Monday, March 30, 2009

Sukan Tahunan SK King Edward VII (2)

Hari ini kat SK KE VII (2), Jln Lumba Kuda Tpg telah berlangsung acara Sukan Tahunan ke 51 di padang sekolah. Ia telah dirasmikan oleh Pegawai Penyelia Sukan PPD LMS.

Walaupun angah tak masuk apa2 acara kecuali perbarisan lintas hormat tetapi aku ngan rasa penuh tanggungjawab..aku menghadirinya gak. Sebabnya, aku mau menjalankan tanggungjawab ngan adil kepada semua anak2 tak kira dia terlibat ngan acara sukan ataupun tidak. Lagi pulak, aku adalah AJK PIBG 08/09 sekolah ni. Mesyuarat Agung PIBG 09/10 telah ditunda..maka tiada lagi perlantikan AJK PIBG baru, hmm.

Acara sukan kali ni masih diserikan lagi dengan pasukan Tamboo 9 Renjer ATM Taiping. Aku tak sempat nak amek gambar diorang sebab aku amek video aje, hehe. Syok dgr lagu yg diorang mainkan, hehe.

Acara sukan sekolah kali ni nampak lebih 'eksklusif' kerana para pegawai sukan adalah di kalangan tentera. Segala persediaan khemah juga disediakan oleh tentera. Begitulah nampak keberkesanannya apabila orang kuat pertama dan kedua dlm PIBG ni berpangkat Mejar..hehe. TMGS pun baru2 ni dpt YDP PIBG berpangkat Mejar iaitu Mejar Mohamad b. Mahidin.

Ni suasana di papan markah. Dari permulaan majlis..rumah Merah mula mendahului.

Ni pemandangan di balai tetamu..Alhamdulillah, walaupun hari ni hari Isnin tapi kerusi di bawah balai tetamu tersebut dipenuhi dengan para ibubapa yg memberi sokongan kepada anak2 mereka dan secara tidak langsung memberi sokongan padu kepada aktiviti yg sekolah anjurkan untuk anak2 mereka.

Tidak cukup di bawah balai tetamu..ada juga para ibubapa yg mengikuti acara sukan tahunan ini di bawah2 pokok di tepi2 padang sekolah tersebut.

Pemandangan di kejauhan (maleh nak p dekat2..panas terik!)..khemah untuk semua rumah sukan. Pelajar2 yg tidak terlibat dgn acara dikehendaki duduk elok2 kat bawah khemah ni, hehe..

Ni adalah urusetia penamat acara. Ianya diketuai oleh cikgu Prima dan dibantu oleh pegawai2 sukan yg terdiri di kalangan tentera. Nampak kemas dan teratur bila bekerjasama ngan tentera ni.

Ni antara 3 pasukan 4 x 100m (acara jemputan) yg mewakili sekolah diorang masing2. Ada dari SK Sultan Yussof, SK All Saints dan SK Long Jaafar. Dalam acara ni..SK KE VII (2) dari pasukan A dan B berjaya mendapat tempat pertama dan kedua. Diikuti oleh SK All Saints di tempat ke 3. Diorang diiringi oleh cikgu2 lelaki dari sekolah masing2, hehe. Teringat pulak kat adik aku kat Lawas tu, huhu..

Ni acara untuk pra sekolah. Hmm..4 x 25m, hehe. Best tengok sukan sekolah ni ialah..diorang tak wat acara sukaneka untuk tahap 1 dan pra sekolah. Bila buat acara larian macam pelajar tahap 2 camni..ibu bapa lebih excited, hehe..Cute aje tgk bebudak pra ni lari sambil pegang baton, hmm.

Ni lak acara 4 x 100m Tahun 5. Sukan kali ni..keadaan padang tak berapa bagus. Ada beberapa trek telah berlopak dan berlumpur. Tapi dah nama budak lelaki..diorang bukan kisah pun, diorang redah jerr..hehe.

Nampaknya..ada rezeki juga sekolah ni dikunjungi oleh YB Zahir Dato' Khalid pada hari sukan. Walaupun sekejap waktu tetapi memadai lah juga sebab YB sempat menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Beliau terpaksa pulang awal disebabkan byk lagi urusan perlu dibereskan..maklumlah YB. Sibuk ngan tugas Exco sbg Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, ICT dan Sumber Manusia negeri Perak ni, ngan tugas sbg YB Dun Kamunting lagi. Tambah pulak nak dekat pilihanraya kecil kat P.059 Bukit Gantang tu, huhu. Dah tentu beliau pun kena turun padang berkempen, hehe.

Hmm..ni lak 'press' dari akhbar Sinar Harian edisi negeri Perak. Beliau ni wartawan untuk kawasan Larut Matang. Datang ni nak wat liputan sket laa pasal kejohanan sukan tahunan sekolah ni untuk dimasukkan kat akhbar tersebut. Harap2 beliau ni tak terkejut lak laa tgk mukanya ada termasuk kat blog aku ni, hehe. Aku pun wat liputan sukan ni gak untuk akhbar aku, wakaka..
Dua orang lelaki kat belakang tu..YPD PIBG Mejar Zaid dan Guru Besar SK KE VII (2).

Hmm..3 piala utama. Yang berbentuk gelas tu adalah sumbangan peribadi dari YDP PIBG 08/09 Mejar Zaid untuk Piala Pusingan Johan Keseluruhan Rumah Sukan.
Yang besar lagi tu..dinamakan 'Piala Razak'. Dah tentunya sumbangan dari NYDP PIBG Mejar Razak untuk Piala Pusingan Olahragawan Terbaik.
Yang lagi satu tu..piala untuk Olahragawan Terbaik gak. Rasanya, sapa yg dpt ni leh terus simpan kat umah.

Ni suasana kat urusetia utama. Seperti biasa, cikgu Roslina Baharum menjadi pengacara majlis.

Hmm..ni papan markah yg sempat aku rakamkan sebelum sukan tahunan tamat. Aku nak kena balik umah dah sebab nak singgah pasar jap beli sayur, hehe. Jam di tangan dah menunjukkan 11.30 pagi.
Angah balik tadi..angah cakap umah Merah..Juara!! Hehe..walaupun angah tak masuk apa2 acara tetapi angah adalah ahli rumah Merah. Along pun masa sekolah sini dulu..dia umah Merah.
Sekian, liputan hari Sukan Tahunan ke 51 SK King Edward VII (2), Tpg.

1 comment:

Unknown said...

ni pun sekolah aku juga mohammad faizulhilmi b mohd fadzil yang suruh aku bukak life ni