Friday, December 31, 2010

Material impian yg kitorang miliki pd 2010

Syukur Alhamdulillah, sepanjang 2010..kitorang sekeluarga diberi kesihatan yg baik, demam selesema batuk tu..biasalah.

Dapat memiliki Alza
Awal Februari 2010...murah rezeki kitorang utk memperoleh sebuah kereta yg sesuai dgn kapasiti keluarga kitorang terutama ketika anak2 sudah membesar ni. Sesuai juga dgn ekonomi kami sekeluarga. Alhamdulillah, merasa jugak menggunakan MPV walaupun cuma Alza yg dikatakan menggunakan teknologi enjin toyota avanza.
Sepanjang pengalaman menggunakan alza...walaupun ia jenama tempatan..alhamdulillah, sgt bagus berkhidmat utk kami. Ramai ahli keluarga yg dh dibawanya bersama kami dgn pelbagai tujuan dan berbagai destinasi. Tercapai juga hasrat abg kenapa perlu menggunakan sebuah mpv baru mampu milik ni.

Dapat memiliki Nikon D90
Awal Mac pulak..kitorang dpt memiliki sebuah kamera kedua dslr dan yg lebih baik dari yg sebelum ni. Alhamdulillah..setelah 10 bln memiliki dslr yg pertama iaitu D60...akhirnya kitorang berjaya memiliki yg lebih baik iaitu D90.
Kamera itu lah yg kitorang gunakan ketika menjalankan tugas2 mengambil gambar2 di majlis2 perkahwinan yg diperlukan.
Alhamdulillah, rezeki kami sekeluarga dlm perkhidmatan amek gambar2 pengantin ni nampaknya semakin baik walaupun cuma ketika musim cuti sekolah. Walaupun projek kitorang cuma projek ikan bilis tp boleh laa nak cover serba sedikit perbelanjaan keluarga. Syukur ke hadrat Ilahi di atas limpah kurnia dari Nya.

No comments: