Friday, November 18, 2011

Jelajah Pantai Timur - Taman Tamadun Islam....Part 2

31 Mei 2011
Selasa

N3 kali ni byk gambar aje laa. Takde apa nk diceritakan sgt. Jalan...jalan...berhenti tgk replika masjid, baca info yg tercetak kat dlm buku passport, baca info kat papan tanda....borak2 sembang2 psl rekabentuk laa hape laa...bergambar-gambar....jalan pulak ke arah replika masjid yg lain, huhu...
Ni replika Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei... Masjid ini dinamakan sempena nama Sultan Brunei yg ke 28 dan dibina pd tahun 1958. Ia direka oleh seorang arkitek Itali. Struktur kubah emas masjid ini merupakan binaan tertinggi di Brunei. Dlm gambar; Mak, kak nor, suamiku dan anis....

Ada rakan blogger bgtau aku..ni bkn masjid pattani kat thailand..dia kata ni masjid kat Singapore. Hehe..sori ler..tersalah info. Nk bg sgt info..haa, kan salah. Timakasih kat cikgu Faridah, ye...hihi.
Salam Taj Mahal
Istana Taj Mahal ni antara tempat feveret yg mesti singgah dan bergambar, hehe..Tp semua monumen2 yg feveret ni mesti nk kena naik tangga, adeiii...menambah ler pengeluaran peloh kitorang, hihi..

Sedikit info pasal istana cinta ni;- Maharaja Mughal ke-5, Shah Jahan telah membina Istana Taj Mahal bagi mengenang kisah cinta abadinya. Ia juga sebagai simbol kasih sayang terhadap isterinya, Mumtaz Mahal.
Mak dan abah...antara ikon cinta, kasih sayang sejati. Alhamdulillah.
Dari istana Taj Mahal tu...leh nampak bangunan monumen kat seberang tasik ni. Nanti mesti lalu situ kang....jgn risau, hehe...
Leh jgk nampak replika masjid ni. Nk tau apa nama masjid ni?? Kang aku lalu situ...aku kasitau  ye, hihi...
Dari sini jgk..leh nampak replika Masjidil Haram..Ouh, yg ni mesti ziarah. Amek aura....semoga ada rezeki sampai kat masjid yg sebenar.

Asek tgk pemandangan sekitar aje....meh melawat istana Taj Mahal.
Bersandar sambil tgk kecantikan reka bentuk Taj Mahal, hehe...lom yg real lagi kan??
Dari sudut pemandangan lain...leh nampak Masjid Badshahi di Lahore, Pakistan.
Dari sudut lain lak..leh nampak pemandangan yg ni.
Abah yg sungguh bertenaga hari ni, Alhamdulillah.
Tengok apa tu, yangggg?? Nak ajak gi Taj Mahal yg betol2 ke?? hihi...
Akiss & Ain...apa laa yg dorang dok sembang2 tu, mm..
Kat kawasan berhampiran tepi sungai tu...sedang dalam pembinaan adalah kincir angin. Tak tau laa...mgkn skang dh siap dh kot. Ni gambar masa ujung Mei 2011 hari tu..

Tak dpt yg betol2...bergambar depan replika pun orait ler jgk, kan...Semoga kasih syg kitorang pun seutuh dan seteguh Shah Jahan dan Mumtaz Mahal.

Akiss & Ain sebok membaca info dlm buku passport tu. Angah??? ntah ler...gaya tersendiri.
Dh turun rupa2nya dorang ni, hihi. Kitorang jer yg masih ralit kat atas, hihi..
Kat bawah istana tu...ada sebuah bilik utk menonton tayangan visual mengenai Taj Mahal.
Sekadar bergambar aje kat tram ni. Kitorang tak naik pun. Tram ni berhenti2 di beberapa tempat. Kemudian, penumpang leh turun utk melawat beberapa monumen berdekatan. Leh naik semula utk ke tempat lain utk lawatan. Cenggitu ler.
Sambung lagi...

Nota:-
-N3 kali ni aku leh bg info mengenai monumen2 tu sebab aku rujuk balik buku passport yg masih tersimpan dlm dashboard alza, hihi...
-Aku edit sket n3 mengenai Taman Tamadun Islam...Part 1 sebelum ni. Alah..edit psl info monumen2 tu aje, ngee..

3 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

cantik2 kan replika tu... mesti rait dok tgk senibinanya tu... akak lom sampai lg sini..

Anonymous said...

tak sabar nak tunggu ke Masjidil Haram..nnt bagi info lebih sikit ye kak..


hehe!!

Farida said...

kak yg replika masjid Thai tu bukan ke masjid Sultan, Singapore punya?