Tu diaaa...pjg berjela n3 yg aku simpan kali ni. Bkn pjg apa sgt pun..pjg pasal aku taruk berderet-deret gambar2 pengalaman menaiki bot ketika mengikuti pakej Mangrove Tour kat Langkawi ni.
Haa..tgk keyword tu. Mana ler tau kan..ramai yg tak penah berpeluang nak gi sini lagi tiba2 berminat nak gi, kan tapi dorang nak intai2 dulu laa, kan... pengalaman pengunjung2 yg penah gi situ sebelum ni.
Bila dorang gugel perkataan2 berkaitan kat internet ni..leh ler dorang termasuk ke blog aku ni secara tak tersengaja, hehe. Naik ler sket sen-sen kat nuff aku tu, ekekekek. Boleh gitu??
Aku taruk gambo berderet2 ni bkn pe..kot2 ler pulak..pelancong luar yg tak reti bahasa Melayu gugel Mangrove Tour Langkawi..hehe. Dorang pun leh tersesat masuk sini. Pastu...pastu kan, walaupun aku tak guna Bahasa Inggeris sbb aku mmg hampes dlm bahasa ni..sekurang2nya, dorang leh ler tgk gambar2 kitorang dlm ni. Maklum ler..gambar boleh menceritakan segalanya, hehe.
07hb Julai 2010 4.00 petang Jeti Kilim..
Aku kol Daud kata kitorang nak sampai jeti dh. Sebenarnya ckp kat dia dlm kul 3ptg...tapi maklum ler..kalo dh check-in dulu...mesti ler nak berehat2 sket.
Jd, kul 4 sampai kat sana. Daud pesan..jgn lambat2 sangat. Nanti tak nampak apa2 dh..pengalaman naik bot menyusuri hutan paya bakau nanti akan jd kurang menarik.
Sampai kat situ...Daud menerangkan pakej 2 jam yg kitorang amek tu akan gi mana..gi mana. Dorang ada sediakan mcm2 jenis pakej. Pakej sejam pun ada...tp tak menarik sgt laa. Pakej lagi lama pun ada, pakej mancing pun ada, hehe.
Kitorang amek pakej tak lama...tak sekejap, ngeh2.
Sementara Daud tgh menerangkan kat mana yg kitorang nak gi nanti...ada jugak ler yg mencuri peluang mengambil gambar kat area2 jeti tu, hehe..
Abah & mak bersama Ain dan Anis.
Ni pulak family kak Nor. Siap pinjam Khaira utk cukup korum katanya.
Family Maria.
Dorang ni pulak pinjam Piluih utk cukup korum, hahaha.
Disebabkan ramai...kitorang kena sewa 2 buah bot. Ady kecek punya kecek ngan Daud..dpt ler RM180 satu bot besar ni. Kali ler ngan dua, hehe.
Family aku naik ngan mak dan abah.
Ada jugak Piluih ngan Akem.
Masa tgh2 dok kalut dok tu..dtg ler pulak hamba Allah ni amek gambo beramai2 utk tiap2 bot, hehe.
Hmm..ok gak ler cara dia. Amek gambo beramai2, cuci, frame dan jual kat kitorang masa dh abes tour nanti. Sekurang2nya kalo ada sorang beli pun...dia dh boleh dpt untung.
Takde ler mcm style biasa2 tu. Amek gambo sorang2, pastu tampal kat piring cenderahati tu..Aku tak penah beli pun yg jenis tu walaupun muka aku nampak kiut kat dlm gambar tu, haha. Perasan pulak dh..ces!!
Bot dorang jalan dulu. Semua bersorak seronok nak berlumba, kekeke.
Ada ler monyet dua ekor ni berpelukan pulak kat tepi tebing tu, hehe. Tgk je kitorang, haha. Tp gambo gegar sket ler.
Ketiga2 gambar di atas adalah gambar yg lebih kurang sama. Tp sj aku tempek jugak kat sini utk menampakkan keterujaan masing2 bila bersaing ngan bot ni, hehe..
Sebenarnya masa ni hujan dh mula turun..kejap renyai2, kejap2 lebat. Tp kitorang ok jer, hehe.
Anas tgh nak shoot gambar kitorang kat bot..hehe.
Inilah hasilnya..ngee..
Masa ni nak tgk helang menyambar ikan kat permukaan air tu.
Hmm..tgk tu.
Tak yah bg lemak ayam mcm kat Island Hopping tu pun...hehe.
Sebenarnya, kitorang tak heran dh ngan spesis monyet ni, hehe.
Selalu nampak kat Bukit Larut. Tp disebabkan kitorang kesian tgk budak bot tu beriya menerangkan pasal monyet ni (sbb dia tak tau kitorang selalu dh selalu tgk, hehe)..kitorang pun layan jer ler, ngeh2.
