Monday, March 2, 2009

Semangat Muay Thai di Taiping Sentral

01 MARCH 2009 - AHAD
Berlangsung selama 2 hari..Sabtu dan Ahad. Tapi kitorang berkesempatan pi hari Ahad sebab Sabtu tu abang wat ot..hmm. Setiap langkah adalah rezeki, hehe..

Gambar yg ni sesi petang;

Eksyen aje aku tu kan...hehe. Time tak ramai orang lagi ni. Awal kitorang sampai semata-mata taknak lepaskan peluang melihat aksi tomoy ni, huh!

Akiss malu-malu kucing tomei lak beraksi di tangga team merah tu, huhu..

Angah perasan abah dia nak hantar kelas Muay Thai kat cawangan Pokok Assam, hehe..

Ni Mr. Jiva, instructor gym kitorang. Dia ni jurulatih taekwando tau!
Dia sebenarnya nak daftar diri lawan hari tu tapi tak jadi lak, masalah teknikal gak ke? hehe..

Nak menumbok kena guna mende alah ni..

Rasakan tendangan Aiman!
Sesi petang ni kitorang dpt dok kat tempat duduk yg disediakan sebab datang awal, hehe. Tapi dok sini mmg semangat tu lebih laa..Diorang pun banyak berlawan menghala ke kitorang, pergh! Kuar segala semangat Tok Gajah aku petang tu, huhu. Juruacara majlis..dj Radio Kedah. Tinggi orangnya. Nak langkah tali ke 4 gelanggang tu takde masalah langsung! huhu..

Tapi Syazwan tetap memenangi games pertama ini.
Nak citer sket laa kan..Games last petang tu (pertarungan ke 3) di antara mamat siam 'ek' 85kg lawan ngan budak India (dari taekwando), umur 16 tahun berat 97kg camtu laa.
Sebab apa aku kata 'ek'..(bukan aku aje yg ckp camtu petang tu, hehe). Mamat siam tu bertatu, rambut merah mcm Mr. Jiva, hehe. Pastu dia nmpak mcm konfiden laa budak India tu bukan lawan dia pasal budak tu dah laa umur 16 tahun, pulak tu dari taekwando tapi kena ikut undang2 Muay Thai. Bukan macam dia. Dia tu benar2 peserta Muay Thai.
Di masa sesi perkenalan..beriya-iya laa mamat siam tu ngan eksyennya pusing keliling gelanggang ngan adat muay thai dia. Tapi budak India tu..rileks aje tak wat apa2. Ramai yg kata..abes laa budak India tu. Walaupun budak India tu berbadan besar dan mempunyai berat badan lebih dari mamat siam 'ek' tadi tapi dia mmg nampak tak fit langsung! Memang nampak luaran..kurang meyakinkan! Tapi kitorang tetap harap budak India tu kalahkan mamat siam 'ek' tu.
Masa pertarungan ke 2 sebelum tu..budak siam (muka lembut tapi ganasz! Geng ngan mamat siam 'ek' ni) dah menang sebab dia main tipu..hehe. Geng team muay thai lagi satu tu bengang aje laa, kan.
Dipendekkan citer..mamat siam 'ek' tu mula laa berlawan ngan budak India tu. Penonton rata-rata menyokong budak India tu sebab nyampah ngan mamat siam yg 'ek' dari sebelum masuk gelanggang lagi, hehe.
Fuh..perlawanan ni..betul2 menaikkan semangat tok gajah! Sampai aku lupa nak rakam aksi perlawanan kat video ni disebabkan darah mendidih aje tengok aksi diorang!
Lawan punya lawan..mamat siam 'ek' tu ngan muay thai dia, budak india tu pulak berbekalkan taekwando dia..Akhirnya mamat siam 'ek' tu surrender! Takleh nak teruskan pertarungan lagi walaupun set pertama pun tak abes lagi, huhu..Budak india tu dah riukkan kaki dia..wakaka.
Teruk la mamat siam 'ek' tu kena boo. Abes penonton dari bawah sampai ke tingkat atas tu menge-'boo' dia termasuklah ngan aku2 sekali. Gamat laa ruang legar Taiping Sentral masa tu.
Aku siap terkeluar gaya2 boo sekali, hehe..semangat tok gajah mmg kuar abes masa tu!
Lama woo mamat siam 'ek' tu kena boo. Wat malu betul, muka aje brutal tapi lembek..huhu.
Akhirnya budak India tu diisytiharkan menang untuk pertarungan tu. Ramai geng muay thai lagi satu tu bersalaman ngan dia ucap tahniah. Umpama dendam terbalas laa tu walaupun budak India tu bukan mewakili team diorang pun, huhu.

Dah abes sesi petang..kitorang balik umah. Rileks dan wat apa yg patut. Niat di hati nak gi tengok lagi sesi pertarungan malam. Akhirnya malam tu, kitorang redah gak ujan ngan angin kuat..menanggung risiko parking Tesco ngan Taiping Sentral penuh! Tapi mujurlah..kitorang sampai dah dekat kul 9.00 malam tapi kat situ masih sesi ucapan dari jemputan vip.

Ni lak gambar sesi Muay Thai malam;
Sebab kitorang dtg lambat..tempat duduk siang tu dah tentulah dipenuhi orang. Kitorang naik tingkat 2 pun..orang dah memenuhi sekelilingnya. Naik lagi tingkat 3..hehe..menyelit aje kat situ. Dapat laa port ok sket. Jadilah, kan.

Best tengok muay thai ni bukan apa..pertarungan diorang diiringi muzik tradisional ni yg best. Semarak aje semangat ni menular di setiap urat, huh!

Gambar ni pulak diambil semasa perlawanan antara coach dari 2 team muay thai. Tiada kemenangan diisytiharkan. Diorang seri aje sebab masa tak mengizinkan. Dah jam 10.15 malam. Tpg Sentral nak tutup dah. Hadiah pun tak bagi lagi.
Masa ni kitorang dah turun bawah dah. Niat memang nak balik dah. Tapi sempat lagi singgah beli roti kat Nash Donuts & Bakery kat tepi ekskelator tu, hehe. Ternampak adik abang ngan anak dia naik ekskelator. Diorang pun datang tengok muay thai laa, hehe..
Sempat menyempit kat depan untuk amek gambar ending ni, hehe..sambil makan roti yg telah dibeli tadi tu.
Dikatakan..acara ni bakal diadakan setahun sekali, InsyaAllah.

No comments: