempat ler menconteng papan putih ni ngan kartun trade mark dia, hehe. Cenggini ler dorang. Kat umah kitorang pun..cepat aje abes ink white board melukis itu ini, tulis itu ini..

Petang tu..kitorang gi Petaling Bahagia menziarahi busu dan keluarga. Dh lama betul tak jumpa. Aidilfitri dulu pun tak jumpa, hehe..

Kat sana...busu dh siap masak. Ngan kari ayam, teloq dadar, kangkung goreng, tempe goreng, sambal mentah. Simple tp menyelerakan betul.
Seperti biasa...kertas sokabar lama adalah sapra pakai buang yg kitorang gunakan, hoho.

Sambil2 berborak, Yanti pasang Adnan Sempit. Kitorang mmg tak tgk pun lg citer tu, hehe. Sambil2 tu...pinjam laptop Yanti utk online, haha..
Tak abes Adnan Sempit lagi..kitorang dh terpaksa minta diri utk balik. Sebab esoknya kitorang dh nak balik Tepen balik.

Tuesday, March 30, 2010

Gi kebun lagi satu...

Lepas aje dari kebun getah tu...ayah bawak pusing2 lalu kat kebun org2 lain lak utk menuju ke kebun lagi satu. Rupa2nya...jalan dari Keruntung tu dah leh tembus kat Chermas. Lalu gak ler kat kebun Mandin, hoho. Cantik kebun kat Mandin tu..sygnya dh jadi milik org lain...

Gi kebun lagi satu ni pun rupanya ada jalan masuk yg lain. Aku ingat ikut ladang kelapa sawit tu aje, hoho. Ketinggalan zaman betul aku ni, ngee..

Sebelum masuk simpang tu..kena tunggu jengkaut atas lori nak keluar dulu. Jengkaut tu ler nak gi mengorek utk besarkan kolam ayah.

Masa dh masuk kawasan kebun2 tu..ayah tunjuk ler kebun paklang yg baru diteroka & diterangkan utan banat utk tanam getah kot.
Cu Saadiah pun dpt gak kebun kat dlm tu. Tp masih utan lagi. Takde modal nak terangkan utan. Kalo nak tarah2 utan kat kawasan berbukit tu..kena sediakan RM7k guna jin...hehe..jinkaut, ngeh2.

Ayah ckp..masa org Desa Damai dpt tanah tu..penduduk Lebu bising2 sebab dorang tak dpt. Camne lak org Desa Damai leh dpt. Hmm..skang ni bila dh dpt...rajin2 ler usahakan ye. Jgn dpt tu tau nya nak juallll aje.

Dah sampai pun kebun ayah. Keta parking kat belah atas tu, hehe.
Sampai sini mmg tengah kemuncak tengahari, hehe.
Ada mcm kat Bukit Broga, tak?? hoho.
Jadi ler, kan...Ntah bila nak sampai kat Broga Hill tu.

Kat kebun ni...ayah byk tanam pokok buah pulasan.
Baru2 ni lebat betul buah pulasan tu berbuah tp syg betul...byk yg merekah. Mgkn kawasan tu panas sgt. Musim buah sebelum2 ni mmg menjadi. Puas gak ler makan pulasan.

Tp kalo menjadi pun sebenarnya...kena selalu gi tgk2 dan petik bawak balik. Sbb ada makhluk yg lain pun tingin gak nak makan, hehe. Tp selalunya bkn makan sgt pun. Saja jahat....petik buang..petik buang..baling2..Nak wat camne, dh itu perangai makhluk tu, ngee..
Jd, kita pun jgn ler jadi mcm spesis makhluk tu...kakaka..

Kat sini...ayah ada tanam dlm 300 batang anak pokok getah. Tp syg...tak sempat nak meninggi...ada makhluk lagi satu yg lubang idung sama rata tu dengki, musnahkannya.

Tu ler yg perlu dihadapi oleh para peneroka tanah baru ni, kan??
Sbb...kawasan tu mmg tempat asal makhluk2 tu, hehe..

Tu pondok tempat ayah berehat lepas2 berhempas pulas memerah keringat membersihkan kawasan ni ataupun menanam pokok2. Sempoi aje.
Ada gak kawan2 ayah buat pondok style chalet, hehe. Tp dari jauh nampak mcm chalet..tp cuba g dekat2 tengok...hahaha..

Ni ler contoh saiz pokok asal yg ada kat tanah ni. Mmg kawasan ni pun asal-usulnya utan banat betul. Aku tgk mana2 tanah org lain yg masih terbiar tu..pokok bayas dan segala tok nenek pokok besar2 dok ada kat situ.
Jln masuk kebun ni walaupun keta leh masuk..tp teruk gak ler. Elak sana...elak sini. Aku tgk ayah memandu pun dh mcm Karamjit Singh dh, hoho..

Ke mana abg ngan akiss nak gi tu...???

Apa yg dorang dok tengok tu....??

Lahhh...mencangkung?? Apa yg abg buat tu?? hoho..
Sebenarnya abg tgh rakam visual guna hp aktiviti budak 3 org tu cuba menyeberangi titi buluh yg atuk dia buat utk ke seberang tu, hehe..

Ni ler anak sungainya. Sebab dh lama tak ujan..airnya surut ler sket.
Air ni tak mengalir laju..jenis tenanggg aje.

Pokok jering dan pokok pulasan ni ler antara pokok2 yg tumbuh subur kat kebun ayah/mak seberang anak sungai tu.
Dulu....(dh lama dulu nya ni, ngee)..pokok ni cuma anak2 aje. Dh lama betul aku tak dtg kebun ni. Datang2 aje kali ni...pokok2 tu dh besar2, hehe.

Kalo tgk kebun jiran ayah...dia byk tanam pokok durian. Subur betul pokok durian dia. Mak citer..dia gi situ sehari cuma 2 jam aje. Tp tgk ler kebun dia...mmg cantik betul.

Tp aku mmg tabik spring betul ler ngan ayah aku ni. Dia mmg jaguh dlm keje2 kampung cenggini. Ketahanan badan dan semangatnya mmg pada keje2 cenggini. Dh dibiasakan oleh arwah Aki sejak ayah aku tu kecikkkk lagi.

Kebun getah tu..(menjawab soalan Suziey kat komen n3 sebelum ni) ayah aku ler yg usahakan dgn tulang empat keratnya dari mula sebelum tanam getah dgn menerangkan kebun berbukit tu dulu, gali lubang dan tanam anak pokok getah pun sendiri, baja sendiri, meracun sendiri. Sampai dh boleh menoreh pun...ayah toreh sendiri. Dulu...masa masih keje..ayah toreh seawal kul 4pg. Tp sejak ayah bersara awal umur 50thn dulu...ayah buat sepenoh masa kat sini.

Nak kata kaya ngan hasil getah..tidak ler pulak. Sebab harga dia ada pasang surutnya. Masa harga getah naik tu...beringat2 ler. Sebab harga pasaran tak menentu. Masa harga getah jatuh...sekurang2nya ada back-up.
Ndak2 skang ni..tgh musim daun getah luruh. Jadi, susu getah pun kurang ler keluarnya masa ni.

Monday, March 29, 2010

Ke kebun getah..

16hb Mac 2010
Selasa


Pagi tu..kitorang gi ke kebun getah ayah. Sebabnya??
Sebab...sj nak tgk2, jln2.
Di samping tu..ayah nak citer pelan perancangan kolam ikan yg bakal dibesarkan, nak tunjuk area mana dekat2 situ yg bakal dijadikan hiway ke Simpang Pelangai tu nanti, hehe. Mcm pegawai perancang luar bandar pulak kitorang ni, ngeh2.

Dari umah..ayah naik motor. Kitorang sume naik saga aje sebab nak masuk area sini..ini laa sj yg dpt berfungsi ibarat 4WD, hehe..
Sampai kat umah Cu..ayah parking moto kat situ dan kitorang berhimpit2 naik satu keta nak masuk kebun. Senang ayah nak bg penerangan, hehe..

Ni ler kebunnya. Ada pondok kecik sebijik.
Masa tu..ayah ada bawak sekali makanan ikan yg baru dibeli sebab dh abes laa, hehe..
Patut ler berbau mende tu aje masa dlm perjalanan sebelum tu, ngee.

Dh tinggal anak2 ikan aje.
Ikan dlm kolam ayah ni selalunya menjadi santapan memerang ngan sang helang jugak.

Semua ralit tgk anak2 ikan makan, haha..

Ni ler satu2nya kolam ikan lama yg dikekalkan.
Kat sini jugak laa ayah pindahkan anak2 ikan talapia, baung dan haruan dari 2 kolam kat bawah tu yg bakal dibesarkan.
2 bijik kolam yg lain dh dikeringkan airnya utk tujuan pengorekan.

Air kolam ni menggunakan air bukit dlm kawasan kebun ayah.
Air bukit ni jugak ler yg selalu ayah guna utk membersihkan diri dan berwuduk utk solat kat dlm pondok kecik tu.