Hujan kembali menitis. Kitorang berlalu ke tempat lawatan yg lain pulak iaitu ke kelong atau sangkar ikan.
Sampai2 je kat sini...ujan masih turun lagi. Tp tekak masing2 dh dahaga. Apatah lagi bila terlihatkan kat situ ada terjual air2 minuman dan makanan ringan ni...hahaha.
Masing2 semua serbu. Lega tekak aiihh!! Mahal sket ler dari harga darat.
Kat sini antara yg dipelihara ialah si belangkas ni.
Baru hari ni tgk yg real dan idup punya, hehe. Sebelum2 ni kalo jumpa yg dh mati pun...cengkerangnya aje kat tepi pantai, hehe.
Ekor dia leh gerak mcm antenna, hehe. Tp kalo tgk belakang dia...mgkn ada yg geli, ekekekek.
Mana yg berani masing2 nak cuba pegang..
Sebenarnya byk mende yg best kat sini...tp yg paling seronok tgk ialah si ikan pari ni. Mmg ini ler antara tujuan aku nak sangat gi mangrove kat KILIM ni.
Kalo tgk mata dia...eii...ngerinya. Mcm alien aje. Rasa mcm dia nak serang kita aje, nak libas ngan ekornya tu, hahaha.
Ada brp ekor dlm sangkar ni, ntah la. Mgkn 2-3 ekor gak kot. Tp ikan ni mmg manja. Maklum ler..dh selalu sgt tgk orang. Dia pun rasa glamer aje, ekekek.
Bila budak tu ajar je cara2 nak menarik minat si pari ni dtg dekat kita...abes semua nak cuba pegang..termasuk ler aku. Ye ler..bila lagi, kan?? hehe
Hmm..tgk ler gelagat masing2. Selagi tak dpt nak cuit si pari tu..mesti rasa tak puas hati, hehe.
Hmm..badan dia mmg lembek...mcm jeli (agar2), hehe..
Mak ngan abah tgk je gelagat anak, cucu, menantu dia yg teruja ngan si ikan pari tu...hehe.
Aku dh sudah usik...dh laa. Tp budak2 ni mmg ler. Selagi ler tak bergerak yg tua-tua ni...selagi tu ler sebok nak usik lagi. Yg si pari tu tak abes2 melayan..haha..
Lepas dh abes teruja psl si pari...budak kelong tu tunjuk pulak ikan sumpit. Dia letak umpan roti kat tepi lubang kayu tu..ikan sumpit tu pun sumpit air kat roti tu utk bg roti tu jatuh dlm air, hehe.
Tp mmg tak nampak sgt ikannya rupa mcm mana. Kalo intai lobang tu...ikan tu mcm ikan puyu aje. Mcm tak caya pulak dia pandai sumpit. Aku bayangkan ikan tu paling tidak pun..moncong dia mcm ikan todak, hahaha.
Mula2 rendah aje sumpitan air nya. Tp...dh 3-4 kali..makin tinggi pulak sampai terkena kat mulut Piluih, hahaha.
Lepas tu, abg pun buat andaian paradigmanya...dgn mengatakan ada org kat bawah menyelam kat bawah kelong tu utk 'buat2 menyumpit air', hehe. Tu yg tak leh tunjuk ikan tu mcm mana, hehe.
Budak kelong yg dgr tu tersengih aje dgr abg ckp mcm tu, ekekekek. Betoi kot?? hahaha.
Lepas tu kitorang nak gi masuk gua pulak. Katanya Gua Buaya...
Dlm bot...dgn angin yg dh tentu ler kuat...sempat lg kitorang bergambar, hehe. Aku ngan tudung penyet2 dh tu..hehe. Lantak ler, janji hepi!!
Ok, skang dh sampai kat area Gua Buaya.
Takde apa pun kat sini...takde buaya..cuma nak menyusuri dlm terowong gua ni aje. Seronok gak. Selalu lalu terowong ngan keta aje...hehe
Budak bot tu bgtau...gua buaya ni dinamakan sempena batu di atas ni berbentuk mulut buaya. Faham anak2?? ngee..
Semua teruja masuk dlm laluan ni.
Akem ngan abg sebok nak snap gambo.
Ni yg abg dpt bila snap ke arah atas terowong gua tersebut.
Dh keluar dari situ...lalu semula kat area kelong td.
Kat situ sebenarnya..tempat beberapa kapal layar bertenggek gak, hehe. Leh nampak ler mat salih pakai seluar dalam aje tgh susun2 brg kat luar kapal layar dia tu, hehe. Ada gambarnya..tp tak mau ler taruk sini, hehe.
Kat sini pun tempat mereka2 yg suka ngan aktiviti berkayak.
Ni ler akar pokok bakau.
Biasa ler tgk..kan kat Tepen pun ada Kuala Sepetang, hehe..
Hutan paya bakau yg sgt cantik. Semoga terpelihara sampai bila2.
Skang kitorang menuju ke laut luas pulak.
