Meh citer terus laa senang no?
Ni makan malam kat gerai di BOMBA, Tpg. Saja lah bawak anak2 keluar makan2 kat sini. Diorang tak biasa lagi makan kat sini. Selalu kitorang bwk kat tempat lain, hehe. Makan sakan kitorang malam ni. Ngan sate, nasik impit, kerang rebus. Ngan nasik2 lagi..huh. Jenuh!
Nampak tak Tpg (kaler biru) dan PH (Pengkalan Hulu, dulu dikenali ngan nama Kroh) tu. Dah sempadan siam dah, heheh.
Jauh camtu..2 jam perjalanan..hehe. Walaupun dgr mcm jauh tapi..jauh lagi laa pelajar2 yg datang dari KL, Bachok dan Ketereh, Kelantan tu..kan?
Kul 7 pagi dah mula bergerak ke arah highway. Singgah kat R&R Gunung Semanggol, sarapan pagi. Kat umah tadi budak2 sempat minum Oligo Malt ngan sekeping roti kaya aje. Kat sini leh diorang makan yg berat2 sket, hehe. Jauh perjalanan lagi ni.
Keluar dari hi-way masuk Bandar Baharu Serdang, Kedah. Terus menghala ke Kulim - Baling dan kemudian akhirnya sampai kat MRSM, Pengkalan Hulu, Perak.
Mmg mula2 jumpa dewan dulu. Kat situ lah tempat pendaftaran pelajar baru untuk 2nd intake. Ada dari tingkatan 1 dan ada gak pelajar untuk tingkatan 4. Kedatangan kitorang disambut mesra dan penuh sopan oleh wakil pelajar. Pendaftaran tak sesukar mana cuma tak sangka kat sini pun kena isi banyak lagi maklumat yg sama..wakaka. Nasiblah ibu along ni mmg jenis suka menulis, hehe.
Rupanya ada lagi borang kat sini nak kena isi, hehe.
Along stand-by nak jadi pelajar maktab..InsyaAllah.
Angah bangga ngan Along. Semoga angah jadikan along inspirasi dia.
Dah siap urusan luar dewan sampai lah ke dalam dewan..kitorang dibenarkan mengangkat barang ke dalam bilik along di Asrama Putera. Sampai kat depan asrama tu pun..pelajar2 lelaki dah menunggu untuk menolong mengangkat segala barang2 pelajar baru, hehe. Harap2 budi bahasa tu bukanlah pada hari tu aje..semoga mmg sudah sebati dgn diri diorang masing2.
Bilik along kat aras 2..nak ikutkan dah mcm tingkat 3, hehe. Bilik along dekat gak laa ngan bilik air. Dekat juga ngan 'bilik ampaian' iaitu tempat membasuh baju dan ampaian tersedia di dalamnya. Di aras tersebut juga terdapat mesin basuh berbayar RM2 sekali basuh..mcm kat mana2 kolej IPT gak laa. Setiap tingkat ada bilik untuk menyimpan beg2 dan baldi2 pelajar.
Ni sebenarnya bergambar masa dah nak balik dah ni tapi saja letak sini sebab nak sesuaikan ngan teks di bawah ni, hehe.
Katil along betul2 kat pintu..tepi tingkap. Di dalam bilik tersedia meja sorang satu untuk belajar, wat homework, simpan buku dan alatulis. Takyah pilih2 dah..mmg dah tersedia nombor pun, hehe. Satu bilik dihuni 8 orang pelajar. Tilam dan barang2 semuanya masih baru sebab sekolah tu sekolah baru. Baru pertengahan tahun 2008 beroperasi tapi pelajar masih tak penuh lagi. Budak aspura masih tak memenuhi aras dua lagi.
Kat dalam bilik along kali ni ada 4 orang kawan barunya dari Kelantan. Lagi sorang tak sampai lagi.
Pada hari yg sama, ada gak orang Expo hantar anak lelakinya. Abah kenal laa, hehe. Along pun terjumpa lak kawan sekelas dia masa 1 Sigma dulu (Along pernah belajar di 1 Sigma sebelum pendaftaran untuk 1 RK Sigma). Budak tu tengah menyidai baju kat bilik ampaian, hehe. Lega aku dia ada kawan yg dia dah kenal kat sini..fuh!
Kak nor dan mak tolong kemas2 barang along sementara aku ngan abang pi Koperasi yg terletak betul2 depan aspura untuk membeli 2 set cadar MRSM, selimut maktab, baju batik maktab, tali leher maktab, sampin maktab..fuh! kering wallet abah dia..huhu. Nasib baik gak laa wan &pah Tpg, wan & atuk Btg dan juga mak pak sedara ada 'hulur2' kat along. Dapatlah cover2 sket kos perbelanjaan ni, hehe. TQ
Lepas tu..aku, abang ngan along kena pi dengar taklimat pulak kat Dewan tadi. Pelbagai maklumat telah disampaikan di situ. Sementara tu..abah, mak, kak nor, angah dan akiss dok rehat2 kat bilik.
