Tuesday, July 27, 2010

LANGKAWI 2010 - Pulang mari laa pulang..

09 Julai 2010 Rabu
Hari penghabisan utk percutian kali ni.
Awal pagi kitorang telah terganggu sedikit. Di apartment kitorang tingkat 3...power letrik tak cukup lak malam tu. Asek dok blackout. Dok tendang kat ibu (MCB) tu.
Kalo ikut ngantok mmg kitorang nak biarkan aje dlm keadaan mcm tu..ngan ekon dh terhenti, aduhai. Tp terpikir gak..berapa lama laa bilik tu leh bertahan ngan sisa2 kesejukan ekon sebelum tu?? Nanti panas ler pulak!!

Jd, kitorang pun bangun ler gi tolak balik suis MCB kat dpn tu. Elok je nak lelap mata..mende tu tendang balik. Geram tul!! Malam yg pertama menginap kat situ..ok je. Takde masalah apa pun.
Bangun lagi pegi betulkan suis tp bila masuk je dlm bilik...tendang balik. Mak kata mungkin suis ekon dlm bilik mak tu yg rosak.
Camtu ler bbrp kali. Last2, abg dh tak mo bangun. Fed-up dia. Nanti tak cukup tido. Esok nak memandu balik pulak!!
Aku yg gi bangun sorang2 gi betulkan. Mujur ler aku bangun. Sebab, abah rupa2nya ada kat bilik air ketika tu. Bergelap ler rupanya abah kat dlm bilik air. Cepat2 ler aku betulkan suis tu balik, hmm. Lepas2 tu ok ler. Sebab mak dh tak on semula suis ekon kat dlm biliknya. Mmg betul ler suis tu yg ada problem.

Tu citer kat bilik kitorang. Tp kitorang takde ler terpikir kena usik ngan penunggu ke hapa, hehe.

Siang di pagi hari....
Bila kitorang dh siap2, dh check takde apa yg tertinggal dh..kitorang pun turun ke apartment lg satu kat tingkat 2.
Dorang tgh bersiap2..sambil tu dorang bukak citer mistik yg berlaku jelas dan nyata di malam ke2 menginap kat situ, ngee..

Di tengah2 malam hari pertama menginap kat situ..kak nor dh terdengar bunyi seolah2 ada org baru keluar dari kolam renang. Tp kitorang sebelum tu (dlm jam 8-9mlm) dh turun mandi pool, hehe. Takde apa ler yg dok kacau.
Selain tu...Kak nor gak ada dgr bunyi org guna bilik air...mcm2 ler bunyi kat dlm bilik air apartment dorang dok tu.

Pd petang esoknya pun...kitorang ada turun mandi sekali lagi kat situ. Beramai2 termasuk laa kak nor ngan Maton yg dh tau citer mistik ni.

Baca betul2 utk faham sbb tak reti nak citer, haha
Mlm ke2 tu pulak..masa tgh dorang tido tu..ada angin yg kuat masuk dari tingkap bilik Maton. Padahal...tingkap bilik dorang tutup. Ditutup rapat tau!!!
Langsir pulak bergerak2 seolah2 mmg ada angin yg kuat sdg menerjah masuk ikut tingkap tu.

Yang kat bilik Sela pulak..angin tu nak keluar dari dlm bilik tu ikut tingkap bilik dia. Ngan langsir2 sekali ler tertolak2 ke arah keluar seolah2 angin dari dlm sedang keluar ikut tingkap tu. Padahal, tingkap bilik dorang pun tertutup rapat. Angin tu dtg dari mana?? Sdgkan pintu bilik dikunci!!

Siang tu..mula2 Maton yg citer angin kuat masuk bilik dia padahal tingkap tertutup. Yang Sela pulak bukak citer kat bilik dia pun ada angin mcm tu tp nak keluar dari bilik dia ikut tingkap jugak.

