Pagi Ahad tu, aku belek sokabar..mmg semalam tu betul laa Tan Sri Muhyiddin Yasin. Beliau join Tok Najib kat Dewan Changkat Jering melancarkan kempen. Baju yg sama tu laa, hehe..
Time abang ngan anak2 melayan One Piece..aku, mak ngan ayah keluar ke Pasaraya Thong Fatt Lido jap. Beli buah-buahan dan eskrem. Singgah jap kat Avon. Rupa2nya..anak Paklang (cu @ Zizah; anak paklang paling lawa ni..hehe) keje kat situ dah. Dulu dia keje cashier kat Thong Fatt Lido tu.
Kat situ ada sorang pakcik umur 94 tahun sengsorang dia aje beli produk Avon, hehe. Beli pencuci dan krim muka tu! Ayah ngan mak kenal laa pakcik ni..bapak kawan Fadel. Aku mmg tak kenal langsung laa, hehe. Dia leh ubat barah payudara, terang hati, lembut hati..(semua tu ngan izin Allah laa..).
Karikatur wajah ayah ni telah dilukis oleh kartunis Gila-Gila yg popular suatu ketika dulu iaitu saudara Boy PJ. Ianya dilukis di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan baru2 ni sewaktu ayah menghadiri kenduri kawen cucu sedara ayah kat Jalan Kuantan-Pekan. Mmg sekali pandang..tak nampak macam rupa ayah langsung, tapi..tenung lama2 sket..raut muka tu adalah. Tak mengapalah..dilukis tak sampai 10 minit, bayaran pun RM10 aje. Memadai laa tu, kan.
Balik dari bandar Bentong..terus siap2 nak ke kenduri kawen kawan Fadel yg juga anak kawan ayah tu. Kat area taman perumahan tu gak, hehe. Kat sini pun makan mmg best..ada ulam, ada sambal belacan..pergh! Dah pedas makan sambal belacan..ada bubur leh cover pedas, hehe. Tapi masa nak balik dari sini laa ada satu peristiwa 'sang lebah' terjadi. Sian mak. Serangga ni mmg pendendam. Kalo perumpamaan tu leh laa dikatakan 'pendendam mcm..lebahhh', hehe.
Petang tu sempat aku keluar naik motor pulak ngan mak. Gambar dari filem kamera mak dah siap cuci. Koleksi dari kawen anak Paklang Dahlan (abang mak) kat Kajang awal tahun 2009 ari tu..hehe..
Malam tu kitorang keluar jap ke The Store Vegamall. Cari tombol pintu, skru driver pjg 2 kaki (erk!), sabun ekonomi handalan (heheh..). Pastu ronda2 sat kat area Vegamall..tengok apa yg ada kat situ. Sempat sambar VCD karaoke Allahyarham Sudirman Hj. Arshad yg ori..sebab yg pirate takde, huhu..RM25 terbangggg!
Kat sini..para pengunjung yg juga pelanggan tak berapa ramai mcm kat TF Lido tu. Naper ye? Operasinya bagai 'idup segan mati tak mau', huhu. Aku pun kalo balik Bentong..jarang naik Vegamall ni.
Lepas balik dari Vegamall..aku siap2 sarung baju kurung pulak, nak gi kenduri kawen kawan Fadel lagi sorang. Bapak budak ni pun kawan ayah gak. Tak jauh pun..dekat aje. Jalan kaki dan berpayung sebab ujan pulak malam tu. Kenduri kawen dia sepatutnya siang saing ngan kenduri kawen pengantin comel yg kat atas tu..tapi sebab nak guna kanopi yg sama, akhirnya family Abun ni mengalah laa wat malam. Lawa betul isteri Abun ni. Sama2 keje kat Elektriksola, Janda Baik.
Kat kenduri Abun ni pun..makan sodap. Paling best bila suap nasik ngan sambal belacan, ulam dan ikan kering..pergh! dah tak ingat orang kiri kanan dah, huhu. Masakan sempoi tapi sedap. Ayah siap bawak jering muda dari rumah, hehe. Kawan2 ayah pun sama laa join, huhu.
Hah! ni gambar aku kat lereng bukit depan umah ayah. Diambil masa nak balik Taiping dah ni. Hmm..dah terang bukit ni. Penduduk barisan umah ayah tu nak wat kebun masing2 lak. Ada yg tanam nenas, serai dan mcm2 laa. Ayah nak tanam pisang, hehe. Aku kata kat ayah..tanam laa pokok getah. Senang..noreh kat depan umah aje..hehe. Ayah kata boleh tu boleh tapi malas laa..sebab tu tanah taman perumahan, bukan atas nama ayah. Nanti kalo tanam..bila pokok tu dah leh mula toreh..ada pulak yg dengki soh Majlis Perbandaran Bentong datang tebang. Putih mata! Cerita pasal pokok getah ni..ayah dah 2 minggu tak dpt pi noreh pasal pokok getah tengah musim daun luruh, susu getah takde. Musim ujan pulak tu kalo ayah nak buat pelan gak.
Dah salam2 ayah, cium pipi ayah..kitorang mula meninggalkan Taman Desa Damai. Ayah keseorangan kat umah.
Masa nak balik Isnin pagi tu..aku p jumpa mak dulu kat kilang. Mak tengah keje laa tu. Minggu ni mak keje shif pagi. Salam, peluk cium mak..urgh! keharuan..keharuan..ishk! Angah sempat sampaikan salam atuk kat wan dia, heheh! ngade2 atuk ni.
Nun di sana adalah kawasan MRSM Bentong..MRSM paling terbaru buat masa skang. Baru dibuka untuk sessi tahun ini. Tepi hi-way Karak-KL aje.
Kalo menghala balik ke Taiping tu mmg dah jadi tabiat nak singgah kat Petronas Batang Kali Utama. Beli roti dan air untuk makan dalam keta, hehe.
Lepas tu singgah pulak kat R&R Tapah. Dari Tapah..aku bawak lak. Abang nak tido..pagi tu makan ubat, tak sihat sket. Aku bawak sampai R&R Dataran Sg. Perak..abang dah ok, abang pulak yg bawak sampailah ke rumah. Alhamdulillah, selamat sampai ke rumah. Balik Bentong kali ni..kitorang kat area Bentong aje laa, tak sampai Temerloh, Kuantan mahupun Kolumpo pun..hehe..
Oh..ni gambar tersesat. Diambil ketika makan kat McD kat Taiping Sentral malam sebelum balik Bentong ari tu..lepas amek angah dari kelas tambahan, hehe. Orang memang ramai termasuklah Nordin (anak arwah pkcik Hashim) sekeluarga, Am dan kakak anak beranak (anak arwah tok su)..dan juga tokey Restoren Doli ngan suaminya, hehe.
1 comment:
asik2 kawan padel.. asik2 kwn padel.. hahaha byknya kawan padel..
Post a Comment