Dari kebun getah...kitorang menghala ke kebun lagi satu yg byk pokok pulasan dan pokok jering, hehe.
Ada beberapa tanah kat kawasan ni (kebun getah ayah tak terlibat) bakal diambil utk dijadikan jalanraya (hi-way) nak ke Pelangai. Katanya termasuk dlm ECER.

Opps..Ni ler ayah masa on the way dari umah nak ke kebun tu, hehe..
Sepatutnya gambar ni kat atas sekali kalo ikut jalan citer, kan??

Friday, March 26, 2010

Ini laa pokok buah markisa..

Hmm..InsyaAllah, lepas2 ni aku rajin apdet blog aku balik. Byk citer dan gambar terkumpul ni. Tunggu mood dan masa aku aje, hehe.

Mula2 aku nak tunjuk pokok buah markisa. Sape yg penah makan atau penah baca pasal buah ni kat n3 blog aku..mgkn ingat lagi ler isi dlmnya macam mana, hehe.

Masa aku balik Bentong cuti sekolah baru2 ni..sempat ler kitorang melawat kebun ayah/mak kat Jln Krau-Raub tu. Masa masuk area situ ikut dari jalan Cermas-Mempaga. Tp masa nak balik..leh tembus ke jalan Krau-Raub.
Masa on the way nak balik dari kebun ayah/mak tu ler kitorang melalui satu kebun yg menanam buah markisa. Walaupun dh byk kali makan buah ni...tp baru pertama kali ler ari tu aku tgk pokok dia.
Tanah kebun ni org kita punya..tp tokey cina pajak kat dia utk tanam buah ni.

Geram aje kitorang tgk buah markisa ni. Teringat ler tentang kesedapan buah ni, hmm. Kecur air liur, hoho..

Tengok ler abang tu..sebok nak snap gambar buah tu dekat2.

Inilah hasil gambarnya...hoho..

Aku pun maleh betul nak mengedit gambo2 kali ni. Buat pun..cenggitu2 aje ler. Tak kisah ler ye..asal ada yg dpt pengetahuan tgk gambo pokok buah markisa ni pun..Alhamdulillah.

Pada sesapa yg nak merasa buah markisa ni. Korang leh ler gi masuk hiway KL-Karak dan keluar di simpang nak ke Selesa Hillhomes di Bukit Tinggi tu. Kalo dari KL..simpangnya belah kiri, kemudian ke kanan, lalu bawah jambatan hiway, pastu ke kanan dan terus aje melepasi jambatan sungai nak ke perkampungan Bukit Tinggi. Perlahankan keta...gerai2 nyonya yg menjual buah2an ni ada di sebelah kiri anda...hehe..
Ada yg jual RM5 sepeket dan ada pulak yg jual RM7 sepeket. Pandai2 korang ler ye..hehe.

Monday, March 22, 2010

Tg. Piandang

Ni suasana di sekitar Parit Tok Ngah di Tanjong Piandang.
14hb Mac ari tu...hehe..

Masa ni sawah padi botak ler..
Ada yg baru ditanam, ada gak petak yg baru dimasukkan air.
Bkn kat sini aje mcm ni. Semalam aku gi kat Sg. Petani, Kuala Muda, Merbok..mcm ni gak ler suasananya.
Takde ler menghijau ngan pokok2 padi.

Sebenarnya masa ni kitorang menghadiri sebuah majlis kenduri kawen. Tgk ler..jalan mmg sempit. Motor2 dh tersusun kat sini..maknanya kereta mmg tak leh masuk dh ler. Kena parking kat simpang jalan...pastu menapak masuk ke dlm, hehe..

Gambar ni pulak adalah antara hasil terawal gadjet terbaru kitorang iaitu D90..hehe. Baru je memilikinya 3 minggu yg lalu, ngee..

Dah ada D90 ni rasa lagi bertambah seronok adegan menembak ni.
Tu baru D90...kalo D3's tu ntah macam mana ler pulak ye?? Hmm....

Thursday, March 18, 2010

Segarkan blog yg dh lemau ni, hehe

Dah lama aku tak apdet blog, hehe.
Mcm lama sgt aku hanimun sambut anniversary..huahua...

Tak laa...sebenarnya aku sebok. Mmg selalu nampak nama aku bertenggek kat fesbuk tapi aku sebenarnya ada wat keje sampingan gak, hehe. Betul..tak tipu. Satu dh lepas..tinggal lagi satu. Bila ler nak siap. Mula pun baru 1%, haha..

