Gambar bawah; antara bas yg bakal membawa peserta PLKN ke kem masing2.
Hmm..dah Jumaat ye. Segala maklumat penting along semua dah diselesaikan, Alhamdulillah. Cuma tinggal bab-bab nk membeli beberapa pakaian yg diperlukan dan juga beberapa barangan keperluan asrama.
Hari ni adalah hari pendaftaran PLKN part 2 untuk tahun ni. Lepas pi pasar tadi..aku membonceng moto ke arah Kompleks Rakan Muda Kamunting (nak amek feel hantar anak masuk asrama ni, huhu). Bukan jauh pun Rakan Muda tu..dekat seberang jalan SM Teknik Taiping aje.
Seperti yg dijangka..mmg situ sesak ngan kereta, van, motor. Anggota RELA mengawal keadaan lalulintas. Para peserta diiringi keluarga masing2 memegang beg tarik AF, beg sandang, beg jinjing, baldi, hanger, makanan..huhu.
Aku pun memberhentikan motor kat tepi jalan di luar pagar kompleks..amek gambar. Tapi tak perasan pulak rupa2nya aku parkir motor sebelah sebuah keta Saga lama kaler coklat yg ada orang menunggu di dalamnya, hehe.
Seorang wanita..mungkin mak kpd salah seorang peserta PLKN yg kena pi tu tengah sedu-sedan menangis. Tersegan-segan dia pasal aku ada kat sebelah luar ketanya tu. Aduhai, aku pulak rasa kurang selesa bila keadaan mcm ni. Sebab aku tau..wanita tu pun kurang selesa nak melepaskan tangisannya apabila ada org lain yg nampak, hehe..
Aku pun start motor..pi dekat2 ngan pondok kawalan pak gad pulak. Aku turun dan perhatikan keadaan kat situ. Hmm..bukan sorang wanita sj yg menangis rupanya..yg lain pun ramai! Merah2 muka, idung..merah2 mata. Aduhai..
Di kalangan peserta pulak..ada yg turut dihantar kat situ oleh kawan2 baik, boyfren. Mgkn jugak ada yg dihantar suami..yelah..abes2 SPM terus sampai jodoh. Ni lagi laa..bukan keluarga dia aje yg hantar, ngan keluarga2 mentua pun turut hantar..ape? hehe..
Naper time2 aku dulu tak wujud lagi PLKN ni? Aku suka gak ngan aktiviti2 lasak ni. Menangis berpisah ngan famili..tu biasalah. Menangis tu adalah perasaan, huhu. Lagipun, kalo aku terpilih time lepas SPM dulu..aku dah biasa pun duduk asrama. Mmg tiap2 kali balik asrama bila dah abes cuti sekolah tu aku menangis pun, hehe. Yelah, org syg mak, syg ayah, syg adik kan..hehe.
Hmm..walaupun tadi aku cuba nak amek feel orang untuk jadi bekalan Isnin ni..tapi tak dpt sebab tak laluinya sendiri. Yg aku dpt cuma tengok pe'el orang aje laa, hehe.
Ni laa lumrah dunia..asam garam. Ada manis ada pahit, ada tawar ada payau, ada masin ada kelat. Dicubit, tercubit, mencubit adalah perkara biasa. Tgk laa nasib penduduk Iraq dan Palestin tu..diorang bukan lagi dicubit tetapi terus dibom dan dibinasa. Syukur Alhamdulillah, aku di sini bahagia bersama keluarga.
No comments:
Post a Comment