Pertama kenduri kawen anak Mat Taylor/Kak Ani iaitu tukang jahit pakaian yg terkenal kat Taiping ni, hehe. Berlangsung di Dewan MPT Kamunting. Jenuh..tengok nasik sampai 3 jenis. Nasik putih, nasik minyak dan nasik ujan panas! Semuanya aku taruk sket-sket..jgn kempunan nak rasa, hehe. Lauk pun sedap2! Ada pulak kerabu tomato, pergh! best tul! Hari ni tekak mula belasah nasik balik..hehe. Baru 'post' semalam aku citer aku tak makan nasik kan? wakaka..Tu pasal aku maleh nak gi kenduri ni, huh!
Macam singgahsana diraja betul..Belum tengok kusi santapan 'raja sehari lagi'!
Suasana di dalam dewan yg dihias indah. Byk duit tokey jahit pakaian & unifom ni ye!
Kenduri ke2 pulak berlangsung di Dewan Besar Sek.Men.Teknik Kuala Kangsar di Padang Rengas. Kitorang dpt jemputan ni dari Paklong Tahir. Kenduri kawen anak Dato'. Pengantin lelaki ni anak sedara kepada salah sorang Pak Menteri kat Malaysia ni. Memang meriah laa. Meriah ngan pelbagai makanan seperti cendol, bubur kacang, bubur pandan, tapai, teh tarik, laksa Kuale, rempeyek dll lagi la. Hidangan nasik dah tentulah ada kan? hehe..
Orang ramai yg datang pun meriah gak..masing2 meriahkan perut ngan pelbagai makanan tu laa, hehe.
Pengantin tengah dalam feel 'santapan diraja', hehe. Di sebelah tu pak sedara pengantin lelaki tu. Kenal?
Ni pelamin 'Raja Sehari' ketika majlis untuk orang ramai (tetamu biasa mcm kitorang ni laa..hehe) pd hari Ahad 11 RabiulAwal.
Gambar di atas ni lak..pelamin dah berubah jadi lebih eksklusif sket. Majlis yg berlangsung jam delapan malam pd keesokan harinya ni (Isnin - 12 RabiulAwal) telah dihadiri oleh para v.i.p.. Gambar2 ketika majlis ni adalah ehsan dari abang. Abg berpeluang berada dlm dewan pd malam tu pasal Paklong yg tiba2 menelefon abang memintanya menjalankan misi 'tugas khas' ni, hehe.
No comments:
Post a Comment