Thursday, December 16, 2010

Pengembaraan di Petrosains:- Part 3 LAST

Alhamdulillah, ni adalah bahagian akhir utk entry Pengembaraan di Petrosains aku ni, hehe.
Nampak mcm aku dh citer detail sgt..tp sebenarnya kalo aku betul2 ler amek satu persatu gambo permainan2 yg kitorang semua cuba kat situ dan aku citerkan sekali kat sini..aduhaii, lg ler pjg berjela.

Semasa dlm Petrosains tu..aku pegang video cam..abg lak pegang camera still.
Rakam ngan video lagi best sebenarnya..sbb leh tgk balik gelagat masing2 ketika mencuba pelbagai mende yg menarik kat dlm tu, huhu.
Tp kalo amek gambo guna kamera still leh taruk kat dlm blog pulak, kann..hahaha..

Sementara tunggu Fadel ngan Dayah nak naik kenderaan simulator yg berbayar tambahan tu (hehe..RM2 aje)..kitorang gi kat area seterusnya pulak.

Mula2 jumpa gelongsor ni. Tinggi gak ler..tp kalo sesape yg penah gi taman tema air ataupun penah main kat gelongsor taman permainan kanak2 yg terkini...mesti seronok nak naik gelongsor ni.
Cuma kat sini..di bawah pengawasan dorang dan disediakan kain sarung mcm yg anak2 aku pakai tu utk melancarkan pergerakan semasa menggelongsor tu..

Sambil tunggu anak2 aku main gelongsor..abg panggil aku soh jadi model berlatarbelakangkan gambar pelantar minyak tu.
Gambar tu ler yg aku crop dan jadikan gambar profil fesbuk aku skang, ngee..
Aduhai, tgk ler tu..brp bijik beg yg aku kena usung??

Lambat jugak Fadel ngan Dayah ni...
Jadi, kitorang sempat mencuba pulak mende ni..aku pun tak tau ler apa ke bende dah..huhu.
Angkat gagang telefon..ikut arahan.

Skang dh tukar..ayah dan Balqisz pulak try.
Abg dh sudah. Along ngan Angah masih tak abes2 lagi, huhu.

Ini ler muka kita yg dirakamkan masa tgh pegang telefon tu, huhu..
Ntah ler..aku masa ni dh maleh nak tau detail2 sgt dh. Tekak dh haus.
Td, masa kat show belon ada dijual air kat dlm mesin..tp tak beli pulak, aduii..

Jalan lagi ke depan..masuk pulak kat area seterusnya.
Batang idung Fadel tak nampak lagi, hehe. Takpe, kitorang tunggu.
Kitorang orait je...sebab mcm2 lagi permainan tak cuba ni, ngee.
Kat sini ada satu mesin tu..utk kita rasa mcm mana kuatnya angin ribut..hurricane...
Ketika angin yg paling maksima berlaku kat dlm mesin tu...mmg rambut akiss tercacak2, terasa melelong badan kita cuba menahan angin..
Sejuk pulak tu, aduhaii..

Kat sini dh kembali segar bugar sebab tekak dh meneguk air 100plus. Beli biskut jugak..
Makan kat situ aje..sbb tak leh dibawa ke kawasan lain. Faktor kebersihan ler tu.
Angah suka betul ngan mesin minuman dan makanan mcm ni..erm..sian2.
Ni laa sbbnya...sebabnya kitorang ni jarang benar gi ronda2 kat bandar2 besar...jarang ler jumpa mesin cenggini, ngee..

Sementara tunggu yg lain2 minum, makan...mencuba permainan yg ada kat area situ..abg soh aku (& Akiss) jd model tangga berlampu ijau/oren ni, aduhaii..suamiku ini..

Naik je tangga..akan jumpa ler objek2 bulat tergantung cenggini dan ada beberapa bijik dipenuhi ngan pensil, ada yg separuh dari bola tersebut dipenuhi ngan guli...mmm...

Ayah mmg seronok gi sini...apatah lagi anak2 aku, hehe..
Petrosains bkn utk kanak2 sj..ia utk semua peringkat umur.

Mak ngan cucunya si Angah sdg membelek info pasal apa..aku dh lupa pulak, ngee..