Dah abes dengar taklimat..kitorang dibenarkan membawa anak keluar untuk ke pekan Pengkalan Hulu, ke sempadan Betong atau ke Baling. Memang nak keluar pun..nak isi perut ngan nasik pulak, hehe.
Abang memandu ke arah Betong. Kat sempadan kitorang singgah kat Warung D' Lembah Damai Pak Teh. Gerainya simple saja. Nampak masakan pun simple tapi sedap juga.
Abang memandu ke arah Betong. Kat sempadan kitorang singgah kat Warung D' Lembah Damai Pak Teh. Gerainya simple saja. Nampak masakan pun simple tapi sedap juga.
Kat kompleks bebas cukai. Depan sket ada gerai2 biasa yg biasa didapati di sempadan Siam, hehe..
Dah makan..masuk kat kompleks bebas cukai. Hmm..takde apa yg menarik pun. Pergi bukan hari Ahad..takde apa sgt laa. Mcm kat Bukit Kayu Hitam gak laa..takde mende yg best. Sempadan kalo nak best shopping kat Padang Besar, kat Rantau Panjang..hehe..
Dah makan..masuk kat kompleks bebas cukai. Hmm..takde apa yg menarik pun. Pergi bukan hari Ahad..takde apa sgt laa. Mcm kat Bukit Kayu Hitam gak laa..takde mende yg best. Sempadan kalo nak best shopping kat Padang Besar, kat Rantau Panjang..hehe..
Ni lah kawan Sela masa belajar kat SP dulu..Nurul Afzarina.
Pastu, kitorang meronda kat pekan Pengkalan Hulu, nak tengok2 camne pekannya. Boleh tahan laa gak. Takde laa ulu pun, hehe. Jumpa Maybank..hah! tu yg sebenarnya kitorang cari. Nak tunjuk kat along kat mana Maybank. Kalo apa2hal..senang along nak keluarkan duit kat situ, hehe.
Kat situ gak kitorang berjumpa ngan kawan Sela masa kat Vokay Sg. Petani dulu. Dia ni ada bukak Pasar Mini dan suami dia ada kedai motor kat pekan tu.
Nak ikutkan tak jumpa pun takpe..tapi aku pikir kena jumpa gak laa pasal kalo apa2hal 'darurat'..dia laa yg paling dekat ngan MRSM tu.
Pastu..kitorang balik ke MRSM balik. Along kena bersiap untuk perjumpaan Homeroom pulak kat Dewan Akademik. Tapi nak ikutkan tak wajib pun. Tapi dah ada tu..elok laa pi. Takde laa maklumat yg dia tertinggal. Diorang kat sini..keluar aje dari kawasan aspura kena berpakaian kemas, berkolar. Ada laa beberapa helai baju along berkolar tapi tak cukup lagi laa. Untuk sementara waktu..leh laa pakai dulu berulang-ulang. Basuh..pakai..dah busuk, basuh..pakai, hehe. Masa nak balik tu peluk cium laa untuk dia..sebak jgn cakap laa..sebak betul. Along pun muka dah merah dah, hehe. Tapi Alhamdulillah, aku menetes airmata pun sikit aje time tu. Jadi dia pun terus bertahan tapi bila dia jalan ke arah dewan akademik tu dia toleh sekali aje. Pastu tak toleh2 dah..huhu. Sebak2. (Bergenang..airmata ini..sebak sudah namun tidak jatuh jua. Lirik lagu Ukays-Sebak, hehe)
Dalam van..ada laa aku nangis sikit2 bila tengok tiba2 angah nangis pulak ingat along dia. Hmmh..cuma Akiss ni rileks betul dia.
Citer sebenarnya..aku rupanya kuat juga laa menahan airmata kali ni. Tak sampai satu gelas pun kalo aku tadah airmata aku ni, hehe..Sebab skang ni aku banyak fikir positif. Kalo orang lain leh redha hantar anak baru umur 13 thn masuk asrama..naper aku tak leh!
Kalo budak2 umur 13 tahun leh tabah masuk situ..takkan along takleh! Along ni lagi laa, dia dah leh basuh baju sendiri, leh lipat baju, leh seterika baju..Naper aku perlu risau. Sebagai ibu..hati sentiasa berdoa yg terbaik untuk anak2.
pss; Nampaknya, kali ni tak sampai sasaran untuk setempayan airmata, hehe.
pss; Nampaknya, kali ni tak sampai sasaran untuk setempayan airmata, hehe.
Masa balik..sempat singgah kat Restoran Nasi Kandar Khalid kat Bukit Merah Lake Town pekena teh tarik ngan tosai, roti canai kosong dan roti canai teloq..huhu..
Kat situ ada pulak geng2 fotografi yg mengikuti klinik teknik fotografi yg diadakan dekat2 situ gak. Semuanya kamera berteropong panjang, hehe..
Semoga gambar2 ni menjadi panduan untuk sesape yg lain apabila mencari kata kunci MRSM Pengkalan Hulu nanti. Ni ikut pengalaman kitorang sendiri laa. Maklumlah..maktab masih baru. Jadi website diorang masih tak cukup info dan gambar lagi.
No comments:
Post a Comment