Monday, July 5, 2010

Mak aiii...pjgnya aku nak citer!!!

Bkn main lama aku tak masuk blog aku ni.
Mgkn ramai kawan2 blogger dh lupa ALONA dan lupakan CINTAMANISZ ni, hmm..sedey..Tp nak wat camne, mmg aku sendiri yg takde masukkan citer baru, hehe.
Tp...mgkn ada gak yg cuba2 bukak cintamanisz ni nak tau citer2 yg aku nk bongkarkan, hoho. Mak aii..perasan ler ibu beranak tiga ni, kehkeh..

Cintamanisz mmg nampak suram. Sian. Padahal, sebelum ni...aku tak penah wat mcm ni kat cintamanisz. Tp nak wat mcm mana. Dlm bln Jun ari tu..pelbagai perkara suka duka yg harus aku tempuhi.
Alhamdulillah, aku dpt melaluinya dgn sebaiknya.

Di sini aku akan cuba seringkasnya mencatatkan perkara2 tersebut sbg kenangan.

6 Jun2010
Ada rezeki jugak utk bertemu ngan Gie kat Lake Garden. Nureen tgh tido di atas ribaan uminya. Somi Gie lak sdg rancak photog pengantin berbaju ijo kat area batu tu.
Mmg tak dpt nak sembang lama sbb aku pun perlu balik umah. Anak dh ditinggalkan sedari pagi lagi. Perlu ke umah mak pulak utk miting pasal agenda ke Langkawi.

7-9 Jun 2010
Langkawi...lain kali ku simpankan citer ni.

16-17 Jun 2010
Berada di Bentong, KL dan Shah Alam. Pun lain kali aku simpankan citer ni.

A&W
Dlm cuti sekolah tu..kitorang sempat laa masuk A&W Taiping Sentral. Ni ler 1st time anak2 aku makan kat restoran segera A&W ni. Aku pulak..kali ke2..haha. Kali pertama makan kat restoran jenama ni masa aku keje kat KL 16 thn yg lampau (lampau ke??), fuuiyo, lama gak laa tu!!

20 Jun 2010
Hantar Along pulang ke hostel.
Aduhai..hari ni ada satu citer yg membuatkan aku dan abg tak sedap perut...tak sedap hati. Bkn disebabkan aku ada masak masakan berasaskan perut lembu atau hati ayam...tetapi disebabkan satu perkara ni.
Sepanjang perjalanan kitorang murung. Sepanjang perjalanan juga aku ngan abg berdialog dan berdiskusi tentang perkara tersebut bersama Along.
Along pulak tak seperti biasa. Hari tu dia tak lalu nak makan. Semakin dekat ngan hostel..semakin berdebar dan berdegup deras jantung dia. Ada sesuatu perkara yg cuba disembunyikannya ni.

Dh hantar Along...kitorang pun balik Taiping semula. Tinggallah Along yg bakal memulakan semula semester barunya. Seperti biasa, pelbagai pesanan yg kitorang tinggalkan bersamanya.

21 Jun 2010
Angah ngan Akiss bersekolah seperti biasa. Aku pun memulakan tugas rutin seperti biasa.

Sempat gi umah Kak Idah ikut abg gi repair paip sinki kat umahnya. Uiii...tak sangka betul aku si BOQ kucing kak idah ni dh besar cenggini (dlm gambar di atas). Geram tul aku tgk. Rasa nak bawak balik aje..hahaha..
Tingat lak kat Tomei yg dh hilang tanpa kesan tu, sedey!!

23 Jun 2010
Aduhaii...hari ni aku kembali runsing. Barulah aku tau apa yg membelenggu Along hari tu.
Aku perlu selesaikan seberapa segera masalah ni. Kalo aku tak mencuba..aku tak mau perkara ini menjadi lebih parah.
Along kol hampir jam 4 ptg. Menceritakan segalanya. Sebagai ibu...mmg aku sedih. Tp aku tidak boleh mendiamkan diri.
Siapa yg perlu aku hubungi?? Guru Homeroom?? Ketua Warden??
Aduhaii...petang tu..aku perlu bertindak pantas, bertindak bijak. Dgn keadaan cuaca tak mengizinkan..aku redah ujan lebat keluar ngan akiss gi beli top-up nombor 013 yg sebenarnya bakal tamat perkhidmatannya (tempoh 3 bulan) lg 2 hari. Maklum laa..kitorang beli no 013 ni pun sbb ada job kat Ijok bln Februari hari tu.
Dh top-up...aku kena tunggu pulak masa yg sesuai utk menghubungi guru tersebut. Sbb baru masuk waktu Asar. Mgkn cikgu sdg menunaikan solat.
Sementara tu..di pikiran aku..berlegar2 apa yg bakal aku perkatakan kat cikgu nanti.
Aku jugak sdg memikirkan...apa reaksi cikgu tersebut bila aku berceritakan tentang hal ini??