Utk menikmati pemandangan di sini. Dinding batu yg bertulis KILIM GEOFOREST PARK. Sebenarnya, kalau ombak sgt beralun..Daud ckp kitorang tak dpt ler nak ke sini. Mujur ler pulak ombak ok je walaupun td ujan ada kalanya lebat jugak. Ada rezeki kitorang nak sampai sini.
Tu..kat atas tulisan tu..zoom in!!
Budak tu kata batunya berbentuk penyu. hehe. Nampak ke tak korang ni??
Hmm..dpt bergambar cenggini je ler..
Asal nampak sket tulisan kat belakang tu..ok ler kot, hehe.
Ok...kat atas tu pulak batu bukit yg berbentuk muka org (sebelah je, hehe).
Ada dahi, idung, mulut...
Kalo diamati lebih2 lagi..ada macam org Apache (kata budak bot tu, hehe)..hmm, ada ler bentuk2 tu, ngee.
Aku pada mulanya mmg tak nampak pun apa yg budak bot tu bgtau. Jenoh aku tgk. Bkn aku je..yg lain2 pun. Sian pulak aku kat budak bot tu..siap bawak ke posisi yg boleh nampak ngan lebih jelas, hehe. Tp tetap tak perasan...ek, eley!! pe ler, kan??
Mujur ler abg cepat memahami apa yg budak bot tu nak tunjukkan, hahaha. Terus abg snap gambo tu dan tunjukkan kat kitorang. Baru ler paham.....ces!!
Bila tgk semula ke arah bukit tu...baru ler nampak mende yg budak tu dok terangkan, wakaka!!
Mula2 naik bot..semua dok kat tempat duduk berkusyen tu...tp bila dh lama sket..masing2 sume berani nak dok belah2 depan ni, ngee.
Hmm..mcm dh biasa aje masing2.
Dulu abah ada ler sebijik bot mcm ni. Tp skang dh takde ler..pasal abah pun tak larat dh nak gi mengail kat laut, hmm.
Camni ler kitorang..yg sana babai kat sini..
Yg sini..babai kat sana..hehe. Seronok ler tu maknanya, ekekekek!!
Hmm..tgk ler dua bijik bot tu..amboi, bkn main lagi dorang dok race, hehe.
Dh sampai kat Gua Kelawar..tempat terakhir lawatan.
Bot dorang sampai dulu.
Tu...Anas nak amek gambo kitorang, hehe. Jgn dia print dan tempek dlm piring RM10 satu, udah ler...hehe
Ini ler hasilnya..
Gambar kitorang pulak atas bot, hehe.
Alhamdulillah, abah ok sepanjang aktiviti kitorang ni.
Bergambar dulu sebelum masuk Gua Kelawar.
Kitorang dibekalkan lampu suluh oleh budak bot tadi utk menyuluh kelawar yg sedang tido nyenyak, ngee.
Lampu suluh punnnn..mmg suram je cahayanya.
Amek gambo pun takleh guna flash. Takut terkejut pulak kelawar tu. Bila kelawar terkejut..abeh ler terbang sambil terberak tercirit kat kitorang, hehe. Tambah pulak...najis kelawar ni berbahaya gak kat kita.
Ni ler keadaan dlm gua tu. Tak pjg pun tp mmg gelap walaupun ada cahaya luar menorobos masuk dlm gua tu, hmm.
Antara info yg perlu dibaca sebagai pengetahuan kita semua.
Bergambar setelah keluar dari gua.
Mencari jalan keluar sambil menikmati keindahan hutan paya bakau di situ.
Tp nak lepas ke sini..kita perlu tunduk masuk ke dlm gua yg lain (pjg laluan dlm 5meter) dan kemudian barulah boleh menegakkan badan semula utk keluar dari kawasan paya bakau tadi, hehe.
Kalo omputih atau pak arab yg tinggi2 lagi tu..dorang kena tunduk sampai abes laluan gua tersebut, hehe.
Akhirnya..tamat ler pengembaraan kitorang menyusur Kilim Geoforest Park ni. Byk pengalaman dan kenangan yg dikutip bersama, hehe.
Kat jeti Kilim...gambar2 yg sorang pakcik tu amek (masa mula2 aku citer td tu) mula ditayangkan. Disebabkan gambar 4R pakcik tu ok, frame dia pun ok (tak tempek kat piring bulat berkaki tu)....aku pun beli ler satu RM10.
Ye laa..tak rugi nk beli. Sbb bkn ada gambar aku sorang aje..semua yg dlm bot tu ada dlm gambar tersebut, hehe.
-citer apartment misteri lepas ni laa ye.
2 comments:
kat, saya sempat sampai kt jeti ni jer..tp x dpt naik bot sbb x ckp korum mase tu..huwaaa..
salam sis, saya dah pegi sini 2 minggu lepas.. memang best
Post a Comment