Tuesday, November 1, 2011

Aku dan angka 36...........

Alhamdulillah, usia aku dh 36 tahun. Ia adalah anugerah...Alhamdulillah.Wlpn aku tidak berpelajaran tinggi, ber'degree dari universiti & tidak berkerjaya seperti wanita berjaya yg lain tetapi aku tetap bersyukur kerana ini adalah perjalanan hidup aku, kehidupan yg sederhana. Semua manusia mempunyai bahagian masing2. Berusaha, berdoa dan bertawakkal lah utk sesuatu kejayaan, kebahagiaan atau impian.
Ketika usia sebegini...anak sulung aku sudah menamatkan tingkatan 3, anak kedua pula dlm tingkatan 2 dan yg ke 3 sudah menginjak 11 tahun. Mempunyai seorang suami yg baik, keluarga mentua yg baik & sudah tentulah mempunyai emak, ayah & adik (& isterinya) yg menyayangi aku, suami & anak2 aku.

Timakasih sangat2 kat ayah dan mak kerana telah melahirkan aku, membesarkan aku dengan kasih syg yg tak terhingga, menjaga aku sebaik-baiknya. Semoga mak & ayah diberi kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki dan berbahagia dunia & akhirat. Amin..

1 comment:

wantie said...

Selamat Hari Lahir untuk akak. Semua sentiasa bahagia & lebih bahagia selepas ni & selamanya