Mmg kulit aku ni susah benar nak serasi ngan produk pencuci muka. Penah guna mcm2. Set Mustika Ratu laa, Felisa Kosmetik laa.., Garnier, Ginvera, Avon...tp tak serasi.
Bkn laa tak ok produk2 tu...tp bila guna kulit muka aku mcm kusam je. Nak pakai bedak two way cake pun mcm tak sekata walaupun span dh dibasah ngan air..
Tapi..sebulan yg lepas..aku gi ler The Store Taiping Jaya. Mmg nak cari produk pembersih muka pun. Tp ingat nak survey je dulu.
Kebetulan dorang ada bukak meja promosi pasal Safi Rania Gold ni. Ada scanner utk kulit, tester...pandai laa dorang kan, hehe.
Dorang pun mesti laa masa tu ada buat promosi pek asas. Aku pun rasa..apa salahnya mencuba. Kalo tak cuba..tak tau. Sbb..umur aku pun dh hampir 35's November 2010 ni. Mmg dh kena ler guna produk2 utk kulit org tua ni, hehe. Tak boleh nak perasan kulit aku mcm umur 20an dulu.
Jadi, aku pun beli set siang. Krim malam yg dorang kata sgt bagus tu aku tak beli ler pulak sbb aku tak bawak duit yg mencukupi. Dlm wallet ada RM80 aje, hehe. Kalo beli semua set komplit dekat RM100 gak ler walaupun tgh promosi, hmm.
Hasilnya..mmg memuaskan hati aku. Dh sebulan aku guna..tu cuma produk asas je tu. Lom aku beli krim siang dan krim malam lagi, hehe. Walopun takde ler aku jd lawa mcm Sazzy Falak..tp kulit muka aku nampak sihat dan bermaya ler sket.
Dulu...muka aku mcm bertopeng (berbelang) kat pipi sebab pakai tudung (kulit aku ni mmg cepat makan dek panas, hehe). Skang dh mula kurang jelas. Kalo idak...aku rasa mcm aku ni pakai topeng aje, ngee..
Cuma masalah kulit berminyak tu tetap ler aku ada. Tak elok pulak kalo kulit kering sgt. Org kata..jenis kulit berminyak ni muka dia lambat berkedut, hehehe.
Takpe..kalo muka berminyak masa wajah bermekap..guna ler tisu Clean & Clear (Oil Control Film - instantly removes excess oil)..hahaha.
Bg aku..produk Safi Rania Gold ni yg dijamin halal dan pengilangannya mengikut hukum2 syarak telah menyebabkan aku gunakannya tanpa was2.
Safi mengeluarkan produk yang menerapkan partikel nano emas 24k dalam rangkaian produk penjagaan kulit terbarunya – Safi Rania Gold.
Produk ini selamat, berkesan dan disahkan halal. Emas terbukti secara saintifik berkesan mengurangkan kedalaman kedutan. Ia meningkatkan keanjalan kulit dan memperlahankan penyusutan kolagen bagi mencegah kekenduran kulit. Emas juga merangsang pertumbuhan sel lapisan dasar kulit untuk memastikan pertumbuhan semula sel kulit yang sihat, tegang dan awet muda. Produk ini mengandungi protein mutiara serta vitamin B3 untuk mencerah dan memulihkan kesegaran wajah.
Safi Rania Gold Serum
mengandungi Nano Emas 24K bagi mengurangkan kedalaman kedutan dan garis halus sehingga 55 peratus. Dalam hanya tiga minggu, kulit cerah berseri.
Ni 1st time aku menggunakan Serum. Sebelum ni tak penah pun walaupun dari produk yg lain.
Safi Rania Gold membawakan pelbagai produk antipenuaan untuk tujuan kecantikan kulit, antaranya:
Krim pembersih wajah Safi Rania Gold Ia membersihkan kulit daripada kotoran, habuk dan daki selain membantu menanggalkan solekan sambil membuatkan kulit segar sepanjang hari.
Safi Rania Gold Pembersih Wajah
“Awet Muda Dan Pencerah Kulit”
Mengandungi 100gram. Pembersih Wajah Safi Rania Gold dengan formulasi Nano Emas 24k, Membersih dengan berkesan sambil mengekalkan keanjalan serta kesegaran kulit wajah. Diperkaya dengan dengan nutrient penting seperti minyak avocado untuk melembab dan membuatkan kulit terasa lembut.
Nano Emas 24K adalah anti antioksidan semulajadi yang bertindak menghasilkan kolagen. Ia membantu menganjal tekstur kulit serta mengurangkan kedalaman kedutan dan tanda penuaan pramatang.
Protein Mutiara + Vitamin B3 gabungan protein mutiara dan vitamin B3 mencerah dan menyamaratakan tona kulit dengan memperlahankan pemindahan melanin ke permukaan kulit.
Hasilnya kedalaman kedutan berkurangan sehingga 55% dan kulit menjadi cerah dalam hanya 3 minggu!.
Cara menggunakanya, gosok dengan air sehingga berbuih dan urutkan secara lembut pada wajah dan bilas.
Gel pembersih wajah Safi Rania Gold
Sesuai untuk kulit kering. Ia lembut pada kulit kerana tidak menghakis emolien semula jadi kulit setiap kali mencuci muka.
Skrub wajah Safi Rania Gold Ia membantu menanggalkan sel kulit mati untuk menyerlahkan kulit yang sihat berseri. Gunakan dua kali seminggu untuk mendapatkan hasil ketara.
Penyegar Safi Rania Gold Ia dirumus dengan air mawar bagi membantu menyediakan kulit untuk menyerap lembapan secara optimum. Gunakan penyegar selepas membasuh muka.
Skang aku dh gunakan penyegar utk botol yg ke2...hehe..
Krim kontur mata Safi Rania Gold
Serlahkan kecantikan mata dengan sapuan krim ini siang dan malam.
Krim pelembap siang Safi Rania Gold dengan SPF20PA++
Ia membantu menangani masalah bintik penuaan dan warna kulit tidak sekata, menjadikan kulit cerah dan sihat berseri.
Krim pelembap malam Safi Rania Gold
Kulit kelihatan lebih remaja dan berseri bila bangun setiap pagi.
Krim kecantikan Safi Rania Gold
Ia membantu melenyapkan bintik penuaan dan garis halus. Krim ini boleh digunakan sebagai asas mekap.
No comments:
Post a Comment