Monday, February 7, 2011

Setahun sudah berlalu



Gambar dari dlm alza..hehe.. Masa ni tgh 'jam' pjg sebab ada eksiden kat depan tu..dekat ngan traffik light simpang 4 ke BKE, Kuala Ketil dan Sedim.. Amek gambo guna kamera hp aku jer, hehe..
Kitorang ni dlm perjalanan balik lepas menghantar along ke hostel semula setelah 4 hari bercuti sempena CNY.

Aku tgh standby ngan kamera hp nak rakam visual kereta yg nak memotong barisan ikut lorong kecemasan, huhu.
Sj je aku rakam..geram aku tgk pemandu yg tak reti nak bersabar ni.

Kot ler ada yg kecemasan bini nak beranak..aii, takkan ler yg berderet2 yg sebelum dan selepas2 tu pun bini nak beranak jugakkk!!!

Mana visual tu??..Ada..
tp disebabkan aku jarang guna hp utk rakam visual...jd gambo tu terbalik pulak sbb masa aku rakam tu rupanya skrin terbalik, kahh.
Aku dh try tgk td..leh ke tak di'rotate' visual tu..takde ler pulak tempat nak menekannya, ermm??
Hmm..kena tunggu 'pakar' ler nanti.
Kalo leh di'rotate'..leh ler aku simpan kat blog aku visual tu, hehe..

Ni laa keta yg terlibat dgn eksiden td.
Dh diketepikan dan sedang diurus oleh tow truck.


Berbalik kepada tajuk entry kali ni..
Kalo ikut tarikh pendaftaran di atas jalan....hari ni genap setahun Alza abg ni didaftarkan di JPJ. Aku penah titipkan citer tentang kegembiraan memilikinya.

Walaupun ia cuma mpv kompak buatan tempatan..tetapi alhamdulillah..itulah yg telah byk berjasa pd keluarga kami semenjak ia dimiliki..
Balik kampung, gi jenjalan ngan family aku, ngan family mentua, hantar-amek along di hostel, gi kuar menunaikan job photog dan mcm2 lagi laa..

Alza ni mmg sesuai ler kuasa enjinnya 1.5 dgn body kompak nya. Kalo mendaki bukit takde masalah tu...dh cukup bagus dh tu.
Maklum laa, aku nak balik Bentong mmg kena lalu kawasan bentuk muka bumi berbukit, gunung pun boleh ler dikategorikan jgk tu..hehe.
Ikut Genting, Karak Highway...mahupun kalo ikut Cameron..semua kena mendaki tinggi tu, kan..ngee..
Penah ler bersama2 myvi Fadel mendaki gunung Brinchang yg mula2nya berlereng..lama2 dh mencuram tu walaupun tak sampai ke Menara TM lg, hehe..

Disebabkan enjinnya 1.5..maka penggunaan petrolnya..mmg menjimatkan ler.
Kalo gi Pengkalan Hulu pergi-balik..petrolnya dlm RM30...lebih kurang kitorang guna kancil gak.
Tp tak tau ler..mgkn sbb usianya pun baru setahun jagung, kan..ngee..

OTW nak balik lepas hantar along kat hostel dia. Angah ngan akis rilekss je, huhu. Tp selalunya, sorang baring kat seat tengah..sorang kat seat belakang, hehe..
Tgk..pakai seat belt tu..huhu..
Ikut dorang ler..kkdg nak pakai..kkdg takmo pakai..hmm

Cuma kelemahan yg ketara alza ni..ruang letak barang kat seat belakang tu...kecik laa.
Boleh taruk beg balik kampung yg saiz kecik tu, beg pack....
Kalo gi pasaraya..muat jgk ler nak taruk beras 10kg dan bbrp barang2 yg sesuai.
Kalo nak taruk sepapan telur ayam kat belakang tu...boleh jgk tp ada ler caranya.
Pandai2 ler, kan..hehe..

Tp kalo beg tarik tu (beg kotak mcm beg AF)..jgn mimpi ler nak taruk kat situ, huhu..
Kalo nak taruk jgk..kena ler tutup seat belakang tu.

Hmm..tapi kalo seat belakang ditutup...jgn kan beg tarik2 tu..beskal lumba pun leh taruk tau!! (alamak, tuan beskal dh pindah semenanjung balik ni..bila pulak ler nak hantar ke sana??..ngee)

Kat rekod nuff...byk gak yg masuk blog aku sbb nak cari info mengenai Alza ni yg penah aku simpan sini dulu..
Jd, kepada mereka...tak rugi memiliki alza. Ia berbaloi dlm kelasnya tersendiri. Ia adalah mpv yg mampu dimiliki oleh mereka2 yg memerlukan seperti kitorang ni, hehe.
Maklum laa..anak dah besar2..
Nak beli yg lebih berkuasa mcm Livina, Wish dan sespesis dgnnya...tak termampu laa pulak kan nk membayar ansuran bulanan, huhu.

Lihat...bangga jugak ler mpv yg kami miliki telah memenangi multiple awards utk tahun 2010, hehe...
Perodua Alza - Multiple Award Winning Car 2010
  • Car Awards 2010 – Best MPV: Compact / Mid-Sized (Autoworld / CIMB bank)
  • Car of the Year 2010 – Best Compact MPV (NST / Maybank)
  • Autocar (Asean) Awards 2010 – Small / Medium MPV Category
  • Asian Auto VCA Auto Industry Awards 2010 – Best Local Assembly Family Car
Semalam dh selamat memperbaharui insurans ALZA kat EtiQa jer (alhamdulillah, guna duit job photog. Lepas ler jgk nk membayar insurans keta. Kalo idak, jenoh gak ler mengikat perut).
Sebelum ni dilindungi oleh insurans Allianz sbb semuanya dulu PERODUA yg urus.

Tp kali ni abg guna EtiQa. Leh dpt diskaun sampai 25% + 10% apabila berurusan di cawangannya di dpn Maybank Kamunting tu.
Leh dpt diskaun byk tu sbb tak menggunakan agen..direct je ngan EtiQa..

Kalo tgk surat reminder dari Allianz..abg kena byr RM1300 lebih utk renew insurans. Tp berurusan direct ngan EtiQa..cuma kena bayar tak sampai RM1040 pun.
Tp tak tau laa..polisi yg terkandung tu sama ke idak. Mgkn ada ler kelebihan dan kekurangannya jugak, kan..ngee..

Pg tadi..abg gi renew roadtax pulak. Kat JPJ terus..huhu.

3 comments:

[-suziey-] said...

eh dh setahun ke kak kete alza ni..ish kejapnya..mcm baru je baca akk dpt kete tu..heheehe..

ye la..mpv ni antara dua..nk isi org ramai atau byk brg..hehe..klu nk dua2 kena selit la brg kt tpt penumpang..tp still besar dr kete besa :)

wantie said...

jap ja rasa. dah setahun la keta alza tu berjasa untuk akak yer.

kalau beli keta, pas tu tak meragam. memang berbaloi baloi.

happy b;day itk keta akak yer. hiksss

makdara TERdiva said...

pejam celik pejam celik..tak terasa setawun dah berlalu.. :D