Friday, June 24, 2011

Buah ajaib??

Aku baru je tau pasal buah ajaib ni. Pada 3hb Jun 2011 hari tu, hahaha.
Tu pun kebetulan hari tu avanza berhenti kat gerai di tepi tasek empangan di Ringlet, hehe. Wlpn pengalaman tu bkn aku yg lalui tp aku nk kongsi kat sini, hehe. Kalo gugel psl buah ajaib ni...ramai yg jgk yg dh kongsikan kat website dorang, hehe..walaupun citer dorang tu bkn lah berlaku kat Cameron Highlands, hehe..

Masa avanza berhenti kat situ..sementara tunggu ayah membeli...adik aku sape lagi..Fadel ler, hehe..disapa oleh salah sorang peniaga kat situ. Dia kata tgk muka adik aku tu..tiba2 dia nak bagi adik aku rasa free buah ajaib tu, hihi..(sori ler kalo salah citer, ek Fadel, hihi..).
Mula2 dia soh Fadel makan dulu bbrp jenis buah yg masam termasuk ler buah limau kasturi & buah stoberi murah yg masam tu, hihi.
Fadel makan sket..dan katanya mmg masam.
Pastu, peniaga tu soh fadel makan sebiji buah ajaib yg sepatutnya dijual RM10 sebijik tapi dia bagi fadel rasa free aje, hihi.
Fadel pun makan laa. Peniaga tu soh fadel rasakan buah tu di setiap sudut dlm mulut & bijinya dibuang. Buah tu Fadel citer cuma sebesar buah tomato ceri tu aje. Tp buahnya tawar..takde rasa.
Pastu, peniaga tu soh Fadel sambung balik makan bbrp jenis buah masam yg fadel tinggalkan tadi sebab tak tahan masam, hihi.
A.J.A.I.B...mmg ajaib!!! buah2 tadi tu iaitu buah yg fadel dh geget tadi tu...tak masam langsung!!! dh tukar jadi manisssss pulak.
Sebab apa jadi macam tu??
Ini adalah disebabkan oleh sejenis protein yang dipanggil miraculin. Kesan ini akan dirasai antara satu hingga dua jam selepas makan buah tersebut.
Nak tau lebih lanjut..baca ler info kat bawah tu. Kalo lagi rajin..gugel ler lagi, ye..

Sambung citer;
Pastu, Dayah pun nak rasa jgk. Tp kali ni peniaga tu takleh ler nak bagi free pasal buah tu dijual sebijik pun harganya RM10 wlpn saiz besar buah tomato ceri tu aje, huhu.
Jadinya, bila Dayah nak rasa pulak...kena ler bayar RM10. Hmm, jadi lah Dayah lagi sorang saksi yg bersetuju buah tersebut telah menjadikan buah yg masam menjadi manis. Bkn rasa masam aje..yang rasa pahit pun leh jadi manis kalo makan buah ajaib tu ikut cara2nya yg betul, hehe. Mgkn kalo kunyah ubat pil pahit tu pun leh tukar jadi manis lak...hehe..

Fadel kata...peniaga tu pun ada jual anak pokok buah ni. Harga sepokok RM100...boleh?? hihi..Tp fadel kata kalo nk untong, baik ler beli terus anak pokok tu sbb ianya tgh berbuah lebat..

Tp masa gugel mengugel ni..tgk ada gak yg jual murah je anak pokok buah ajaib tu tp tengah tak berbuah ler, kan.
Sila baca;
Pokok ajaib merupakan sejenis pokok yang unik. Bersesuaian dengan namanya buah yang berbentuk beri ini akan memberikan kesan peneutralan ke atas sebarang asid. Walaupun buah ini sebenarnya hanya tawar, ia menyebabkan setiap benda yang dimakan selepas itu akan berasa manis.Ini adalah disebabkan oleh sejenis protein yang dipanggil miraculin. Kesan ini akan dirasai antara satu hingga dua jam selepas makan buah tersebut. Buahnya sedang dikenal pasti sebagai antara sumber yang memberikan rasa manis semulajadi. Ia berasal dari afrika barat di kawasan yang beriklim tropika. Di afrika ia kadangkala digunakan untuk membaiki rasa makanan yang telah rosak atau basi.

Tumbuhan dari keluarga Sapotaceae ini boleh ditanam didalam pasu yang besar. Ia adalah tumbuhan renek yang boleh mencapai ketinggian sehingga 18 kaki jika hidup di habitat yang menyerupai habitat asalnya. Kebiasaannya ia boleh tumbuh sehingga 5 hingga 6 kaki. Ia menghasilkan buah sepanjang tahun. Ia akan menghasilkan buah selepas lebih kurang 4 tahun ditanam. Bunganya kecil berwarna putih. buahnya yang berbentuk beri berwarna hijau ketika mudah dan akan berubah menjadi merah terang apabila masak. Setiap buah mempunyai satu biji. Lapisan yang menyaluti biji ini walaupun tidak mempunyai rasa manis, tetapi akan menghilangkan semua rasa masam pada benda yang dimakan dan menggantikannya dengan rasa manis. Kesan ini akan dirasakan selama sejam atau lebih.

Untuk menanam pokok ini tanah yang agak berasid diperlukan.Ia dapat hidup sempurna pada tanah yang mempunyai pH antara pH 4.5 hingga 5.8. Ia akan mati jika diberikan air yang terlalu banyak namun tetap memerlukan air yang mencukupi.

Dalam perubatan buah ini digunakan untuk merawat demam, kencing manis, malaria, buasir dan batuk. Kandungan gula semulajadi yang dihasilkan oleh buahnya juga amat berguna untuk membantu pesakit kencing manis.

Info ni dapat dari sini.

Nota:
-Aku pun sebenarnya ada gak masa gi Cameron Highlands hari tu tp alza dah gi terus ke Cameron Bharat dulu nk cari tandas, hihi..
-Sejak dua menjak ni aku letak entry psl informasi pokok2 herba lak, hihi.

2 comments:

Rinna said...

Cam penah try tapi ingat2 lupa..laa.. ada org bagi rasa dolu2.. :)

suhaila-ab said...

takut nak makan yg ajaib2 ni..takut mabuk2..hehe...
Reply komen : FM tu kat Jonker Walk melaka..ada di jual hari Jumaat,sabtu,ahad...kul 8-2pagi kut..jemput ler datang..