Akhirnya, sudah melebihi jam 5. Aku pun dgn cermat menekan nombor hp cikgu berkenaan.
Alhamdulillah, panggilan aku dilayan dgn baik. Beliau berjanji akan melakukan tindakan susulan.

Aku percaya pd kredibiliti beliau. Jd, aku serahkan segalanya dgn doa semoga semuanya bakal diselesaikan dgn cara yg sebaik2nya. Namun, utk beberapa hari...aku ngan abg dilanda gelisah sbb along tak kol pun utk bercerita apa yg berlaku selanjutnya. Nak kol cikgu berkenaan?? Aduhai, aku ni jenis tak suka mengganggu aktiviti org jika tiada perkara yg benar2 munasabah utk aku menghubungi beliau.

26 Jun 2010
Setelah beberapa hari..baru Along kol semula. Menceritakan segalanya..
Alhamdulillah, mmg melegakan hati yg runsing.
Sbg ibu, aku cuba memperhalusi intonasi suara along...aku dpt merasakan apa perasaan along ketika itu. Kelegaan, semangat, ceria, dan lapang....
Tp..kitorang tidak cepat puas hati. Rasanya perlu utk melihat sendiri reaksi along depan-depan. Nak pergi Ahad tu..tak boleh..sbb ada keje yg tak selesai lagi.
Jd kitorang putuskan utk gi melawat along pada Ahad minggu hadapannya.

27 Jun 2010
Dorang gi hantar Piluih ke UiTM, Seri Iskandar. Kitorang tak ikut sbb minggu dpnnya nak hantar Yui pulak ke tempat yg sama.

02 July 2010
Lepas amek Akiss ngan Angah dari kelas Taekwando..kitorang ke kuarters GSL. Dorang ada wat jamuan makan. Gi je ler. Perut dh kenyang sebenarnya. Tp gi sana tak semestinya utk kenyangkan perut, ye tak??
Gi sana utk bermasyarakat!!! hehe..

03 July 2010
Hantar Yui ke UiTM, Seri Iskandar.
(OTW hantar Yui..singgah minum2 kat R&R Dataran Sg. Perak. Ni angah bergambar kat betul2 bawah jambatan yg kita dok lalu-lalang kat hi-way tu, hehe. Laluan ni leh tembus ke R&R sebelah sana (menghala ke utara)

Mmg bertuah anak2 kak Nor ni. Adik-beradik dpt belajar di tempat yg sama!!
Yui akan berjuang mendapatkan degree setelah abes diploma bln Mei hari tu dgn sebaik-baiknya.Yui sdg mendaftarkan diri di unit kesihatan UiTM.

Di rumah sewa Yui dan 3 lagi rakan2nya.

Lepas hantar Yui..kitorang balik ke Taiping ikut Sitiawan. Dah alang2..abg terus memandu ke Lumut.Berjalan di atas lumut...eh!! tak..rumput karpet, hehe.

Singgah makan kat situ. Ternampak ler kelibat Awal Ashaari & Scha kat situ. Baru tiba dari percutian ke Pangkor sambil ditemani mak Awal (mgkn mak Scha?? tp tak laa..rupa makcik tu mcm Awal, hehe).
Walaupun aku tak minat dorang..tp dorang kat luar lg cantik dari dlm skrin tv, hmm.

Dah sampai Lumut, mesti nak beli sotong gula, hehe.Abah belikan mak ikan bilis dan ikan kering, hehe..

Dah puas hati ler tu dpt sotong pedas..hehe

OTW balik...singgah pulak kat Sg. Baru beli ikan, sotong dan ketam segar!!
Tapi tak sempat dh nak amek gambar ke apa. Sebok memilih ikan fresh!!! haha..

DATUK AHMAD JAIS
Malam pulak..dh membersihkan diri, kitorang keluar pulak gi tgk Dato' Ahmad Jais (artis fevret abg) nyanyi kat Giant, Taiping.Ramai yg dtg tengok persembahan beliau..
Bila diminta naik ke pentas..ramai yg berebut2 nak naik...caya laa Datuk!!.

Pergh!!! tak puas tgk dan dgr beliau nyanyi. Best!!Sempat bergambar ngan beliau selepas show.

04 July 2010
Dlm kul 10pg..kitorang bergerak ke Pengkalan Hulu. Utk jumpa Along dan bawak dia outing.
Singgah kat Jalan Selama (Kedah) - Mahang..beli tembikai segar dari ladang. Dorang jual kat luar ladang tu aje (pokok tembikai yg ditanam di antara anak2 pokok kelapa sawit kat ladang tu).