14hb Mac 2010
Ahad

Kitorang sampai umah dari menjalankan tugas di Tg. Piandang ari tu kul 5.30 ptg. Rehat2 jap…rileks…luruskan tulang, betul2kan urat tengkok..semuanya bersiap2 nak balik Bentong lak.

Dekat kul 9mlm..dh pastikan umah selamat berkunci..kitorang pun gi umah mak utk hantar si Nyu. Kalo Tomei tu..kitorang leh bawak balik Bentong sekali. Tp si Nyu ni…bawak gi klinik yg dekat tu pun bising bukan main. Jd, dia kena tinggal laa.

15hb Mac 2010, Isnin

Pg2 tu..gi sarapan pg kat kedai Burn. Kitorng gi Raub lak lepas2 tu. Dh lama betul aku tak gi tgk kemajuan Bandar Raub. Hmm…mmg ok ler. Byk kedai2 best2 telah dibuka kat sini berbanding ngan Bentong.
Tp..ketika tak abes merayau lagi kat Bandar Raub tu..ayah dh menerima kol dari sahabatnya mengatakan Mus kawan ayh yg sedang nazak kat HKL mmg dh takde harapan utk semboh selepas terjatuh dari tangga ketika bertugas wiring kat bumbung umah. Jd, ayah ngan mak mengambil keputusan utk menziarahi Abg Mus di HKL.
Takde rezeki ler aku nak jumpa Azleen Hasleeza kawan masa sekolah vokay 91/92 dulu..hmm.

Abes ngan kitorang2 sekali terus gi HKL.
Balik Bentong adalah destinasi ALZA paling jauh setakat ini.

Mula2 sampai KL kitorang terus singgah makan tengahari kat Restoran Haslam, Jln Pahang. Mmg restoran feveret kitorang kalo ke KL ni, hehe..

Tu yg leh ada gambar ni..hehe..
Ye ler..seberang restoran Haslam tu dh siap dibina bangunan baru Hospital Tawakkal.

Dah kenyang perut...kitorang terus ke HKL.

Kat HKL tu..mak ngan ayah aje yg turun gi ICU uratsaraf. Kitorang dok meronda kat kawasan2 tu. Aku pun penah sekali dua aje masuk situ.
Sekali; Masa kaki mak termasuk jarum yg dh patah dan
kali kedua; masa Atan sakit jantung berlubang. Tu pun...uii..lama sgt dh. Masa aku sekolah lagi. Masa tu gi sana pun naik bas aje. Kebetulan pulak bas dari Bentong perhentiannya kat Jln Pekeliling. Jadi nak gi HKL tu jalan kaki aje ler, hehe.

Ayah sempat ler melawat Abg Mus tu masa arwah masih ada hayat.
Tak lama lepas tu...arwah menghembuskan nafas terakhirnya di samping isteri dan anak2nya. Innalillah..
Ayah ngan mak aku pun ada masa tu.

Jd, ayah pun kol kawan2 yg lain memberitahu berita sayu itu. Sudah tentulah henpon ayah pun jadi hotline. Kol masuk keluar, masuk keluar...hmm. Semuanya mengenai persiapan pengkebumian dan sebagainya laa. Katanya nak kebumikan malam tu gak kalo sempat.

Kitorang terus balik Bentong aje lepas2 dari HKL tu.

Ni ler antara pemandangan yg dpt dilihat dlm perjalanan sepanjang hiway KL-Karak...

Tp...lepas aje bayar tol kat Bentong...kena laa masuk simpang ni kalo nak ke Bentong, ke Raub, Kuala Lipis, Kelantan...hehe..

Tp..kalo nak ke MRSM Bentong..kena terus ke depan lagi. Sebab MRSM ni kat tepi hiway tu aje, hehe.

Hmm..kalo masuk simpang nak ke Bentong ni..mende ni ler yg akan 'welcome', hehe..

Hmm...ni kilang kain yg masih giat beroperasi walaupun byk gak kilang2 kat Bentong dh ditutup.
Sebelah aje ngan vokay tempat aku belajar 91/92 dulu.
Mak aku keje kat sini ler. Dah nak pencen...InsyaAllah, lagi 3thn.

Ni ler sekolah vokay @ SMTTAA, Bentong.
Dorang baru aje tubuhkan kelab alumni. Tp aku tak daftar lagi pun, hehe..

Nak ke mana ni??

-Raub,
-Taman Desa Damai,
-Bkt. Fraser??

Hehe...Taman Desa Damai aje. Kat situ ler umah mak ngan ayah aku.