Nak ikutkan, aku mmg rasa kecewa betul bila keluar pengumuman reunion ditunda. Yelah, masa tu abang pun dah apply cuti..nak kensel abang malas laa dah. Lagipun, sedang2 elok laa kitorang nak balik Bentong pun time tu..pasal anak2 pun mmg cuti sekolah. Tapi balik Bentong pun sekejap aje laa. Isnin pagi dah kena balik Taiping balik pasal angah ada kelas tuisyen malamnya. Aku tak suka anak memonteng tanpa sebab yg kukuh ni. Mak ngan ayah pun faham ngan situasi kitorang..terutama situasi cucu ke2 nya ni.
Sementelah abang cuti..kitorang kutip sume besi2 buruk yg ada kat tepi2 umah dan depan umah kitorang ni untuk dijual kat Kg. Boyan, hehe. Rimas tengok besi2 bekas Ah Peng wat keje setahun dulu dok terperuk kat situ.
Gambar; tokey tgh timbang kati. Tgk! kuali besar mak pun ada kat situ! hehe..
Hari ni adalah hari persekolahan terakhir along di SMK King Edward VII. Abg izinkan dia bawak kamera digital abang tu ke sekolah untuk dia merakamkan gambar kawan2 dan cikgu yg baik2 dan sudah serasi pun ngan dia. Semalam dia dah mintak izin dari guru kelas untuk bawak kamera hari ni. Cikgu izinkan. Ada gambar tu nanti aku masukkan kat sini.
Cikgu siap buat jamuan perpisahan lagi untuk along dan 2 org lagi rakan sekelasnya yg bakal menjadi pelajar MRSM pulak nanti, InsyaAllah. Kawan along yg 2 orang tu dpt MRSM Gerik. Along aje yg kena pi sampai ke Pengkalan Hulu nun!
Guru kelas along suruh ibubapa jumpa Guru Penyelia Petang untuk amek segala dokumen dan fail along yg SMK KE VII simpan untuk dibawa ke pendaftaran MRSM 23 Mac nanti. Jadi, hari ni kebetulan abang pun cuti..kitorang berdua p berjumpa ngan guru tersebut. Alhamdulillah, segala urusan di SMK King Edward sangat mudah, mmg mudah. Kitorang amek dokumen along tu diiringi dengan ucapan tahniah. Alhamdulillah, ni rezeki along..mcm mana pun, itu rezeki along.
Semalam pun..aku ingatkan sukar sangat nak mintak balik deposit buat baju uniform untuk pelajar RK kat cikgu yg berkenaan tapi..rupa2nya senang sangat. Cikgu tu mmg tunggu pun along jumpa dia untuk dikembalikan RM30 deposit uniform khas pelajar RK. Segalanya dipermudahkan. Alhamdulillah.
Terimbas kembali; Dulu aku penah lontarkan mengenai surat rayuan MRSM along yg bukan luarbiasa tu kepada Guru Besar sekolah lama along..beliau kata, tak mengapa ada rezeki tu InsyaAllah. Sebab kat surat rayuan along tu dah tercatat nama penuh along dan no. angka giliran UPSR along, ianya sudah mencukupi walaupun surat rayuan tersebut tidak diiringi dgn segala salinan sijil dan cop org berpengaruh seperti YB dan sebagainya.
Guru Besar kata lagi..dua perkara tu sangat penting. Ada nama penuh saja tapi no. angka giliran takde..tak boleh jugak. Ada no. angka giliran tapi nama penuh pulak takde..pun tak boleh jugak pasal segala maklumat permohonan disimpan dengan keyword tersebut. Jika keyword tersebut sahih dan saling berkaitan..baru boleh keluar segala maklumat permohonan MRSM yg telah along hantarkan mula2 dulu untuk mereka perhalusi kembali kelayakannya. Hmm..skang baru aku mengerti. Alhamdulillah, ni semua rezeki along.
Meneliti kembali segala dokumen along yg kitorang amek dari Guru Penyelia Petang SMK KE tadi..hmm, rekod along nampak cantik saja seawal dia bersekolah rendah. Rekod dia di SMK KE walaupun terlalu baru iaitu 2 bulan setengah saja..tapi dah nampak cantik. Dia ada jawatan dlm persatuan, dia penolong ketua darjah untuk RK SIGMA. Alhamdulillah..semoga cerah masa depan dia di atas usaha2nya sendiri. Kami cuma mengiringi usahanya itu dengan dorongan dan doa tak terputus..Harap2, ia memberi contoh yg baik kepada adik2nya.
Ni antara dokumen along sekolah rendah SKKE VII (2) dan sekolah menengah di SMK KE VII yg telah diserahkan oleh Guru Penyelia Petang kat kitorang tadi. (Kad 001)
Lepas dah selesai kat SMK KE tu..kitorang pegi pulangkan cd One Piece dan abang sewa cd episod seterusnya pulak. Tu jgn lupa bawak balik Bentong. Kalo tak..tak cukup la seminggu nak tengok, hehe.
Kemudian singgah kat kedai spare parts keta, beli minyak enjin dan filter kancil. Abg tukar sendiri aje. Esok nak balik Bentong..meter pun dah nak hampir due. Jadi, kenalah tukar.
Lepas tu, kitorang ke Tesco..beli sedikit brg2 keperluan. Masa nak balik tu..ujan. Lalu kat tepi Tpg Sentral..tgk naper orang ramai2 kat luar walaupun tengah ujan2 camtu. Ohh! rupa2nya, 2 buah skuad avanza ERA ada kat situ. Org ramai tak berganjak nak menjawab soklan sebab nak dptkan hadiah..hehe. Kerap jugalah diorang turun ke Taiping ni, ye..hmm..
No comments:
Post a Comment