Aku mmg tak sempat masak dh pg tu. Tp aku bawak ler brg2 asas utk berkelah. Sampai kat Baling..kitorang beli nasik bungkus aje. Air pun bungkus, hehe.
Dh amek along..kitorang gi berkelah kat bawah pokok, tepi tasek sambil bercerita, berbual anak-beranak.Dh makan nasik...bukak pulak kepek ikan dan sotong pedas bergula yg dibeli kat Lumut semalam.Dh terasa lidah ni kepedasan...kupas pulak tembikai fresh segar dari ladang (dijual di luar ladangnya aje!!) yg kitorang beli tadinya. Tembikai kuning ada..tembikai merah besar2 pun ada!! Tak cukup sebijik..kitorang beli 3 bijik!!!
Sbb tembikai kat situ dijamin berkualiti dgn harga yg murah.Dh lepak2 kat situ..kitorang bergerak. Mula2 singgah stesen minyak Petronas. Buat apa yg patut, hmm.
Singgah beli rambutan dan langsat kat tepi2 jalan tu utk makan kat Taman Riadah, Baling..hehe.

Beli jam tangan along dan charges hp kak Nor kat pekan Baling, hehe.

OTW nak hantar along balik hostel...singgah makan kat R&R Padang Tammat. Kali ni..along berselera makan. Aku pun perati...along mmg dh ok. Harap takde laa masalah berat mcm ni lagi lepas2 ni. Kalo masalah biasa2 tu..adat laa dok asrama, kan? Tp kalo masuk bab security ni..aku tak mau laa dh terhantuk baru nak tergadah!!

FESBUK / FARMVILLE
Hmm..sepanjang aku tak masuk blog..kwn2 blog yg juga fren ngan aku kat fesbuk mesti selalu nampak nama aku online.
Sebenarnya..aku mmg online pun. Check status, bg komen...tgk foto2 rakan.
Cuma aku yg sgt jarang masukkan gambo dlm fesbuk. Ntah ler..mmg kureng sket. Kalo ada kat fesbuk aku tu pun..sbb aku di'tag'. Aku suka blog lagi, hehe.
Tp aku masih sgt berminat tgk gambo2 rakan2 kat fesbuk, hehe. Jgn marah!!

Farmville?? Sebenarnya...mmg aku setia main games kebun2 ni. Game lain selain tu aku tak main pun. Cukup laa fv ni jer.
Tp kkdg bkn aku yg urus farmville aku tu. Tu...anak aku yg no.2 tu yg tolong layankan. Dia ler yg tolong harvest, tolong plow, tolong tanam, tolong kutip hadiah, tolong susun..
Camtu gak laa ngan farmville abah dia.

Kkdg..aku dok layan fesbuk aku tu...dlm masa yg sama Angah tgh menguruskan farmville. Sbb pc aku bukak fesbuk aku..lappy kat sebelah pun on fesbuk yg sama. Jd, angah dok layan farmville aku dan aku pulak check status kawan2, hehe. Haa..boleh mcm tu, hehe.

Sori ler..aku layan farmville ni sbb ini je ler game online yg aku main. Aku online kat fesbuk tu takde ler nak layan aplikasi2 yg lain dan segala mcm kuiz @ gift itu & ini.
Aku layan fesbuk ngan farmville ni ok la. Sbb aku tak layan drama2 kat tv..byk dh aku ketinggalan rancangan2 tv, hahaha. Aku tau perkembangan drama tajuk tu..tajuk ni pun baca status kawan2 kat fesbuk...haha.

Ok laa..nanti sambung lg. Lepas2 ni aku akan kerap masuk n3..haha. Aktif balik kat blog kesayangan aku ni, ngee. Bermakna...aku ada masa jugak utk menjengok blog rakan2 yg dh tentu ntah brp page dh aku ketinggalan, huhu..sian tul aku!!
Yg setia aku nak tonton pun kat Discovery Channel aje ler. CSi pun byk miss dh..kehkeh...

5 comments:

Rinna said...

Aduahii..byknya citer.. hehehe..sekali harung yer.. tapi tak pe..best dpt baca dan tgk gambar yang cantik2..tuh..

Anonymous said...

saya tetap setia jengok belog akak.. :)

cikbedahlaser said...

pjg btul ulasan berita nye ha...
laaa gmbr sy xde ke??

Suhana Shahril said...

oiii. lama x dgr citer...musykil jgk ni..apa masalah along sbnrnya?apa2 pun ana doakan semoga dpt melalui dgn tabah

el said...

giler kentang pya pjg n3 hahahaha
kamoo jpe gie ye kak hehehe smpi ke tepen gie tu buat photoG miahaha
rs nak mkn tembikai pulok