Dari sebalik tirai kat tingkat tu leh nampak ler apa yg ada dlm gambar di atas ni, hehe.
Sebenarnya, aku mmg tak abes ronda lagi kat area KLCC ni. Jarang berkunjung ke sini pun kalo ke Kolumpo.
Aku taktau pun kat mana area dorang selalu wat konsert utk countdown setiap kali muncul tahun baru, area Aquaria, area masjid kat taman KLCC tu..erm..
InsyaAllah laa..mgkn di suatu hari nanti jika dimurahkan rezeki.

Ni bermain ngan skrin jugak. Cuma kali ni permainan lebih syok sket sbb jd goalkeeper, hehe..

Hmm...mula2 Dayah yg main. Lepas2 tu..datang Akiss menyebok.
Bola bolos cuma 1 aje ler..dh dua org keeper dok jaga gawang, ngee..

Lepas2 tu..semua ler nak try. Abes ngan ayahngah dorang..last skali ngan atuk2 dorang pun sama join, huhu..meriah2!!
Siap ada jurufoto sukan kat dlm gawang tu, kahhhh...

Hmm...gambar poskad ni kita leh buat kat last station. Kat area situ pun leh jadi lama gak, hehe..
Poskad ni dihantar melalui emel kita..kiranya e-poskad ler, hehe..
Mcm2 lagi permainan minda ada kat sini tp kebanyakannya turut ada kat Pusat Sains Negara, KL dan di pameran mini sains di bangunan di Petronas Quay, Langkawi tu..hehe..

Lepas tu..kitorang cepat2 je beratur..org semakin ramai nak keluar. Kiranya..lama jugak ler kitorang kat dlm tu. Masuk kul 1 lebih dan keluar jam 6 petang, hehe..

Ni ler kenderaan merentas masa tu. Dh nak balik ni..ingatkan takde apa dh laa. Rupa2nya masih ada tayangan2 visual sebagai penutup termasuklah pelbagai nasihat dan pesanan tentang pemeliharaan bumi utk generasi akan datang.
Paling syok..masa nak turun tu..kenderaan tu leh terlentang pulak utk kita tgk bintang2 dan segala cakerawala, hahaha...
(psst...gambar di atas;-ayah sgt seronok dpt naik dulu kenderaan ni dari kitorang, hahahha)

Erm..sementara tunggu lif..kitorang bermain ngan kamera tv kat depan pintu masuk Petrosains tu, haha..
Saja buat2 jakun, ngee..

Yeargh!!..dh keluar lif. Tp henpon aku mmg sebok betul ari tu. Ngan kol..ngan mesej..adeii..

Suria KLCC...lain kali kita jumpa lagi, hehe..

Kalo dimurahkan rezeki..nak gi Aquaria pulak.
Nak tgk..sama ke tak sama ngan Underwater World, Langkawi, hehe..

Aii..depan Hospital Tawakkal pulak ni??

Tak...kitorang bkn nak ke hospital tu pun..
Sebenarnya nak gi Restoran Haslam ni..restoran yg ayah wajib gi kalo ke Kolumpo..hehe..

Bkn pe..masakan dia mmg memenuhi ler citarasa kitorang Melayu ni, hehe.
Mcm2 menu lak ada tu.
Dah abes makan nasik...leh oder roti canai, lempeng pisang, mi kari ke, nasik lemak..semua ada..hehe..

Masa dh kat parking..Fadel tanya; nak gi mana lepas ni?? hehe..
Jawapannya...n3 selepas ni, hehe..
(ches, mcm bagus je, huhu..)

5 comments:

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

wahhh mmg pjg betui ceta petrosains akak ni...ye la byk mende yg bleh kita lakukan kt citu kan...bestt tgk akak sklrga.....happening...

DeLLas said...

lps ni kita gi tuttttt!!!! hhehehe

Anonymous said...

kak, tu restoran yusuf haslam ke??? sy pun x penah g mkn kat situ..haha!

yg aquaria tu sy penah masuk..mahal giler..teringin nak pg aquaria kat langkawi tuh...

Anonymous said...

wahhh! makin menggetik nak pegi petrosains jgk ni...

x)

Rinna said...

Seronoknyaa yer jalan2 ke petrosains.. saya tak sampai lagik ke situ.. :)