Thursday, January 26, 2012

Sos Cili Padi AgroMas

Aku tau kewujudan produk ni masa tgk rancangan Ketuk2 Ramadhan tahun lepas...kan ke dorang tu ditaja oleh FAMA dan rancangannya dirakamkan di sekitar Pasar Tani Mega kat area lembah klang.

Jadinya, aku pun beli ler sebotol nk cuba..beli kat kiosk AgroMas di Carrefour Seberang Prai. Sedap ler pulak. Dh abes dh sebotol. Cicah keropok lekor laa..keropok kembang laa, kentang goreng laa, hehe..

Yg ni baru botol ke 2. Guna kena jimat sket, kan...psl susah gak nk dpt kan produk ni. Kekadang kena campur ngan sos cili biasa nk bg lambat abes, hehe..asalkan ada rasa sos cili padi tu, cukup, huh!!!
Botol ke 2 ni pun aku beli masa gi Hari Peladang kat Parit Buntar 2 minggu lalu.
Kat pasaraya2 besar tak nampak pun terjual produk agromas selain KAYA tu aje, mm..
Tp mgkn kat Halal House belakang stesen bas Kamunting tu ada kot jual sos ni. Nanti kena masuk gi tgk ler. Atau pun kat kiosk Agro di Taman Sri Kota, Taiping tu ada jgk...sebab situ pun tak penah masuk lagi. Hari tu dh lalu situ tp kiosk tu tutup ler pulak, kan...

Sedap sos ni utk cicah2...pedas...lagi pedas dari sos cili LIFE dan lagi sedap dari sos cili Ala Thai tu, hoho...
Tp utk sesiapa tak tahan pedas tu..jgn ler guna sos ni. Guna jer ler sos cili yg lain, hehe..

2 comments:

ikiqzana said...

Cam menarik sos cili ni.. Boleh cuba.

wantie said...

tak pernah lagi cuba walaupun tau kewujudannya.ngeee...

so far dok makan Mudim and recently beli kicap MH mohamad. sedap la pulak. terjatuh cinta ngan produk MH mohamad.

nanti nak cuba la sos ni. mana tau leh fall in love.