Sekadar citer pengalaman. Menguruskan segala hal along ni..mmg sebijik mcm urusan nak masuk UiTM dan lebih kurang macam nak p PLKN gak laa, hehe. Semalam aku dah berurusan kat Poliklinik Kamunting, walaupun dkt ngan umah tapi biasalah..klinik untuk rakyat ni orang memang ramai. Tambahan pulak ramai bakal peserta PLKN part 2 pun nak wat medical check-up. Kipas pusing nombor paling last pun..rasa bahangnya.
Dah timbang berat badan, ukur ketinggian, cek mata dan tekanan darah..kena p test air kencing lak. Aku masa tu balik umah sat. Along tunggu sengsorang. Risau gak tinggal budak 2 orang tu kat umah pasal dah berjam-jam aku keluar untuk pelbagai urusan ni! hehe..
Hmm..pastu diberitahu kena p x-ray kat Klinik Kesihatan Taiping dan petang ni temujanji ngan doktor untuk medical check-up yg sebenar.
Pagi tadi aku bawak along p KK Taiping, kat Jalan Tupai depan Restoran Doli, yg terkenal ngan kue-teow speselnya..hehe.
Alhamdulillah, urusan kat sini sangat mudah, menjimatkan masa. Dari letak borang kat kaunter sampailah diberi keputusan x-ray..semuanya tak sampai 20 minit! Inilah perkhidmatan yg cekap! hehe...Tadi ada gak sorang budak India lebih kurang baya along laa, wat x-ray gak. Mgkn dia pun nk ke MRSM kot. Tak tanya pun, sebok2 sgt..bukan semua org suka.
Balik tu..singgah pulak kat kedai buku Agama milik Tok Ketua Kg. Expo. Apalagi, nak dapatkan cop untuk beberapa dokumen laa, hehe. Sambil2 tu..beli laa kismis 3 kotak, amek ati..kan, hihi. Tapi beli tu ikhlas..budak2 3 orang ni mmg suka kismis. Hmm..lega laa sket sebab antara urusan penting dah selesai. Tinggal petang ni aje nak kena p jumpa doktor untuk rekod kesihatan along.
Ni laa sinar-x milik along..ada nampak mcm benda asing tak kat situ? wakaka..
Tadi sempat gak singgah kat Kedai Buku Kini untuk beli beberapa alatulis tambahan. Aku sempat sambar komik novel Japang yg dialihbahasa ni. Bertambah laa koleksi yg aku dah ada tu..hehe..
No comments:
Post a Comment