Mmg ikut logik..tingkap dh tertutup mcm tu..mana leh terbukak utk angin masuk dan lalu. Tingkap tu kan kalo nak bukak kena kuak dari dlm. Tp angin tu dari luar.
Kat bilik Sela pulak...kalo ikut logik lagi, dgn keadaan pintu dan tingkap bilik yg tertutup rapat...dari mana datangnya angin kuat dlm bilik tu dan keluar pulak melalui tingkap yg juga tertutup rapat??

Mmg kawasan apartment tu sunyi dan suram sket. Tp tidak laa pulak terpencil sgt. Sebab ia berdekatan ngan taman perumahan dan deretan kedai. Dekat gak ngan sekolah teknik langkawi. Cuma block kitorang ni mengadap ke rimbunan pohon buluh betul2 kat sempadan kawasan tersebut. Tu yg dorang syak 'mende' ni dtg dari situ...hmm.

Aku ingat nak buat rumusan yg pjg lebar pasal apartment ni. Tp, aku tak mau ler perniagaan bumiputera ni terganggu pulak. Sebab, bkn semua akan mengalami peristiwa yg sama. Mcm kitorang..takde ler pulak diganggu. Cuma letrik tu aje laa..short dari ekon bilik ke 2 yg tiba2 rosak (pdhal malam yg pertama tu tak rosak pun, huh!!)

Bg aku...kalo aku dimurahkan rezeki utk memiliki perniagaan homestay ni...brg2 asas yg akan aku letak selain katil, set perabot, tv, peti ais...ialah dapur serta brg2 asas di dapur dan mesin basuh.
Bkn pe..nak gi bercuti nak bwk baju cukup2 ni leceh. Berat beg. Tambah2 nak hayun masuk feri keluar feri...Kalo ada mesin basuh otomatik..sekurang2nya kita leh basuh dan sidai kat penyangkut yg disediakan juga. Keadaan umah biarlah berpagar dan boleh dikunci. Yg dapur tu pulak..bkn ler setiap kali nak makan sebok nak masak. Kalo asek masak aje..bila masa nak kuar berjalan, kan?? Cuma, bila ada dapur tu..bila2 kelaparan..ada ler alternatif. Pg2 nak sarapan pun leh buat cekodok.

HOMESTAY / APARTMENT
Dlm pengalaman aku menginap kat homestay ni...homestay kak haszlena adalah yg terbaik. Takde yg mampu menandingi lagi. Tambah pulak skang ni kak hasz dh buat pagar yg cantik dan bilik ke 2 turut ada penghawa dingin...Tapi harga sewa pun dh naik ler sbb dah apgred tp masih dlm harga yg kita mampu.
Homestay beliau skang pun dh menjadi pilihan jugak kat langkawi, hehe. Aku harap beliau dpt tambah lagi beberapa bijik homestay. Sebijik je tak cukup kalo nak gi ramai2, heheh.

JALAN2 SEBELUM CHECK-OUT
Beg2 kitorang dikumpulkan kat apartment tingkat 2 tu. Kitorang pun keluar gi sarapan pg ngan roti canai, nasik lemak. Makan ramai2 ni mmg happening. Seronok!!

Pastu, gi area Pantai Pasir Hitam. Ada yg nak cari t-shirt, baju, ikan bilis dan biji gajus panggang, hehe. Tp tak turun pun kat pantai tu, hehe. Masa tak cukup. Sampai aku kena kol apartment mintak jasa baik dia yg kitorang check-out kul 1ptg nanti..
Alhamdulillah, diperkenankan..ngeh2.

Masih ada yg tak dpt pilihan hati. Kitorang terus ke Pantai Cenang atas permintaan utk cari baju lagi.

Akhirnya, kitorang bergegas ke apartment semula utk check-out. Tak sempat ler nak lalu kat Kompleks Mahsuri tu. Lain kali laa kalo ada rezeki.
Langkawi ni mcm kecik..tp 3h2m pun tak cukup nak jelajah abes, hehe.

Dh check-out..kitorang gi makan kat medan selera Plaza Langkawi. Punnnn atas permintaan ramai.
Tgh2 makan tu..tokey van pun mula laa lorat kol aku!! Soh pulangkan van sebelum kul 2 walaupun kitorang leh bayar ikut jam. Alasannya sbb dorang dh terima booking dari pengunjung lain.
Heii..mmg aku bengang betul ngan dia ni. Takde maknanya lain kali aku mai sini nak berurusan ngan tokey van ni. Tak dpt van..keta pun keta ler dari dpt tokey pe'el mcm hampes ni.

Baik lagi ler tokey Chery tu. Dkt 2 jam kitorang lewat..dia tak cas bayaran tambahan pun!! Lain kali kena mintak kat Ady kenderaan kat kaunter ler. Lebih meyakinkan..huhu..

Dh dpt balik deposit kunci utk van (setelah ditolak RM40 utk 2 jam) ngan Chery (yg masih kekal RM100) berserta ngan baki yg lain2...kitorang pun putuskan utk menggunakannya dgn membeli tiket feri dan makan. Tang makan tu..kalo tak cukup..topap ler sorang sikit, hehe. Camtu ler ye kata sepakat membawa berkat.

Yg lelain gi Dataran Lang. Kat situ wajib gi utk bergambar.
Aku gi sorang2 beli tiket. Sela tolong tgk2 kan beg dan barang2 lain. Turut ada kat situ...abah ngan Ren. Yg lain2 sume gi Dataran Lang. Alang kepalang...
Abg pulak mesti ikut sekali...sbb nak shoot gambar!! hehe..

Dorang berjalan dgn hepi nya..ngeh2..
Tengah panas terik lak tu, ahaii..

Ni aksi Angah..

Ni aksi ramai2.
Tgk..mak pun spoting. Siap lambai tangan lagi tu, hehe..

Ni bergambar cara sopan santun sket..hehe.

Mula balik dahhhh ngan aksi melompat sakan, huhu..

Tu dia...mcm2 gaya terkeluar, hoho.
Along yg snap gambo ni..
Mak ngan Yui kat belakang tu mesti dok ckp, "Laa..tak abes2 lagi depa ni!!", ngeh2..

Pergi Langkawi 2010 ni byk aksi melompat kat Dataran Lang.
Masa gi Langkawi 2009 dulu..byk aksi melompat terjun ke dalam Tasek Dayang Bunting, hehe..

Aksi Piluih melompat lebih tinggi (bkn nama sebenar sbb nama sebenarnya Firdaus, hehe) dgn lompatan yg smart dan ada gaya!!

Melepak jap kat akar2 pokok ni.
Mgkn yg lelain masa tu tgh sebok pilih FM kat kiosk2 berdekatan, hehe..

Amek gambo wedding kat sini...mesti lawo!!

Kompleks Jeti
Sekembalinya dorang ke kompleks jeti..masing2 menyambung shopping (jika ada yg berkenan) kat situ pulak. Menghabiskan sisa2 masa sebelum check in masuk terminal feri.
Ada yg dpt jam tangan, ada yg beli key-chain lagi dan lagi..(walaupun mahal sket).

Abg ngan Afis..

Datang pulak Akem ngan Piluih utk bergambar ngan paklongnya..hehe..

Along dan Angah dok lepak kat troli yg ni rupanya..

Akem kemudian dtg join skali, hahaha

FERI

Kitorang naik feri jam 4ptg. Time nak balik ni...mmg sesak feri tu. Ngan rombongan bangla pun ada..hoho.
Biasa laaa..time pelayaran balik ni ramai yg tertido keletihan. Sepatutnya aku pun mcm tu. Tp, ntah nape..kali ni susah lak mata nak lelap!!! adoii!!

