Sunday, January 8, 2012

Amalan memotong kuku

Perkara yg baik elok ler diikut, ye.


Cara-cara memotong kuku mengikut agama Islam ...

-Sunat memotong kuku bermula dengan jari kanan keseluruhannya daripada jari telunjuk hingga jari kelingking dan diikuti ibu jari...

-Kemudian, tangan kiri bermula daripada jari kelingking hingga ibu jari...

-Bagi kuku kaki pula bermula dengan kaki kanan bermula daripada jari kelingking hingga ibu jari...

-Kemudian, kaki kiri bermula daripada ibu jari hingga jari kelingking...
 

-Kuku yang dipotong sunat ditanam di dalam tanah sebagai tanda menghormatinya kerana ia adalah sebahagian daripada anggota badan manusia seperti yang dilakukan oleh Umar ra.

**Nota aku:- 
Aku tak penah pun tau ada cara2 yg betul utk memotong kuku ni. Aku main belasah jer. Mmg mula tangan kanan tp jari tu ikut ler mana nk mula dulu, hehe..

Hari Memotong Kuku & Hikmahnya...

Hari Sabtu : nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

Hari Ahad : nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kepadanya kemiskinan

Hari Isnin : nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sihat

Hari Selasa : nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk kepadanya penyakit

Hari Rabu : nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan

Hari Khamis : nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit

Hari Jumaat : nescaya keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah SWT


**Nota aku:- 
Mmg dari kecik mak aku dh bgtau hari Isnin, Khamis & Jumaat disunatkan utk memotong kuku dan melarang memotongnya pd hari2 selain dari tu terutama hari Sabtu. Tp tak tau ler pulak detail2nya...kenapa....mengapa... 
Sekarang baru ler tau, mm..

Mak aku tak bg anak2nya berkuku panjang. Dari aku & fadel kecik2 lagi mak dh melarang kitorang berkuku panjang. Mak kata...kuman berkhemah kat kuku kita yg panjang tu. Bila kita suap nasik...maka kuman tu pun akan masuk ke dlm mulut kita sekali. Selain tu mak kata, syaitan suka bergayut2 kat situ, hehe. 

Bila dh ada anak2 ni..aku melatih pulak dorang supaya rimas bila berkuku panjang. Semuanya utk kebersihan dan kesihatan diri sendiri.

1 comment:

wantie said...

sama la kak. T pun tak pernah mengikut urutan time potong kuku. ngeee...

tambah tambah untuk kuku Aleesya tu. time potong ikut mana yang sempat je, sebab dia tak duduk diam.

kalau kuku Amirulmemanglah t mulakan dengan kanan kekiri. tapi tak ikut urutan gak.

kalau kuku suami lak, t suka potong kuku kaki yang ibu dulu. hahaha...