Sunday, March 29, 2009

Kelmarin, semalam dan hari ini

Uish..lama gak kali ni aku tak update blog. Bukannya aku masih dibelenggu irama..hehe..tapi disebabkan minggu ni aku sebok betul. Seboknya ngalahkan calon pilihanraya Bukit Gantang ni..hehe. Yelah, camni laa nak jadi ibu mithali kan. Allah dah amanahkan untuk kita menjaga anak2 dengan baik dan penuh tanggungjawab. Lagipun, tiap2 petang (masa aku ada kelapangan sket..) ujan lebat siap kilat sabung menyabung lagi tu. Tak berani laa nak on pc dan online, hmm..

Jadi ni antara perkara2 yg aku leh kongsikan kat sini.
Ni perasmi miting..muda lagi kan dah jadi pegawai di PPD Larut, Matang dan Selama.

Kelmarin jam 3pm hari Jumaat..Sek. Keb (P) Treacher Methodist telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-36 di dewan sekolah. Seperti yg telah aku mempersetujui..aku menunaikan janji untuk datang ke mesyuarat khas untuk para guru2 sekolah bersama ibubapa pelajar. Aku gi ni bukan apa..aku nak tau perkembangan sekolah. Selain tu dpt jumpa guru2 yg mengajar anak pempuan aku ni, leh tanya perkembangan pembelajaran anak aku di dalam kelas. Lagipun, itu adalah tanggungjawab kan. Alhamdulillah..aku dah lakukan tanggungjawab ni sejak anak sulung di tadika lagi..hmm..

Di dalam miting tu..pelbagai perkara telah Guru Besar, Pn Hajah Zaharah bentangkan di dalam mesyuarat tu.

Seperti biasa..pihak sekolah menyediakan hadiah cabutan bertuah. Tahun2 sudah aku tak pernah dapat pun sebab aku pun tak mengharap pi miting nak hamper sebab aku ikhlas pi tu, tanggungjawab kan. Tapi kali ni no aku (017) telah diumumkan salah satu dari no bertuah tersebut, hehe..hmm, mmg rezeki laa hari tu.
Sebenarnya..aku pun pernah ada pengalaman dpt hadiah cabutan bertuah kat miting PIBG SK KE VII (2) dua tahun lalu. Cuma kat TMGS ni lom lagi laa, ni laa 1st time..hehe.

Malam lak selain sebok menghantar dan amek angah ke kelas tambahan..kitorang gak dah ada satu tugas baru, hehe. Minggu dpn laa citernya, wakaka.

Semalam..start jogging ikut short-cut pondok 2, Bukit Larut semula. Dah abes jogging p mamam kat Restoran Masa Catering. Kemudian terus ke Giant. Cari benda ni;

Ni sekadar gambar hiasan, huhu..(diambil dari paketnya!)

Mende ni untuk along sebab lemari dia kat sana memerlukan mende ni laa. Senang nak organize mcm2 pakaian seperti t-shirt dan suar dalam, hehe..Jenuh nak cari mende ni. Bila masa aku takde nak beli..nampak aje tergantung kat Tesco tu. Tapi bila aku nak beli..mmg jenuh cari tapi tak jumpa, kat The Store lagi laa takde apakebenda jenis organizer (accesories) pakaian pun. Tu yg leh gi Giant pulak..nasib baik ada, hehe.
OTW nak balik..lalu lagi sekali kat roundabout kat Silverstone tu. Kali ni sempat amek gambar perang poster pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang..hehe..

Kat Hotel SSL Traders Kamunting tadi penuh ngan kenderaan media massa yg bakal membuat liputan pilihanraya tu. Terentang banner kat hotel tu yg menyatakan di situ menjadi pusat media untuk pilihanraya kecil tersebut. Hmm...Kamunting ni kan antara gateway ke Bandar Warisan ni, hehe. Mr. Jiva pun kata semua hotel kat bandar Taiping dan Kamunting ni..fullhouse. SPR dah booked!

Skang kat sini mmg byk keta2 beso-beso masuk..keta2 ngan bendera kecil di motorsikal..bendera besar di kereta, stiker2 lambang parti..hmm. Harap2 segala proses dari permulaan sehingga ke dah keluar keputusan pilihanraya..prosesnya berjalan lancar dan penuh ngan kesejahteraan.
Setem keluaran khas ni keluar pada tarikh 23/03 iaitu hari yg sama pendaftaran along Isnin hari tu. Mmg aku tak berkesempatan betul nak p jenguk mana2 pos ofis untuk membeli setem tersebut. Rasa ralat juga, hmm..

Hari berikutnya (Selasa)..aku bergegas ke pejabat pos Taiping untuk mencuba nasib jika ada saki-baki setem tu lagi. Alhamdulillah, setem loose masih ada tapi yg dibukukan (30sen x 10kpg) dan di 'folder' kan (RM5 satu folder) tu..takde, dah abes. Tapi aku tak terkilan sangat laa pasal setem gambar yg sama gak (aku tgk kat banner belakang kerani kaunter tu, hehe). Cuma setem yg dibukukan tu dikecilkan dan harganya cuma 30sen sekeping (RM3 satu buku).
Lotter AF4 tengah nak sound check..
Pagi Ahad seperti biasa..aku ngan abang ke gym rakyat di Kompleks Rakan Muda. Aku dah wat nasik goreng untuk sarapan pg angah ngan akiss. Tahan sket perut tu sampai aku balik gym kang. Yelah..dah balik dari gym baru aku leh masak tengahari lak. Abg sarapan pagi sekadar ngan 3 bj telur separuh masak (dibuang kuningnya) dan semangkuk oats.
Balik dari gym..singgah kat tempat proses ayam Abg Rahim untuk membeli 2 ekor ayam size kecik (sebab yg kecik ni lemaknya kurang, hehe). Harga ayam pun dah turun..Alhamdulillah.
Balik tu dah siap masak, makan..kitorang siap2 nak kuar pulak. Plannya nak ke Tesco, pastu ke Tpg Sentral jap..dan kemudian ke The Store, Jln Panggung Wayang.
Tapi dah parking kat Tesco..kitorang ke Tpg Sentral dulu. Kat situ aku sempat sambar beg sandang itam ada lambang Liverpool (hehe..ni terpengaruh ngan DeLLas laa ni). Kat pentas kelihatan si Lotter AF4 dan kumpulan dia (sori, aku tak tau nama sebab aku dah lama tak mengikuti sangat pasal dunia hiburan terkini..) sedang 'sound check'. Kul 3 petang ada sesi lelongan amal bersama SURIA.FM dan beberapa artis undangan diorang. Antaranya Diddy, Farawahida, Aliya dan Bandi Amuk.

Gambar di atas ni orang ramai sedang sebok menulis borang survey SURIA.FM untuk mendapatkan stiker kereta dan sebatang pen eksklusif stesen radio tersebut. Kitorang pun join gak laa, hehe. Padahal watpe laa nak stiker kereta lagi..cermin depan keta tu dah penuh ngan stiker Edwardian, stiker negeri Pahang, stiker JKR, stiker MRSM PH dan dah tentunya roadtax keta..huhu..

Lepas tu..kitorang ke Tesco bersebelahan pulak. Cari beras, sabun pakaian, pelembut pakaian, seterika cap TESCO untuk along dan 3 buku roti kopi Tesco..hehe..

Dah simpan barang kat keta..kitorang pi balik ke Tpg Sentral. Saja laa nak tengok sesi lelongan amal SURIA.FM tu. Meriah gak laa. Barang lelong pun diorang letak start RM30. Kitorang tengok setakat Aliya tu abes nyanyi dan lelong henbag dan dress lama dia.

Aku nak membida pun..takde barang yg menarik pun. Nak tunggu sampai abes..malas laa pulak. T-shirt SURIA.FM diorang campak asek dpt kat orang tengah2 dan bahagian depan2 pentas aje, hehe..

Takde laa..sebenarnya kitorang nak kena ke The Store Jln Panggung Wayang lak. Kat Tpg ni ada 3 bijik The Store. Lagi dua kat Jln Kota/Jln Tupai dan Kamunting. Kat situ nak cari t-shirt berkolar untuk along aje. Nak tambah baju berkolar untuk pakai kat sana.

ALHAMDULILLAH..

Tengahari tadi along ada tipon. Kali ni dpt berbual lama sebab dia pun free. Sebelum ni ckp sat-sat aje sebab hari persekolahan. Puas hati laa dpt bercakap ngan dia kali ni. Pelbagai perkara dia ceritakan dan jawabkan apabila aku mahupun abahnya ajukan pertanyaan.

Masa nak p solat Jumaat kat sana..along citer ada 3 buah bas khas tunggu diorang untuk dibawa ke masjid di luar kawasan sekolah tersebut. Hmm..intonasi suaranya kali ni sudah menunjukkan tahap keselesaannya dengan kehidupan asrama semakin bertambah hari ke hari. Alhamdulillah. Itulah yg kitorang harapkan.

1 comment:

Azizi Zakaria (Kamu Semua) said...

hai kak. Ni Azizi. Singer pertama yg keluar nyanyi kat taiping sentral tu.. seblm alyah. :P hrp2 ingat. huhuhu.. tp, klo x ingat, x per, cos, Azizi mmg owg baru! :)

Klo ader maser, singgah le kat blog zz ya:

www.azizi91.blogspot.com