Dh sampai jeti Kuala Perlis....aduhai, jenoh ler nak mengangkat beg2 yg dh tentu berat ngan pakaian (yg dh digunakan), ngan pinggan mangkuk, ngan segala senduk, set cawan dan sebagainya...huhu..
Jenohh!!
Inilah pengalaman paling berat bg aku sepanjang dh 7x ke Langkawi ni. Sebab? sebabnya..ni ler pertama kali aku gi Langkawi beli set pinggan 48bijik!! Dah ler ngan cekelat, ngan brg2 gamat lagi..sgt menggamatkan!!!
Set sendok, set sudu, set cawan tu...dorang yg lain laa beli. Tp angkat mengangkat tu..saling bekerjasama, saling sepakat, saling ingat-mengingatkan...hehe.

Kalo nak citer pengalaman kat jeti Kuala Perlis masa tu...mmg mcm2. Ngan angah ntah ke mana hala, ada yg mencari tandas, ada yg tiba2 rasa mcm kekurangan brg...haha..

Lagi satu bab yg merumitkan...(mmg dh tau dh) adalah ketika hendak menyusun barang2 kat dlm keta dan kat dlm van..ADUHAI!!!

Singgah makan

Sampai kat Aloq Staq..(belum sampai bandar lg) kitorang pun singgah utk makan. Terus makan malam ler senang citer. Sampai umah nanti dh tak payah ingat pasal makan dh. Terus leh wat keje lain, hehe.

Balqisz dan Khaira..

Seperti biasa...masa makanan baru terhidang kat meja mmg tak teringat langsung nak amek gambar. Sebab, makanan tu dh memanggil2 utk menikmatinya, hehe.
Bila dh licinnnn...baru ler tergodek2 nak kuarkan kamera, huh!! Mmg perangai betul ler..Tak leh nak buat apa dh.

Tp makan kat situ mmg sedap laa walaupun masa kitorang singgah tu..takde org pun lg.
Kitorang main singgah je. Risau gak tak sedap. Bila tak sedap..tak kenyang. Tp, Alhamdulillah, menepati citarasa masing2 terutama bila dh lapar, kahhh..

Hmm..itu ler serba sebanyak citer aku gi Langkawi bersama keluarga Taiping. Semoga ada rezeki lain utk kita bercuti bersama2 lagi ke tempat menarik yg lain pulak, InsyaAllah.

Bermacam kenangan payau (tokey van sewa ntah apa2), seram (apartment mistik), manis (mcm2 termasuk minum air manis, haha), terindah (melihat keindahan ciptaan Allah), masin (berpeloh2 mengembara ketika cuaca panas terik), dingin (dok dlm ekon), hepi (bila ada yg buat lawak..gelak..buat lawak..gelak, hehe)...dan mcm2 ler lagi telah kitorang nikmati sepanjang percutian 3h2m itu. Mmg gojes ler.

Tamat sudah citer dan pengalaman gi LANGKAWI 2010.

Hmm..lepas2 ni nak wat n3 pasai aku g i-city di waktu tengahari dan melawat Taman Pertanian Bukit Cerakah yg telah kitorang gi seminggu selepas balik dari Langkawi, wiiii!!!

7 comments:

attyfir said...

sonok baca citer alona..

lelagi pasal mistik.

Suziey Ahmad said...

waaa bestnye..akk edit gbr guna software ape kak? photoshop ke? cantik..hehe..

Anonymous said...

wah byknye soping...:)

Suzana Ikram said...

seram sungguh citer tu sis.. betul ker kt aprtment tu berhantu..

best negok gmbr kt blog ni..cantik2..

myaishahhafiz said...

walaupun ada unsur2 seram tp tetap best

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

wahhhh...tgk gmbr abg fadzil lompat sakan tue...dasatttt....smpi mkcik blkg tu tkezut...kahhhhhhhh

ahmad humairi said...

salam,

tumpang gembira.