Monday, February 1, 2010

Pagi Sabtu itu....

30.01.2010
Sabtu - pagi

Pagi tu kitorang gi jogging kat Bukit Larut. Seperti biasa...takat Pondok 2.
Kali ni bawak dslr mendaki. Sejak dibeli Mei 2009 dulu..ni ler 1st time kitorang bawak dslr gi jogging, hehe.

Foto kegelapan kat atas ni masa baru mula nak mendaki.
3 foto di bawah ni pulak OTW turun ke kaki bukit semula.

Aku tak ketinggalan menyertai angah ngan akiss meraup daun paku pakis tersebut..huhu..

Cenggini ler jalan berliku-liku sementara nak sampai ke puncak Bukit Larut, hehe.
Tu lom lagi ngan selekoh curam, ngee...ngeri kalo naik jip!!
Tapi kalo sesape dh biasa naik roller koster...okey je kot!! malah pasti seronok!!


Pas tu...kitorang ke Taman Tasek Taiping. Ada karnival Gegaria Metro.

Nampak tak kancil cinonet tu..hehe..
Parking kat situ jerk..hehe.

Orang dh mula ramai masa ni. Terutamanya orang Melayu ler yg minat sgt ngan karnival2 ni, ngeh2..

Kat pentas utama tu sedang diadakan peraduan mewarna.
Sebenarnya...mmg byk acara yg telah diaturkan kat sini. Tp aku tak minat nak ngikutnya. Jenoh nak tunggu, hmm.

Salah satunya acara futsal ni ler..

Ada booth MariGold ni..
Takde ler murah mana pun..
Tp..aku beli gak ikut set combo dia, haha...
Sedap gak yogurt buah delima dia...

Ada gak A&W kat situ ngan lorinya.
Kat Tepen ni takde restoran A&W, ngee..

Krew Jack & Jill akan bagi paket2 kecik snack dia kat pengunjung. Leh beli satu beg RM1o kat booth dia. Biasa ler..karnival kan?? Semua nak wat cenggitu..
Tp...krew2 dorang ni..gi kutip balik paket2 snack Jack & Jill yg dh kosong yg telah dibuang merata2 oleh pengunjung tu. Bagus ler!! Sungguh bertanggungjawab menjaga kebersihan. Cuma pengunjung sendiri yg tak bertanggungjawab, ces..!!

Seperti biasa...mesti ada sesi karaoke ni.
Acara kemuncak pertandingan karaoke ni..pada malam terakhir, iaitu Ahad malamnya.
Karnival ni diadakan selama 2 hari..Sabtu dan Ahad.
Sabtu malam...ada konsert. Katanya ada Azlan & Typewriter, Mila, Kristal, Farawahida & ramai lagi artis yg buat persembahan malam tu. Tp aku tak gi pun. Maleh ler nak bersesak2 cium ketiak orang kat situ, hehe. Maklum ler..aku ni renek aje. Nak tengok konsert..kena dok depan. Kalo dok belakang..apa yg aku nampak?? Jadi, baik takyah.

Kamunting skang ni dh makin byk keta & sesak jalanrayanya. Rumai kedai dah mula byk dibina kat jalan depan2 kem Kamunting tu. Tak lama lagi agaknya...mesti sampai kat ngan kubor keramat tok bidan tu..hehe..

5 comments:

el said...

rajin tol kak alona jln2 ke bkt larut...semangat2...hiksss

Gieyana said...

larat ka pikul gedabak tue akak? tp kalau sy harus di angkut gak..yg berat jd ringan dek hobi..kekeke

kak...nnt tolong rekomen sat port menarik kt area tepeng tue..ada job wedding bln 6 nie..

Suziey Ahmad said...

waaaa best btl la kak alona ni..rajin btl berjogging..anik bukit larut plk tu..sy tobat dh nk naik bukit larut..pertama dan terakhir naik masa peknen 1 bln tp xtau peknen masa tu..

attyfir said...

tak penah lagi sampai kat sini ..dpt tgk gambar je lah ..

bagus lah ko ..rajin joging

TokNabe said...

photographer tak kisah kalau nak angkut dslr kemana hatta berjoging sekali pun. Detik2 menarik muncul tak kira masa... tak gitu? :)