KES 1;
Hari Khamis ari tu..kitorang OTW nak ke Taiping lalu Bukit Drummond yg lebih dikenali ngan bukit doremon..hehe. Abang nak pulangkan cd anime One Piece dan sewa sambungannya pulak..hehe. Tapi masa sampai tang nak mendaki bukit doremon tu..nasib baik laa abg bawak mmg tak laju. Jalan pun licin baru lepas ujan tapi still ujan renyai2 lagi..pulak tu suasana gelap gelita..mata kitorang leh tertancap motor terbaring kat tengah2 jalanraya!
Bila nampak moto kat tengah jalan..abang nak mengelak lalu kat tepi2 bahu jalan tu sebab keta dari arah bertentangan pun banyak dok turun dari arah bukit. Tapi nasib baik la lampu keta kitorang tersuluh sekujur manusia terbaring kat tepi bahu jalan tu ngan muka berdarah. Diam tak bermaya..uish! nauzubillah. Ada sorang brader naik motor berhenti soh kitorang tipon ambulans. Baru jadi lagi tu!
Aku memang nak tipon tapi ada lak sorang brader naik keta yg dah berenti kat depan nu kata dia dah tipon.
Ish! Musykil gak aku..budak ni jatuh sorang2 ke kat jalan ni? Mana laa tau tengah bawak moto tu tiba2 penyakit sawan datang..jgn ckp..ada kes jiran kitorang jadi mcm tu. Kat area2 situ gak laa tapi dia bawak keta. Nasib baik tak apa2.
Budak ni lak nak kata kena langgar dek kenderaan lain tapi takde nampak kenderaan lain kat situ yg kemek ke hape. Kena langgar lari ke?
KES 2;
Ni nak citer pasal jalan lagi laa ni. Anak aku si Angah tu tuisyen kat area traffik light simpang 5 kat ngan The Store Kamunting tu. Kat situ mmg jln sehala tapi parents yg bawak keta..mmg ramai yg sellfish. Turunkan anak..takpe lagi..tapi masa tunggu anak abes kelas..nak soh anak naik keta diorang betul2 depan Pusat Tuisyen (PT) tu. Tang tak ujan macam tu..time ujan lagi laa teruk! Tu aku mmg suka sgt naik moto aje nak menghantar maupun menjemput angah balik tuisyen. Senang.
Kalo naik keta pun..kitorang parking dan tunggu kat hujung bangunan rumah kedai tu aje. Pastu pi la sorang tunggu angah depan PT tu sebab angah tak nampak kitorang pasal jauh sgt dari pandangan dia.
Tapi ramai juga parents...mmg tunggu anak kat depan PT tu. Jln dah laa sehala. Berderet2 keta menunggu giliran sampai ke depan PT tu. Ada anak yg nampak keta parents diorang kat belakang..diorang pegi terus naik.
Namun yg menjadi masalah tu bila ada segelintir anak diorang ni pun macam anak raja..keta kena sampai betul2 depan pintu PT. Pulak tu ada yg jenis lambat macam kura2 nak keluar dari kelas. Sempat bergurau pulak ngan kengkawan. Padahal parents dah tunggu ni..keta lain pulak berderet-deret kat belakang tunggu nak jalan disebabkan keta parents dia tunggu anak yg terhegeh2 tak naik2 keta lagi tu..huh!
Kalo takde kotak parking kat depan2 tu..takpe laa lagi. Tapi ni..kotak parking kosong ada kat sebelah kiri tu..masuk laa situ dah tau anak hang tu jenis terhegeh-hegeh, bagi keta belakang jalan dulu. Ni tak..hmm! geram aje aku tengok. Keta2 yg terlibat kena tunggu kat belakang tu agaknya lagi laa geram kot, hehe.
KES 3;
Lagi satu..pasal ambulans nak lalu tang trafik light yg padat ngan keta. Sirens ambulans dah bunyi kat belakang soh bagi laluan. Kalo ada bahu jalan..leh laa keta2 tu ketepi tapi disebabkan jalan padat sangat dan takde ruang nak ke tepi..tak paham2 lagi ke..kenderaan depan kena laa jalan juga walaupun lampu tengah merah! Takde kena saman de kalo langgar lampu merah disebabkan bagi laluan kat ambulans. Yang menghalang laluan ambulans pulak yg kena saman.
Mana tang lampu tengah ijau tu..bagi laa laluan kat keta2 tu nak jalan untuk bagi laluan kat ambulans.
Ni tak..huh! Sampai ambulans tu dah bunyikan hon garau dah, tonk-tonk!..diorang tak reti2 bahasa lagi. Betul2 laa skang ni zaman sellfish dah mula nak menular dengan lebih dahsyat lagi.
No comments:
Post a Comment