Friday, December 30, 2011

Kenduri Tunang Dayah

25hb Disember 2011
Ahad

Pagi tu aku masak nasik. Kemudian mak mentua aku wat nasik goreng, hehe..Kita makan ramai2.
Ni dh lepas makan nasik goreng ler ni. Ayah aku yg berbaju biru tu sedang berborak ngan abah. Tak pasti pulak masa tu tengah sembang topik apa, ngee..
Tengahari tu...aku ajak abg dan anak2 gi kenduri kawen adik ipar kepada sahabat aku kat Kg. Kuala Repas.
Ni first time aku gi area lorong belakang ni, hehe. Nazilie ni org Chamang. Jodoh dia dekat aje..ngan orang Kuala Repas, hehe. Ni umah mentua dia laa....tp mentua dia dua2 dh takde. Jd, perjalanan majlis hari tu semua diuruskan dorang adik-beradik dan mak-pak sedara laa.
Ni laa kawan aku tu...Hairatul Nazili dan suaminya.
Kat majlis Nazilie ni...aku terjumpa gak ngan Jeman. Wlpn last aku jumpa dia 2007 masa adik aku kawen dulu tp dia ingat lagi aku laa, hehe. Kat situ gak aku terjumpa Bad atau nama penoh dia Badlishah...tgh menjalankan tugas sebagai OP utk majlis tu. Wife dia buat andam dan pasang pelamin semua laa. Jd, senang dia pun jd OP, kan...Dpt gak ler aku tgk cara dia buat keje menangkap gambar ni, ngeh2.

Kemudian kitorang terus balik semula ke TDD sebab nk gi Kg. Lebu saing sekali ngan yg lelain. Sampai sana rupa2nya paklong Senin, along fithry dan keluarganya baru sampai.

Terus ajak sekali ke kenduri pertunangan anak abg Lan. Sampai sana, tetamu dh ramai sgt. Kat atas rumah kedua-dua belah pihak sedang berbincang mesra mengenai majlis tersebut, hehe.
Kitorang kat bawah ni amek peluang ler berborak kosong..dan tak lupa jgk...bergambar, ye...bergambar!!! hehe..
Ni ler kak timah, sepupu aku sebelah ayah.
Sambil2 tu...ramai yg menikmati buah rambutan. Ada yg dihidangkan kat atas dulang...dan kitorang makan yg tersedia kat dlm kete sorong tu aje, kahhh...
Fadel ni ngan abg Johari...sepupu kitorang gak.
Ni dua mak. Mak aku dan mak mentua aku. Alhamdulillah, air tangan masakan mak mentua aku ni antara sebab keajaiban mak aku leh bangun dan sampai ke kenduri tunang Dayah ni. Tambah2 pulak...anak2, menantu2, cucu2 pun ada masa tu.
Mak aku wlpn tak sihat sepenohnya lagi tp nampak bertenaga sedikit selepas ada selera utk makan dan mukanya sudah kemerahan. Mgkn serasi ngan perubatan alternatif kat Janda Baik tu jgk laa. Mgkn jugak enzim dari buah manggis yg mak makan tu turut menjadi satu faktor kesihatan tubuh badan mak lebih baik dari sebelumnya..hehe.. Allahu'alam. Semuanya Allah Maha Kuasa...
Kenduri ni mmg takde didirikan khemah dan meja kerusi yg cukup sebabnya...semuanya telah abes ditempah terlebih dulu oleh majlis perkahwinan yg merata2 di hari tu, hehe..
Pelik ke aku bergambar macam tu?? ish..ish..budak2 ni!!!
Sambil tunggu perwakilan sedang bersidang kat atas tu, hehe.....abg tak sudah2 amek gambo candid, mm...antaranya gambo org tengah mengurut lepas penat bergotong-royong memasak, kuikui...Tp aku tak masukkan kat sini...kat fesbuk abg ada laa gambo tu, hihi.

Lepas dh abes berbincang psl majlis pertunangan tu...baru ler nampak muka abg Lan ni...
Sepupu aku jgk abg Lan ni. Dayah tu anak dia lah, hehe..
Baru ler acara makan2 dilangsungkan. Sedap2 gak lauknya. Tp aku dh kenyang makan kat kenduri Nazilie td...maka tak menjamah ler aku kat situ, hehe..
Antara lauk2nya yg terhidang...patin masak asam pedas, umbut pisang & tulang lembu masak kari, pajeri nenas dan lain2...
Yg berkemeja putih ni anak kepada arwah abg Simi. Yg lelaki berkemeja biru kat tengah melangkah kat belakang tu lah tunang kepada Dayah, hehe..
Kak timah, abg anas dan abg Jo yg buat sign PEACE tu....
Ni dia...cu Saadiah. Dia kata...aku skang dh gemok dari dia, kehkeh...
Suasana dari muka pintu umah mak ngah Yang..
Naik atas umah...bergambar ngan Dayah, gadis yg bertunang hari tu.
Meh bergambar menyenget bersama Dayah!!! hehe..Fadel ngan Dayah (isteri Fadel pun nama Dayah gak, hehe) makan kat atas jer psl dh takde tempat duduk kat bawah nu, hehe..
Pihak lelaki dh balik...jd, lauk pauk ni boleh dibungkus jika nk dibawak balik. Maka, aku pun amek ler ikan patin asam pedas sket, umbut pisang msk kari sket, pajeri nenas sket dan nasik dua bungkus, haha..Tu semua tuan umah yg soh amek ye!! Bkn memandai nk amek bawak balik, ngeh2...
Sekian, tamat kisah kenduri.

2 comments:

mamawana said...

Seronoknyer berkampung, makan rambutan, jumpa sedara mara..kenduri..meriah...rinduu

wantie said...

tu la kan masa akak tulis tajuk tu mcm konfius sket. Dayah yang mana satu ni.

ingatkan dayah isteri si fadhel tu. napa nak tunang lagi? last baru tau yg dorang ni nama sama. ngee